Bab 44

661 28 3
                                    

Ammara Aisya menapak perlahan keluar dari biliknya lesu.Sudah dua hari batang hidung suaminya tidak disapa matanya.Terasa rindu dengan gurauan Maaliq Iskandar dan pelukan hangat suaminya.

"Sya.."Tegur Mbak Kaseh apabila melihat Ammara Aisya melintasi ruang dapur.Melihat wanita itu sudah bersiap diawal pagi begini sudah dapat diteka kemana hala tuju Ammara Aisya.

"Mbak..Is kat mana..?"Akhirnya dia bertanya juga kemana suaminya.
Sekeras-keras hatinya cuba menidakkan perasaan rindu tetapi terluah jua.

"Is belum keluar wad lagi Sya.."Terkedu Ammara Aisya mendengar suaminya dimasukkan ke wad.Patutlah dua hari dia tidak nampak kelibat Maaliq Iskandar masuk ke dalam bilik sepanjang dia berkurung mencari ketenangan.Zalimkah dirinya sehingga suami dimasukkan ke wad pun dia tidak tahu?

"Wad?"

"Iyaa..Is pengsan dua hari lepas..kata doktor tekanan darahnya tinggi.."Terang Mbak Kaseh sambil teringat selepas sahaja Maaliq Iskandar pengsan terus Puan Masyitah menghubungi Azrul menghantar lelaki itu ke hospital dengan segera.

"Sya kena masuk office dulu nanti Sya terus pergi tengok Is.."Senyuman kelat dihadiahkan pada pembantu rumah mertuanya.

"Hati-hati ya Sya.."Pesanan dititipkan buat Ammara Aisya sebelum kelibat wanita itu melangkah pergi menghilang disebalik dinding.

Dia tahu Ammara Aisya berpura-pura kuat menghadapi kenyataan yang dirinya bakal mempunyai madu selepas ini.

🌹🌹🌹

Pintu bilik rawatan yang tertera nama Maaliq Iskandar ditolak perlahan Ammara Aisya.Sebentar tadi dia sempat bertemu dengan Azrul di ruangan lobi hospital sebelum naik keatas.Sempat juga Azrul menerangkan serba sedikit tentang kesihatan suaminya yang sedang menerima rawatan.

"Is.."Perlahan Ammara Aisya menyeru lelaki yang sedang bersandar di kepala katil dengan mata yang terpejam.Terus lelaki itu menurunkan tubuhnya berbaring apabila melihat isterinya semakin menghampiri sekilas dipalingkan tubuhnya membelakangi Ammara Aisya.

"Husbaby.."Terukir senyuman dibibir mekar Ammara Aisya melihat rajuk suaminya.Tahulah dia lelaki itu masih terasa hati dengannya kerana peristiwa tempoh hari.

Ammara Aisya meletakkan tas tangannya disisi meja katil lalu dilabuhkan punggungnya di birai katil.Tubuh suaminya yang mengiring membelakanginya itu dipandang sayu.

Entah kenapa terasa semakin sesak dadanya bila memikirkan saat-saat terakhir dia bergelar satu-satunya isteri pada lelaki ini.Terlalu cepat untuk ada yang ketiga diantara mereka.Sanggupkah dia berkongsi kasih?

"Husbaby.."Jari jemari runcingnya dimainkan pada pipi Maaliq Iskandar halus.Dielus lembut hingga ke leher sengaja ingin memujuk.Tiba-tiba tangannya ditarik dan dikucup lembut suaminya tapi masih dalam keadaan membelakanginya.

"Is..?"

"Kenapa sayang datang..?"Soal lelaki itu dengan nada rajuk yang masih membelenggu hatinya.Sampai hati Ammara Aisya memberi ruang kepada wanita lain untuk memilikinya sedangkan dia sendiri pun tidak rela.

"Is sakit Sya datang la..tak boleh ke..?"

"Sya kan tak sayang Is dah!"keras nada itu membidasnya.

"Siapa cakap Sya tak sayang..?"Berkerut dahi Ammara Aisya tidak mengerti.

"Kalau sayang kenapa Sya suruh Is nikah lain..?"Tubuhnya dipaling mengiring menghadap Ammara Aisya inginkan kepastian.Dia mahu isterinya berterus terang mengapa keputusan yang tidak masuk akal itu juga akhirnya menjadi pilihan dalam perhubungan mereka.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now