Bab 12

747 39 1
                                    

Kereta Audi Q8 milik Maaliq Iskandar dipandu laju membelah lebuhraya menuju ke Hotel Mi Empire.Sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan lobi hotel kunci kereta diserahkan pada Azrul yang sudah menanti di tangga hadapan lobi hotel.

"Bos..!"Azrul menegur Maaliq Iskandar yang kelihatan muram wajahnya lalu digeleng kepalanya perlahan melihat sikap majikannya.

"Tuan..!"Salah seorang pegawai khidmat pelanggan yang berada di kaunter hadapan itu menunduk sedikit pada Maaliq Iskandar tetapi tidak dipedulikan.

"Cik Aisya dah masuk belum..?"Matanya lelaki itu meliar mencari jika  ada kelibat Ammara Aisya disitu.

"Belum Tuan.."Maaliq Iskandar membelek jam di pergelangan tangannya.Sudah hampir seminggu dia cuba menghubungi Ammara Aisya tetapi tidak berjawab.

"Takkan dah pukul sepuluh tak masuk lagi..makan gaji buta ke ape.!"

Pampp!

Hentakan kuat tangan Maaliq Iskandar diatas kaunter mengejutkan Azrul dan pegawai khidmat pelanggan yang berada disisinya.

"Dah banyak hari Cik Aisya tak masuk tuan.."Salah seorang gadis yang juga merupakan pegawai khidmat pelanggan disitu bersuara.

"Azrul..!Kau cek dah ke dengan Helen?"Azrul terkulat-kulat menggeleng perlahan.Memang dia terlupa ingin bertanya dengan Helen tentang Ammara Aisya.

"Bodoh..!"

"Bosss..sampai hati bos panggil saya bodoh...saya terlupa sikit je.."Dicebikkan bibirnya kearah wajah bengis Maaliq Iskandar meraih simpati.

"Lepas tu kau nak aku panggil kau bijak pandai..sampai benda kecil macam ni pun kau tak boleh nak settle..!"Mata garang Maaliq Iskandar menjeling tajam kearah Azrul.Staf yang berada disitu hanya mendiamkan diri sambil memasang telinga.

"Aku nak naik atas jumpa Helen..!"Langkah sudah diatur meninggalkan kaunter menuju kearah lif tetapi seketika Maaliq Iskandar berpaling semula kebelakang apabila menyedari Azrul masih membatu di hadapan kaunter.

"Woi..!apa lagi yang kau tunggu..?lembap la..!"Sergahan majikannya mengejutkan Azrul yang sudah terpinga-pinga berjalan kearah lif.

Azrul menjeling tajam kearah staf yang tersenyum kecil melihat dirinya yang sedang dimarahi majikannya.

"Helen..!"Sergahan Maaliq Iskandar mengejutkan Helen yang sedang mengutip fail di dalam bilik Ammara Aisya untuk disemak.

"Mana budak ni pergi..?"Pintu bilik Ammara Aisya diterpa masuk lelaki itu.Azrul yang mengekorinya membatu di muka pintu.

"Budak mana..?"Terpinga-pinga Helen bertanya kembali kepada majikannya.

"Tuan bilik ni..!"Telunjuk Maaliq Iskandar dihalakan pada nama Ammara Aisya yang tertera di hadapan pintu.

"Tuan ni..kenapa nak marah-marah..?tanya elok-elok tak boleh ke..?"Sinis Helen sambil melirik pada Azrul.

"Macam mana aku nak cakap elok-elok kalau dah seminggu kawan baik kau tu hilang macam tu je..!"Helen menelan air liur yang tersekat dikerongkongnya.Ammara Aisya memang menempah maut kali ini.

"Dia cuti la Tuan..dia balik kampung.."Perlahan nada suara Helen menjawab pertanyaan majikannya.

"Lagi tiga hari baru dia balik sini.."Disambung bicaranya sambil matanya menatap dada Maaliq Iskandar yang tercungap-cungap menahan amarah.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora