Tok!! Tok!! Tok!!
Bunyi ketukan pintu membuatkan pandangan beralih kearah pintu melalui pantulan cermin.
"Boleh saya masuk?".
Kedengaran suara Ayan yang lembut meminta izin untuk masuk kedalam biliknya.
"Masuk je, pintu tak kunci pun".
Adele yang sedang cuba untuk menanggalkan Veil berwarna putih yang terletak kemas pada rambutnya, menjawab dengan bersahaja namun fokusnya tetap dihalakan pada kepalanya.
"Asalammualaikum".
Satu suara lembut menyapa gegendang telinganya.
"Wa-waalaikumsalam".
Salam dijawan dengan keadaan sedikit gugup apabila dia melihat Ayan yang masih lengkap berselangor berwarna putih mula menghampirinya.
Mereka bertentangan mata buat seketika melalui pantulan cermin.
Adele yang tadi tenang kini seakan rasa nyawanya bakal berakhir, dia terasa gugup apabila Ayan menatapnya seperti itu.
"Cantik".
Satu perkataan akhirnya keluar dari mulut lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya beberapa jam yang lalu.
"Hah?".
Tidak tahu itu satu pujian ataupun mempunyai maksudnya yang lain, Adele mendongak melihat Ayan melalui pantulan cermin dihadapannya.
"Awak cantik sangat".
"Sayang...."
Mendengar perkataan itu keluar dari mulut suaminya serta merta membuatkan pipi putih itu bertukar warna, ini kali pertama dia mendengar Ayan memanggilnya dengan panggilan itu, namun entah kenapa dia seperti pernah mendengarnya sebelum ini.
"Aw-awak tak nak mandi ke?".
Ingin mengubah topik, takut si dia tahu akan jantung yang kini sedang mencuba untuk kembali normal kembali.
"Awak mandikan?".
Satu senyuman nakal Ayan berikan padanya sambil tertawa kecil.
'Alahhh, dia mari dengan giggle pulak, comelnyee!!'
"Jangan merepek ye".
Dengan pipi yang masih merah Adele berdiri dari hadapan meja soleknya. baru sahaja kakinya hendak melangkah meninggalkan Ayan, namun terasa pinggangnya seakan dipeluk oleh sesuatu dari arah belakang.
Membulat mata Adele ketika menyedari apa yang sedang berlaku sekarang, Ayan sedang memeluknya dari arah belakang kemudian perlahan terasa bahunya seakan ada sesuatu yang hangat mendarat diatasnya. Dagu Ayan.
"Aw-awak".
"Ni tak awal sangat ke?".
"Sa"
"Saya"
YOU ARE READING
AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2
Romance[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"-Tengku Ayan Shaqeel "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚, 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞...