Bab 3

7.6K 475 11
                                    

Darien menarik kembali picu Sniper Sako TRG M10 itu. Mata dia teliti melihat sasaran dia sebelum melepaskan tembakan yang selanjutnya. Tepat sahaja mengenai musuh. Dia memberi isyarat kepada anak buahnya menggunakan lazer hijau.

Zanky yang melihat isyarat itu dari jauh segera memberi isyarat kepada yang lain maju ke hadapan. Sampai sahaja pada depan pintu utama musuh dia merempuh kuat pintu tersebut.

Kesemua gadis pelacur menjerit ketakutan tatkala pasukan Darien menembak merata kearah anak buah Kark Snake. Lintang pukang para wanita itu melarikan diri keluar dari tempat tersebut.

Darien mendekati motor Ducati Desmosedici D16RR miliknya. Besi besbol serta Glock Silver yang tergantung pada motornya diambil. Kemudian, diselitkan besi besbol pada belakang badannya.

Sniper Sako TRG M10 disandangkan kebelakang badan sebelum dia melangkah menaiki motor. Enjin motor di start. Kemudian, laju Darien memecut menuju ke markas musuh.

"T-tuan! Swans X Vian kepung markas kita." tercungap-cungap Philips pembantu pribadi Kark berkata pada luar pintu bilik. Kark yang sedang berhubungan asmara dengan beberapa gadis pelacur tersentak dek dihempap batu apabila mendengar nama yang sangat digeruni memecah masuk kubu pertahanan mereka.

"Laporkan perkara ni pada pihak bantuan. Sebelum menunggu ketibaan mereka. kita perlu berlindung. Jangan lawan mereka. Kita bukan tandingan mereka." Laung kark.

"Tapi, Kumpulan kita sudah siap untuk berlawan balik. Kumpulan kita lebih banyak dari mereka dan mereka semua terlatih!" bantah Philips lagi.

"Jangan melawan! Segers laporkan pada pihak bantuan sebelum ramai lagi yang terkorban!"

"Baik." Toleh sahaja pandangan Philips kebelakang. Bebola mata Philips terketar-ketar melihat sebatang tubuh jejaka yang sedang tersenyum sinis kearah dia.

"Aku bagi 20 saat untuk kau menjerit minta tolong." besi besbol pada belakang badannya diambil. Lalu disandarkan pada kakinya sebelum jejaka tersebut membuka plastik lolipop chupa chups.

Dengan rasa gementarnya Philips mengeluarkan Glock 17 pada belakang kocek seluarnya sebelum diacukan tepat kearah jejaka tersebut.

Darien memamasukkan lolipop chupa chups kedalam mulutnya sebelum digigit lolipop itu sehingga pecah. Kemudian batang lolipop dijentikkan tepat kearah bahu Philips. Terjatuh tersungkur lutut Philips bertembung lantai. Apabila dia merasakan dirinya terancam. Philips menembak berdas-das tembakan kearah Darniel.

BANG! BANG! BANG!

Kark yang didalam bilik sudah kejang lutut mendengar berdas-das tembakan dari arah luar. Pasti nyawa Philips sedang terancam sekarang ini. Kark menolak kesemua gadis pelacur yang sedang duduk diatas katil bersaiz queen miliknya. Kemudian. Dia menolak katil tersebut ketepi.

kelam kabut tangan dia membuka kod yang menutupi pintu rahsia itu. Setelah berjaya dibuka. Kark memasuki separuh badan dia pada terowong itu. Kemudian Kark mengeluarkan kembali kepalanya memanggil salah seorang pelacur datang kepadanya.

"Tolak semula katil ni bila aku dah selamat masuk terowong."

"Bila ada orang tanya, siapa dalam bilik ni selain kauorang. Cakap Hanya ada kauorang bertiga sahaja dalam bilik ni. Tak ada sesiapa. Faham!" wanita itu hanya mengangguk.

"Go to hell"

Bukk!

Mengalir bercucuran darah pada kepala Philips dek libasan kuat dari Darien.

Selang beberapa minit setelah Kark berjaya memasuki sepenuh badannya pada terowong tersebut. Darien menendang pintu bilik menyebabkan kesemua gadis pelacur memandang kearah dia. Lintang pukang mereka berlari menyelamatkan diri tatkala sistem penglihatan mereka dihiasi dengan besi besbol yang berlumuran darah itu.

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now