Bab 10

3.3K 209 8
                                    

"Darniel Celvian, abang sulung pada 5 orang adik beradik. Darien, Daryle, Daryen, Dayyen, Dan Dania. Dania bongsu. Mengikut pada umur Cik Dania sekarang. Dia sudah menjadi pemegang nama Celcevion. But, Cik Dania masih lagi tak bersedia." Leo Hendry yang sedang memberi kala jengkingnya makan hanya mendengar sahaja maklumat yang dibacakan Airiz.

Leo Hendry mengangkat Scorpion yang sedang menjamah makan. Sengatan pada hujung ekor scorpion dilihat penuh minat. Dibiarkan haiwan peliharaan dia berjalan pada lengan kekar dia.

"Celcevion? Dania Celcevion?" Leo Hendry mula minat dengan nama yang baru sahaja disebutkan Airiz. Kala jengking peliharaannya diambil, lalu diletak kembali pada bekas kaca tempat asal peliharaannya duduk.

Airiz angguk kepalanya. Leo Hendry duduk bersilang pada kusyen ruang tamu rumahnya. Wajah Airiz ditenung tajam. Leo Hendry senyum sinis. Kad jemputan pemberian seorang jejaka di mall tadi dilihat.

"Kau rasa, aku perlu berpura-pura atau terus jujur siapa sebenarnya diri aku?"

"Riz?" Leo Hendry memandang wajah Airiz tatkala soalannya dibiarkan sepi. Kening dijongketkan sebelah menunggu jawapan Airiz.

"Saya tak berani jawap tuan." ketar ketar nada Airiz berkata. Leo Hendry mendengus perlahan sambil bibir naik mengukirkan senyuman sinis.

"Kau takut hidup kau bakal tipis?" Airiz hanya diam tidak menjawab.

"Atau kau—" ayat Leo Hendry tergantung tatkala salah seorang anak buahnya datang menganggu perbualan dia.

"Tuan, Cik Lydia datang." Leo Hendry mengangguk sekali sebelum membuat isyarat tangan membenarkan Lydia memasuki rumahnya.

"Darling..." meleret suara Lydia memanggil Leo Hendry dengan panggilan manis dari luar perkarangan rumah. Rambut dikibaskan pada anak buah Leo Hendry sebelum memasuki rumah mewah Leo Hendry.

Lydia melabuh duduk diatas pangkuan Leo Hendry sambil kolar baju Leo Hendry dimainkan. Sebelah tangan elok merangkul leher tegang Leo Hendry. "Sayang, why you tak datang majlis tunang kita. You tak nak saksikan betapa cantiknya dekat majlis tu?"

"Perlu ke aku tengok kau?" tubuh Lydia ditolak kasar menjauhi dirinya. Lydia mendengus geram. Tatkala Leo Hendry melayannya seperti itu. Dia kembali duduk diatas pangkuan Leo Hendry

Airiz membungkuk tubuhnya sebelum berpamit pergi. Dibiarkan ruangan pada majikannya serta Lydia.

"Yes, perlu!" meninggi nada Lydia berkata.

"I tunang you sayang, bakal wife you. kenapa you layan I macam ni?" Lydia mula merasakan dirinya seolah tidak penting bagi Leo Hendry.

Leo Hendry cengkam kuat leher Lydia. "Kau ingat, dengan jadi tunang aku kau boleh dapatkan hati aku? Go to hell Lydia."

"S— sakit Leo..." bagaikan hendak mati kelemasan Lydia apabila Leo Hendry mencengkam kuat lehernya oleh Lydia.

"Kalau dah nama sepupu. Sampai mati pun sepupu. Jangan harap aku akan terima kau sebagai wife aku." Leo Hendry tolak tubuh Lydia. Jatuh tersembam punggung Lydia pada lantai mengaduh sakit.

"Leo! Leo, Tunggu." Jerit Lydia memanggil nama Leo Hendry yang sedang meluru menaiki tangga. Leo Hendry hanya berjalan naik ke tingkat atas tanpa menghiraukan Lydia yang sedang menangis teresak-esak.

Dayyen pandang lama balutan yang membalut tubuh. Rahang diketap kuat sehingga naik urat hijau pada permukaan leher tegang dia. Perasaan dendam pada diri sendiri mula terbit tatkala dia mengingati kejadian dimana dia selalu tidak berguna dalam misi bersama abang-abangnya. Sebaliknya dia merasakan tidak layak untuk dibandingkan dengan abang-abangnya yang selalu berjaya melakukan misi. Namun dia? hanya beban yang membebankan abangnya dalam misi.

Dayyen rentap kasar balutan yang membalut tubuhnya. Spontan darah mengalir deras pada dadanya akibat tindakan kasar Dayyen. Darah yang mengalir deras pada dada bidangnya direnung tajam. Rambut dikuak kasar kebelakang.

Kapas yang berada diatas mejanya diambil lalu di tonyoh kasar pada permukaan tempat lukanya. Dayyen menutup rapat kelopak mata menahan sakit. Tubuhnya bergetar hebat menahan sakit. Kapas yang sudah dipenuhi darah dicampak pada tong sampah bersebelahan dengan katil bersaiz Queen miliknya.

Dayyen merebahkan tubuhnya pada katil. Sesekali tangan menggenggam kuat cadar katil. Tercungap-cungap nafasnya tatkala permukaannya tempat lukanya memberi denyutan hebat.

Dengan hati yang gembira Dania berjalan menuju ke arah bilik Dayyen sambil senyum mekar di bibir. Daun pintu dikuak.  Dayyen menoleh kearah pintu tatkala pintunya dikuak oleh seseorang. Segera Dayyen menarik duvet menutupi tubuhnya.

"Abang Dayyen!" gedik nada Dania memanggil Dayyen

Dayyen bingkas bangun dari baringnya. Tubuh disandarkan pada bahu katil.

"Baby, Day ajar ketuk pintu sebelum masuk bilik orang kan?" lembut Dayyen menegur. anak mata Daryen memandang lembut anak mata Dania.

"Ops, sorry." Dania tayang gigi comelnya. Kemudian dia melangkah keluar semula dari bilik Daryen. Pintu diketuk dari arah luar.

"Abang Day, Nia ni. Nia nak masuk boleh."

"Come."

Dania kuak kembali pintu bilik Daryen sambil menghadiahkan senyuman comelnya. Kaki membuka langkah menghampiri Dayyen. Punggung dilabuhkan pada birai katil.

"Nia ada berita gembira tau. Abang Day nak dengar tak?" Dayyen hanya menganggukkan kepala.

"Nia dah jumpa future husband Nia!" Dania menjerit kegembiraan.

"Hah?"

"Ayahnda kata. Kalau Nia kahwin Nia tak payah pegang gelaran Celcevion. So Nia gembira la." Dayyen hanya beraksi biasa sahaja. Senyuman palsu diterbitkan pada bibirnya.

"Nia." Dayyen usap lembut kepala Dania.

"Nia tak boleh buat ayahnda dan bonda macam tu. Kesian diorang. Diorang berharap sangat Nia dapat pegang nama Celcevion dewasa nanti. Tengok-tengok bila Nia dah dewasa Nia tak nak pula. Hancur tau harapan ayahnda dan bonda." Dania cebik bibirnya. Badan digesotkan sedikit sebelum kepala dibaringkan pada riba Dayyen beralas duvet. Dayyen hanya membiarkan sahaja kelakuan Dania.

"Nia faham. Tapi Nia tak nak. Nia tak bersedia lagi. Nanti kalau Nia pegang nama Celcevion, mesti Nia ramai musuh macam ayahnda dan bonda." Dayyen selak helaian anak rambut Dania yang menutupi matanya.  Wajah Dania ditatap lembut. Pipi Dania dicubit lembut.

"Baby ingat tak malam dinner kita dengan nenda?" Dania tukar kedudukan dari baring mengiring ke menelentang. Wajah Dayyen ditatap. Dania mengangguk kecil.

"Cuba baby ingat balik kenapa nenda merajuk dengan Nia malam sebelum dinner? Sampai nenda menangis, sampaikan tak ada orang boleh pujuk nenda melainkan baby."

"Hmm... Bukan Nia sengaja. Nia tersalah cakap je." Dania bangun dari pembaringan dia. wajah ditundukkan memandang lantai Perasan serba salah mula menggunung pada dirinya sebagai tatkala Dayyen masih lagi mengingati kejadian dahulu kala.

"Abang Day jangan la ungkit lagi pasal dulu-dulu. Nia serba salah tau dengan nenda." Perlahan sahaja nada Dania berkata.

"Day bukan nak bagi baby serba salah, Day cuma nak ingatkan baby je. Siapa yang pujuk nenda masa nenda terkesan dengan ayat baby dulu." Dania hanya menunduk sahaja kepalanya. Ya dia pernah buat Nendanya terasa dengan percakapannya. Disebabkan Mulutnya nendanya mogok makan dinner bersama saudara maranya.

"Nia dah minta maaf dah dengan nenda. Nia janji Nia dah tak nak persoalkan keturunan kita." Dayyen senyum sebaris. Hidung mancung Dania dicuit lembut.

"Bukan itu maksud Day."

Too be continued..

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now