Bab 22

949 66 3
                                    


Dania menuju ke ruang tamu bersama sedulang hot chocolate. Dania meletakkan diatas meja di ruang tamu. Dania meletakkan secawan hot coklat dihadapan Darniel, Darien serta Daryen.

"Rajin Baby, Untung betul Ien dapat Baby." Puji Darien sebelum mengambil hot coklat yang berada di hadapannya. Darien serta meneguk hot coklat sambil mata mereka menatap ke arah kaca televisyen.

Dania melabuh duduk di sebelah Darien. Tangan kekar Darien yang berada di atas pehanya dialihkan sebelum kepala Dania dibaringkan di atas riba Darien.

"Nak dekat seminggu Nia tak nampak Abang Yle, Abang Yle pergi mana?" Ayat yang meluncur keluar dari mulut Dania membuatkan Darien serta Daryen yang sedang meneguk hot chocolate memandang sesama sendiri.

Darien meletakkan hot chocolate di atas meja. Kening cantik milik Dania di main.

"Daryle pergi holiday dengan kawan-kawan dia." Kata Darien mendatar.

Dania muncung bibirnya kedepan. "Setiap sebulan antara Abang Ien, Abang Yle dengan abang Yen memang kena pergi holiday ke? Selalunya kita sekeluarga pergi sekali. Kenapa Abang Ien, Abang Yle dengan Abang Yen pergi sorang?"

Dania mencebik bibirnya.

"Nia rasa Abang Yle macam dah benci kat Nia." Pasrah sahaja suara Dania.

Daryen menolak lengan Darien sebelum membuat isyarat mata kepada Darien.

"Haritu sebelum Abang Yle pergi. Abang Yle langsung tak layan Nia. Dia duduk dalam bilik satu hari. Nia panggil pun Abang Yle langsung tak keluar bilik. Lepastu esoknya Abang Yle dah tak ada kat bilik."

Darien cuit hidung mancung Dania. "Jangan fikir bukan-bukan. Yle sayang Nia. Mungkin masa tu dia ada masalah sikit. Itu yang Yle tak layan Nia."

"It's Okey, Nanti Yle balik. Ien marah Yle okey?" Pujuk Darien lembut. Anak matanya menatap lembut wajah cantik Dania.

"Abang Ien tahu..."

"Kenapa tu, Baby?" Darien memberi perhatian penuh kepada Dania untuk mendengar cerita Dania.

"Haritu time Nia pergi mall, Ada dua orang bear ni. Bau perfume dia sama dengan Abang Ien dengan Abang Yen. Nia nak tegur. Tapi bear tu lari."

Darien terkedu. Darien memandang ke arah Daryen. Berkedip kelopak mata Daryen menatap wajah Darien. Jantung mereka mula berdegup laju. Bibir Darien naik mengukirkan senyuman palsu.

"Dalam dunia ni bukan Ien dengan Yen pakai perfume jenama tu. Ramai lagi manusia pakai jenama sama macam kitaorang."

Daryen dengan berhati-hati bingkas bangun dari duduknya. Dia ingin melarikan diri sebelum disoal Dania. Mati kutu Daryen mahu menjawab nanti.

Dania mengangguk kecil.

"Padan la... Nia ingat Abang Ien dengan abang Yen. Nasib Nia tak tegur."

Usai Dania membersihkan diri, Dania turun ke bawah. Kata Darien ada sepupu jauhnya datang ke rumah. Dania sedikit pelik. Kali ini bukan sekadar sepupu jauhnya datang kerumah. Namun, sepupunya yang dari luar negeri turut sama hadir ke rumah mereka.

Kalau diikutkan, memang Bondanya setiap hujung bulan akan adakan majlis. Namun majlis kali ini membuatkan Dania sedikit pelik disebabkan hampir kesemua sepupunya datang ke rumah dia.

"Kau makin pendek." Tegur satu suara. Terhenti langkah Dania menuruni anak tangga tatkala sistem pendengaran dia dihentam dengan suara Darysh. Dia menghampiri Dania sebelum menepuk lembut beberapa kali kepala Dania.

Berkerut kening Dania ingin mengecam wajah lelaki tersebut.

"Dulu kau paras dada aku."

"Kenapa sekarang kau paras perut aku?" Darysh mengukur ketinggian Dania. Pendek. Ketinggian Dania separas perutnya.

Cemberut Wajah Dania. Ini Pasti Darysh. Siapa je yang suka mengejek ketinggian dia melainkan Darysh. Dania menepis tangan Darysh yang berada di atas kepalanya.

"Bila abang Darysh sampai?" Soal Dania.

"Baru je."

"Abang Darysh ambil cuti ke? Bukan ke abang Darysh busy dengan company dekat Jerman tu?" Dania sedikit pelik dengan kemunculan Darysh secara tiba-tiba. Selepas 4 tahun Dania tidak berjumpa Darysh. Banyak perubahan pada jejaka itu. Darysh semakin tinggi. Bukan itu sahaja. Malah penampilan dia sudah seperti jejaka Jerman. Terlalu tampan Darysh sampaikan Dania hampir tidak mengenali.

"Aku datang nak jumpa kau. Kalau aku datang time diorang datang. Aku takkan dapat face to face dengan kau. Kau kan banyak fans." Jika perjumpaan keluarga pasti Dania akan di rebut cousin dia yang lain. Itu  Darysh memutuskan untuk datang lebih awal dari yang di tetapkan.

"Kau okey, Baby?" Soal Darysh wajah Dania di tenung lama.

Dania angguk sekali. Senyuman elok terukir pada bibirnya.

"Deska buat apa dekat kau?"

Dania menggosok belakang kepalanya yang tidak gatal. "Nia tak nak ambil kisah pun pasal dia—"

"Ikutkan aku, aku nak hantar semula dia dengan kembar dia dekat panti asuhan. Tak bersyukur orang dah jaga." Sebut sahaja mengenai kedua kembar itu. Darysh langsung tidak berminat. Dari awal lagi Darysh tidak setuju Uncle Dabib mengambil dia menjadi anak angkat. Namun Uncle Dabib tetap berkeras.

"Hoi, Darysh. cepat lah. Makanan ni habis kau jangan bising pula." Laung Daryen dari arah ruang tamu. Daryen sedang melahap pizza bersama Darien di ruangan tamu sambil menonton televisyen. Tiba sahaja Darysh di rumah mereka bersama dua plastik pizza. Bukan menyambut Darysh terlebih dahulu. Malah mengutamakan pizza terlebih dahulu.

"Aku boleh transfer diorang dekat luar negara kalau kau tak suka diaorang ada dekat sini." Kata Darysh sebelum membuka langkah beredar meninggalkan Dania yang masih berdiri tegak pada tangga. Dania pandang lama belakang tubuh Darysh sehingga Darysh hilang dari pandangan  matanya. Sebaris senyuman elok terukir pada hujung bibirnya.

"Princess, come. Duduk sebelah Ien." panggil Darien. Dia melambai tangan ke arah Dania. Dania menghampiri Darien sebelum melabuh duduk di sebelah Darien.

"Ada benda yang menganggu fikiran you ke, Princess?" Darien merangkul kemas bahu Dania sebelum anak matanya menatap wajah cantik Dania.

Dania geleng kecil.

"Then, Kenapa muka tu? Monyok je?" Darien mencuit lembut pipi Dania. 

"Darien."

Darien menoleh ke arah Darysh sebelum keningnya di jongketkan sebelah.

"Kau cadang nak buat majlis baby dekat mana?"

"Rumah Nenda." Bangga Darien berkata. Bagi Darien. Rumah Nendanya sahaja yang paling selamat untuk membuat majlis perkahwinan Dania. Rumah Nendanya tersorok dalam di hutan dan di jaga ketat oleh orang kuat keluarga Celcevion. Sukar untuk musuh menghendaki rumah Nendanya.

"Bila?"

"Minggu depan."

To Be Countinued...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now