Bab 35

832 39 1
                                    

Ammara Aisya yang baru sahaja usai solat subuh menuruni tangga untuk ke dapur.Bibirnya mengukirkan senyuman apabila teringatkan pesan ibunya semalam,menantu harus bangun pagi sediakan sarapan untuk keluarga mertua.Terkadang terasa seakan tidak percaya dia sudah bergelar isteri kepada Maaliq Iskandar yang pada mulanya musuh utama dirinya.

"Morning bucukk..!"Terkejut Ammara Aisya sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur mendengar sapaan suaminya yang sedang ligat menyiapkan sarapan.

"Is buat apa ni..?"Berkerut dahinya melihat mangkuk-mangkuk yang sudah terisi dengan makanan.Ada bihun goreng,roti bakar,ayam goreng.

"Masak lah..hari ini kan sayang ada dengan Is..!"Ceria suara lelaki itu sambil menyusun sosej ke dalam pinggan.Wajah isterinya yang segar disapa angin pagi direnung lama.

"Sepatutnya Sya yang buat bukan Is.."Keluh Ammara Aisya sambil melangkah ke sisi suaminya.Terasa janggal apabila Maaliq Iskandar yang menyediakan sarapan pagi buat mereka bukan dirinya.

"Takpe lah!..sayang kan dah penat semalam tolong itu ini untuk majlis doa selamat hari ni..jadi hari ni biar Is treat sayang pulak!"

"Is.."Serentak mereka berdua berpaling kearah pintu dapur mendengar ada seruan.Susuk tubuh Tuan Hadi dan Puan Masyitah yang sudah bersiap itu dipandang kebingungan Ammara Aisya.

"Daddy dengan Mummy pergi sana dulu nak uruskan apa yang patut..jangan lupa ya datang awal sikit.."Pesanan dititip buat anak lelaki dan menantunya.

"Okay Daddy..!"Diangkat ibu jarinya mengiyakan permintaan ayahnya sambil mengerling Ammara Aisya disisi.Pemergian Tuan Hadi dan Puan Masyitah dihantar dengan pandangan penuh tanda tanya Ammara Aisya.

"Doa selamat pun kena buat preparation macam tu ke..?"Dihalakan pandangan pada suaminya seakan tidak percaya.Selalunya majlis doa selamat di kampung dan kebiasaannya tidaklah sehebat itu sehinggakan semalam ada seorang pereka fesyen yang mengambil ukuran tubuhnya katanya ingin membuat baju sedondon dengan keluarga Maaliq Iskandar.

"Sayang..Jom makan..!"Pertanyaan isterinya dibiarkan tidak berjawab  lantas tangannya menarik tangan Ammara Aisya lalu ditarik kerusi menyuruh gadis itu duduk disisinya.

"Is..sya tanya ni.."Jari telunjuk sasa suaminya mendarat di bibir mungil Ammara Aisya sambil direnung anak mata isterinya lama.

"Tak nak tanya-tanya..makan tu Is dah masak banyak ni.."Sudu yang berisi bihun goreng dihalakan pada mulut Ammara Aisya namun bibir yang diketap rapat itu menerima jegilan mata Maaliq Iskandar.

"Makan lah..!"Dihalakan sudu lalu dicubit pipi isterinya.

"Tak nak..!"

"Ammara Aisya.."Teguran Maaliq Iskandar seakan keras melihat isterinya yang masih berdegil tidak mahu menjamah makanan.

"Jawab dulu..!"

"Sayang makan dulu..nanti Is jawab ye..?"Dihalakan lagi sudu pada isterinya sekilas makanan dimasukkan ke dalam mulut Ammara Aisya perlahan.

"Jawab la urmm.."Pinta isterinya sambil mengunyah makanan.Meletus senyuman kecil di bibir merah suaminya melihat Ammara Aisya yang tergopoh-gopoh mahu diberikan penjelasan.

"Disebabkan sayang dah tanya sebelum habis makanan dalam mulut tu jadinya tiada jawapan ye sayang!"Dicuit hidung mancung Ammara Aisya sebelum dia berpaling ke meja dan meneruskan suapan ke mulutnya sendiri.Sengaja dibiarkan isterinya yang cemberut merenungnya tajam.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now