Bab 5

961 49 1
                                    

Ammara Aisya menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya perlahan di meja makan sambil membaca pesanan ringkas yang baru sahaja di terimanya.
Yana yang dari tadi hanya merenung muka cuak Ammara Aisya.

Ting!

Sudu di tangannya terlepas ke lantai.Air di dalam gelas dicapai lalu diteguk rakus.Yana yang masih memerhati itu sudah berkerut dahinya melihat kelakuan Ammara Aisya di hadapannya.

"Kenapa kau ni?"Terpacul soalan yang dari bibir Yana membuatkan Ammara Aisya tersenyum kelat.

"Ermm..ni haa..Helen hantar mesej..Esok aku kena serahkan tugas aku pada dia.."Ammara Aisya mengeluh perlahan bila matanya menatap kembali mesej yang masih terpapar di skrin telefonnya.Kerana dia mencipta perang dingin dengan Maaliq Iskandar siang tadi akhirnya tugas mengendalikan seminar itu terpaksa diserahkan pada Helen setelah menerima arahan dari pihak atasan.

"Pelik..!kenapa kena serah pada Helen?"

"Sebab aku gaduh dengan anak bos..!"Yana membeliakkan matanya mendengar jawapan selamba Ammara Aisya.

"Dia yang cari pasal dulu bukan aku.."Laju dia memberi alasan kepada Yana bimbang dia pula yang menerima bebelan sebentar nanti.

"Dia cakap aku munafake tau tak..!"Yana menelan liur melihat Ammara Aisya menggenggam penumbuknya sambil mengetap rahangnya.Mata tajamnya merenung dinding di belakang Yana mengingati semula bagaimana sinisnya sindiran lelaki itu terhadapnya.

"Uishh..dia cakap macam tu dekat kau..?"

"Yela..Dasarrr!"Yana menelan liur melihat muka bengis Ammara Aisya lalu bingkas bangun menuju kebelakang sahabatnya itu lalu dilurut perlahan.

"Sabar babe...sabar..!"Tangannya dielus halus di atas belakang Ammara Aisya yang tercungap-cungap menahan amarah.Ammara Aisya kebiasaan penyabar orangnya tidak pernah sekalipun dia mendengar perkara yang tidak elok seperti ini berlaku sepanjang gadis itu berkhidmat di sana.

🌹🌹🌹

Ammara Aisya berdiri di hujung meja Helen lalu dihulur fail yang berada ditangannya yang lengkap dengan senarai nama staf undangan dan setiap laporan tentang perjalanan seminar yang sudah pun masuk hari kedua kearah Helen.

"Ta..tapi Tuan Maaliq suruh kau serah pada aku depan dia.."Tergagap-gagap Helen apabila melihat wajah masam dan mood Ammara Aisya yang kurang baik.

"Jom lah..!"Helen bingkas bangun dari kerusinya lalu mengekori Ammara Aisya yang sudah keluar dari pintu utama pejabat itu menuju ke arah lif untuk turun ke ruangan lobi hotel.

"Mana dia ..?"Helen menunjuk kearah sofa yang diletakkan di satu sudut ruangan lobi itu.Kelihatan Maaliq Iskandar sedang berbincang sesuatu bersama Azrul di sudut tersebut.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora