Bab 1

10.1K 577 18
                                    


Dania toleh laju memandang kearah Empunya suara tersebut.

"K—kenapa ayahnda panggil? Nia ada buat salah ke?" Dania sudah cuak. Selalunya jika Tuan Karlos memanggil. Pasti ada kesalahan yang telah dia lakukan.

"Abang Yen, tolonglah Nia. Nia tak nak jumpa Ayahnda. Mesti Nia kena marah dengan ayahnda nanti." rengek Dania manja. Lengan Daryen dipeluk tidak mahu dilepaskan.

Daryen tolak dahi licin Dania supaya menjauhi dirinya. "Kalau baby tak buat salah tak ada ayahnda nak marah."

"Tipu! Nia selalu kena marah dengan Ayahnda. Ayahnda tak sayang Nia." Dania mula berdrama. Dia berpelukan tubuh sambil mengeluarkan air mata palsu. Sejujurnya dia sedang melambatkan masa untuk berjumpa Tuan Karlos.

"Abang yen pun selalu marah Nia juga. Jadi, abang Yen pun tak sayang Nia."

Dania laju membidas. "Tak! Abang Yen sayang Nia. Abang Yen selalu cakap i love you dekat Nia." Dania memegang pipinya seolah-olah dia sedang cair dengan Daryen.

Ya dia sedang berdrama sekarang!

"Baby."

Dania ketap gigi. Abang Darniel ni! Macam tahu-tahu je dia sedang melambatkan masa berjumpa dengan ayahndanya. Habis plan dia!

Dania mencebik. Pandangan tajam dilemparkan pada abang sulungnya, Darniel. "Abang Niel ni, jangan la kacau. Orang nak manja-manja dengan abang Yen ni." dengus Dania.

"Ayahnda panggil." dua patah perkataan dari Darniel membuatkan Dania bingkas bangun dari duduknya.

"Abang Niel ni, selalu buat Nia macam ni. Suka paksa-paksa Nia." Dania hentak kaki. Gigi diketap menahan geram. Geram dengan Darniel. Darniel membalas tatapan Dania dengan tatapan kosong sambil tangan sebelahnya kedalam poket.

Berlalu sahaja Dania meninggalkan kedua abangnya itu. Darniel pantas menarik kuat rambut Daryen kebelakang.

"Shit, Banyak kali aku cakap dengan kau.
sebelum jumpa baby tukar baju dulu. kau
tengok apa jadi sekarang!"

"Adu du duh! Sakit bro, lepaskan!"Daryen mengerang kesakitan. Kelopak mata di pejam rapat menahan sakit. Dia hanya merelakan sahaja rambutnya ditarik kuat oleh Darniel.

"Tch!" Daniel melepaskan cengkaman rambut Daryen.

"Sorry la bro, aku lupa la nak tukar baju. Bukan saja-saja." Daryen muncung bibirnya seinci kedepan. Kepala dia bagaikan hendak mahu putus itu digosok laju menghilangkan pedihnya ditarik rambut oleh Darniel.

"Kau fikir sendiri macam mana nak tipu baby. Aku tak nak satu patah perkataan pun baby dapat tahu pasal benda ni." tegas Darniel berkata.

"Iya, tahu lah."

"Yen! Elak!" jerit Daryle nyaring.

Belum sempat Daryen mengelak dari terkena bola. Laju bola tersebut melepaskan tembakan dasyat pada perut Daryen. Senak terus perut Daryen tatkala bola sepak mengenai tepat mengenai perut dia.

"Ta— ta guna." Daryen tewas. Dia jatuh tersembam pada padang besar itu.

Mereka semua menghampiri Daryen yang seperti nyawa-nyawa ikan itu. "Weh, kau okey tak?" perihatin kembarnya menyoal.

"Ta—ta guna Kau Yle. Kalau ya pun nak bunuh aku. Jangan sampai pakai cara kotor macam ni." Tercungap-cungap nafas Daryen berkata. Ya Daryle mungkin dendam dengan dia disebabkan masalah tempoh hari. Lagipun, bukan dia yang salah. Daryle yang salah. Dia yang sibuk baca buku novel time makan.

"Sakit sangat ke?" Daryle tekan perut Daryen. Rata. Tak ada benjol macam mana kepala Daryen dibenjolkan oleh Darniel tadi.

"ADUIH!"

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now