BAB 22

1.3K 108 7
                                    

SUDAH seminggu sejak kejadian di depan pintu pagar sekolah itu berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH seminggu sejak kejadian di depan pintu pagar sekolah itu berlalu. Hari demi hari membawa kenangan yang dia tidak mampu lupakan, pandangan mata hazel itu, menjadi kunci hadirnya sedikit harapan didalam hati.

Beberapa kali dia mencuba untuk memadamnya, namun pandangan itu terus menghantui, kadang terasa dekat didalam hati, kadang juga terasa hanya kebetulan dia mendapat pandangan itu.

"Kenapa dia pandang balik ekk"

Adele menggumam sendirian, hujung pen diketuk perlahan diatas meja berkali-kali, buku bota dihapannya sudah terbuka luas, tinggal menunggu alunan tangan menulis dikertas kosong yang tersidai indah. Namun ingin menulis nota bukan tujuan utama dia datang ke perpustakaan ini, hanya sekadar basah basi kepada Irish untuk mendapat masa sendirian.

'Ketenangan?'

Ya, itu adalah apa yang diperlukan oleh seorang Adele Estelle Fluerine, pandangan dari anak mata hazel milik jejaka pujaannya telah menjadi sebab utama dia tidak dapat fokus akan pelajarannya.

Sesekali dia terserempak dengan jejaka itu, namun tanpa dipinta, dengan sepantas kilat juga dia menjauhkan diri agar mereka tidak bertembung.

Tidak mahu perasaan memakan diri, menghilangkan fokus serta niat utamanya, memang dia menyukai jejaka itu, tetapi jika disoal adakah dia ingin memilikinya?, tidak!!, sudah tentu jawapannya tidak. Siapalah dia jika dibandingkan dengan anak kerabat diraja?, yang hanya bermodalkan perasaan tulus serta ikhlas?.

"Haih, dah-dah lah tu Estelle, sampai bila nak angau?, u need to focus gurl!!"

Adele berkata sendirian sambil mengetuk kepalanya.

Hari ini dia tidak memilih meja yang terbuka untuk belajar, meja persendirian yang terletak dihujung ruangan menjadi pilihan dengan tujuan agar mendapat sedikit privacy.

Penghadang dihadapan yang menjadi penghalang diantaranya dengan meja lain membuatkan Adele tidak mampu untuk melihat kehadapan kerana ia telah melebihi paras ketinggiannya ketika duduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penghadang dihadapan yang menjadi penghalang diantaranya dengan meja lain membuatkan Adele tidak mampu untuk melihat kehadapan kerana ia telah melebihi paras ketinggiannya ketika duduk.

Pandangan mata Ayan kini telah lenyap dari fikirannya, masa untuk fokus telah kembali, dia kemudian mula menulis nota-nota yang dipelajari dengan tekun tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang dibelakangnya.

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now