BAB 2

2.6K 178 10
                                    

"AUWRA!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"AUWRA!!".

Serentak Areeq dan Aneeq menjerit nama gadis kecil yang sedang jalan terkedek-kedek menghampiri mereka berdua, walaupun baru berusia hampir tiga tahun namun nama gadis kecil itu sering dilontarkan oleh mereka berdua walau sebutan mereka masih kurang jelas.

"Careful Princess".

Suara garau Zaid jelas kedengaran dari arah belakang Haura, dia mengikuti langkah sikecil itu perlahan-lahan yang sedang menuju kearah Areeq dan Aneeq. Diikuti Ayan serta rakan yang lain dibelakang.

"Abi pergi mana?, lama sangat tau kitorang tunggu".

Mendengar suara Haraa, lantas Aeden melajukan langkahnya ditempat Haraa, Humairah dan Farisha yang sedang duduk disofa bersama anak-anak mereka.

"Sorry Sayang, kitorang banyak jumpa investors tadi, tu yang lambat sikit".

Lembut sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat letak tangan dibahagian sofa dimana Haraa sedang duduk, lalu mengusap lembut kepala isterinya.

"Amboi, mentang-mentanglah dah jadi CEO bukan main segak lagi engkorang berdua ye...."

Dengan serentak Ayan dan Adib berpaling kearah Farisha yang sedang duduk bersebelahan dengan Humairah.

"Ikut suka engko je kan, aku memang tiap-tiap hari segak lah".

Adib megemaskan sedikit sut yang terletak pada tubuhnya lalu tangan kanan naik menyelak rambutnya keatas dengan lembut, sebagai tanda bangga diri, orang dah puji kn, kita pun melangitlah.

Mendengar jawapan yang diberikan Adib lantas Farisha menjulingkan matanya keatas, namun riak wajah ya serta merta berubah apabila melihat kehadiran Nich yang sedang berjalan menghampirinya, satu senyuman manis dia hadiahkan kepada suaminya.

"Baby I lapar lah....".

Farisha memuncungkan bibirnya sebaik sahaja Nich berdiri tegak dihadapannya.

"Lapar?, seriously?, U baru je makan tadi sayang".

Berkerut kening Nich apabila mendengar permintaan Farisha, didalam fikirannya Masih kuat berfikir kemana terletaknya Nasi Kerabu yang baru sahaja dimakan oleh isterinya sebentar tadi.

"Alah tu makanan berat, sekarang I nak yang manis-manis, bolehlah, lagipun U pun tahu kan, bukan I yang nak makan, tapi this little Nich Junior dalam perut I ni yang nak makan".

Terkebil-kebil mata Farisha melihat kearah Nich, agar suaminya menuruti permintaannya.

"Elehh, jangan nak fitnah anak buah aku lah, entah-entah kau sendiri yang nak makan kan".

Adib mencelah sambil menayang muka menyampah kearah Farisha.

"Kau kalau jealous cakap, aku tonyoh kang muka kau kejap lagi jaga kau".

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now