Bab 51

798 35 3
                                    

Udara segar subuh yang hening itu dihirup Ammara Aisya lama.Setelah hampir setahun hari ini buat pertama kali dia bangun dari lenanya tanpa ada bekasan air mata yang setiap hari menjadi teman tidurnya apabila teringatkan suaminya yang menghilang tanpa khabar berita.

"Mana dia pergi ha..Dia pakai kereta aku ke..?"Tertanya-tanya dia bersendirian apabila melihat keretanya sendiri tiada di halaman rumah dari arah balkoni.

Kaki diatur melangkah semula ke dalam bilik Mirza Izdiyyad.Semalam sengaja dia tidak masuk ke dalam kamar kelaminnya kerana malas mahu bertentang mata dengan suaminya.Bukannya dia tidak mendengar ketukan di pintu bilik tetapi sengaja dipekakkan telinganya.

"Mirza sayang..Umi turun dulu...nanti awak nak susu awak nangis okay..!"Pipi comel dengan mata yang terbuntang luas itu dicubit perlahan tangan mulus Ammara Aisya lalu digoyang-goyang jari telunjuknya yang menjadi sasaran Mirza Izdiyyad untuk dipegang.

Butang kamera monitor bayi di hujung katil itu ditekan sebelum melangkah keluar dari bilik.Sudah menjadi kebiasaan bayi kecil itu ditinggalkan bersendirian namun masih di dalam pengawasan mereka semua kerana monitor itu disambung pada tiga telefon bimbit utama di dalam rumah itu.

"Mbak..Kereta Sya mana..?"Soal Ammara Aisya sebaik sahaja kelibat Mbak Kaseh di dapur disapa matanya.

"Is pakai semalam..Katanya nak ke apartment temankan Hisyam.."Terang Mbak Kaseh ringkas sambil menggoreng nasi di dalam kuali untuk keluarga majikannya bersarapan sebentar lagi.

"Ohh..Hisyam yang datang sekali semalam tu..?"telunjuk Ammara Aisya mengetuk halus kabinet dapur sambil dikerutkan keningnya cuba mengingati.

"Iya Sya.."Mangkuk dicapai  Mbak Kaseh sebelum diisi nasi goreng yang telah siap dimasak.

"Sya gaduh sama Is ya..?"Teka Mbak Kaseh sambil tersenyum nipis kearah isteri anak majikannya.

"Hehe..Haah..!"Selamba Ammara Aisya membalas dengan ketawa kecil,malas mahu menipu memang mereka bergaduh pun semalam.Namun peperangan itu tidak ada pengakhirannya.

"Kejap lagi Is balik bawa Hisyam sarapan disini katanya.."Terang Mbak Kaseh sambil mengira-ngira hidangan yang terletak elok diatas meja dapur.Sebentar nanti akan dibawa pula ke meja makan di ruang depan.

"Hurmm.."dengus Ammara Aisya perlahan sebelum matanya melirik pada mee yang sudah siap digoreng diatas meja dapur.Tiba-tiba sahaja tekaknya terasa teringin.

"Haa..!Yang tu belum boleh dimakan ya Sya.."Tegur Mbak Kaseh keras apabila terperasan menantu majikannya yang sedang memerhati mee goreng di dalam mangkuk penuh berselera.

"Alaa..Kalau tak boleh makan kenapa Mbak masak jugak ..?"Soal Ammara Aisya dengan cebikkan dibibirnya.

"Itu untuk orang yang tak berpantang..Sya jangan berani-berani ya..!"Telunjuk Mbak Kaseh digoyang-goyang pada Ammara Aisya yang merajuk dengan muncung sedepa sebelum berlalu sambil mengangkat hidangan keluar ke meja makan.

"Hurmm.."keluh Ammara Aisya sebelum ingatannya melayang pada peristiwa di mana dia bersama Yana dan Helen sebelum terukir senyuman di bibirnya apabila cuba mengingati gelagat sahabatnya tiga bulan lepas.

Flashback~

"Kenapa?kau nak cakap yang anak aku nanti tak berbapak so tak boleh pakai baju ni..?"Sinis Ammara Aisya sambil mendekati kedua sahabatnya yang sedang berpura-pura membelek baju bayi yang bergantungan di sekeliling mereka.Kandungannya  yang hampir memasuki usia sembilan bulan itu diusap perlahan dengan rajuk dihati.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now