Bab 11

3.3K 196 9
                                    

Dania angkat wajahnya memandang tepat kearah Dayyen. "Habis tu?"

Dayyen geleng kecil. "Lupakan."

Dania kembali baring pada riba Dayyen. "Abang Day tahu ke Deska dengan Desya datang?"

Dayyen jongket sebelah keningnya. "Why baby? You tak suka ke?"

"Dia tolak Nia tadi masa dekat ruang tamu." Rengek Dania manja. Bibir dijuih keluar.

"Nia tak tolak dia balik?"

Dania geleng kecil "Aunty Dina ada kat situ."

"Baby takut ke?" Dayyen pandang lembut anak mata Dania.

"Abang Day tak ada kat situ. Macam mana Nia nak lawan dia. Kalau abang Day ada boleh la Nia tunjuk Nia mesra mesra dengan abang Day. Biar dia sakit hati." Dayyen mengangkat sebelah senyuman dia. Lebih kepada sinis mendengar ayat Dania.

"Ye ke? Day tengok haritu baby okey je lawan mulut dengan dia. Siap tarik rambut Deska depan Aunty Dina. Takkan sebulan tak jumpa dah gentar?"

Dania tumbuk manja perut berotot Dayyen dibalik duvet tebal. "Itu sebab Nia geram sangat dengan dia. Ada hati nak jadi kakak ipar Nia konon. Dah la perangai macam sampah."

"Nia tak nak abang-abang Nia ada hubungan dengan anak Aunty Dina tu. Nia tak suka. Dorang tu depan bonda dengan ayahnda pijak semut tak mati. Baik ada makna." Dania hembus nafas kerbau tatkala dia mengingati kejadian dimana Deska dan Desya berbaik dengan dia hanya mahu mendapatkan abang-abangnya.

Deska yang sedang mencuping perbualan Dania dibalik luar bilik Dayyen mendengus geram. Jadi selama ini Dayyen menghindarinya disebabkan mulut kotor Dania lah?

BAM!

Deska kuak kasar pintu bilik Dayyen. Terlihat sangat intim hubungan antara Dania serta Dayyen. Dimana Dania sedang berbaring di riba Dayyen. Dan Dayyen sedang membelai rambut Dania.

Deska menghampiri Dania. Lengan Dania ditarik kasar menjauhi Dayyen. Dania tolak tubuh Deska yang memegang kuat lengan dia.

"Kau pahal!" Meninggi nada Dania memarahi Deska.

Deska tolak tubuh Dania. "Jadi ni kerja you selama ni. Memburukkan I depan Day."

"Dah memang betul perangai kau macam sampah. Nak cakap macam mana lagi?  Hidup kau dipenuhi dengan sisa-sisa sampah! Jijik!" Kutuk Dania mendalam. Dayyen senyum sinis mendengar ayat pedas yang dilontarkan Dania.

Deska mendengus geram.

"You menangkan dia Day?" Berombak ganas dada Deska menahan amarah tatkala Dayyen tersenyum lembar. Seolah Dayyen sedang menertawakan dirinya

Dayyen hanya mengendahkan apa yang dikatakan Deska. Dia lebih kepada memerhatikan Dania berbanding Deska.

Deska tolak kuat tubuh Dania. Spontan Dayyen mendapatkan tubuh Dania dari tersembam pada katil empuk itu. Gigi diketap manahan kesakitan pada dadanya tatkala tubuh Dania terhentak kuat pada permukaan lukanya.

"Abang Day!" membesar mata Dania melihat tepat kearah darah yang mengalir deras pada dada Dayyen. Deska tutup mulutnya tatkala melihat dada Dayyen mengalir deras darah pada dada tegapnya. Sesekali dia terpanar pada bentuk tubuh Dayyen. Kali pertama dia melihat jelas tubuh Dayyen tanpa seurat benang.

"D— Day... I'm sorry. I tak sengaja." Deska menghampiri Dayyen ingin membantu. Namun ditolak oleh Dania.

"Keluar!" Jerkah Dania kasar.

"Keluar!!" Jerkah Dania sekali lagi tatkala Deska masih lagi tidak berganjak keluar dari bilik Dayyen. Deska melangkah setapak demi setapak sambil menekup mulutnya. Kemudian berlari dia meninggalkan bilik Dayyen.

"Jauhkan diri Nia dari Day!" Dayyen tolak Dania menjauhi dirinya tatkala Dania memegang lengannya.

"Abang Day! Biar Nia rawat luka abang Day!" Dayyen bertindak menjauhi dirinya dari Dania tatkala Dania masih lagi berkeras ingin merawatnya.

"Please Nia, jauhkan diri Nia dari Day!"

"Nia!" Jerkah Dayyen tatkala Dania masih lagi berkeras mahu melihat lukanya.

"Keluar!" luruh jantung Dania tatkala dia di jerkah kuat oleh Dayyen. Untuk kedua kalinya dia di jerkah kuat oleh Dayyen. Tubir mata mula menghasilkan cecair larva. Dania kesat kasar air matanya dari terus mengalir keluar. Tubuh di toleh kebelakang. Berlalu dia pergi tanpa memandang ke belakang.

Dayyen hanya menghantar pemergian Dania dengan ekor matanya. Badan dihempaskan pada katil empuk bersaiz Queen. Untuk kedua kali dia menjerkah Dania setelah dua tahun berjanji tidak akan meninggi suara kepada Dania walupun macam mana sekalipun.

Dayyen menggagahkan dirinya menghampiri meja solek, gajet mahal miliknya yang berada diatas meja diambil. Lalu didail No Darien.

"Ien, tolong aku."

Meluru Dania berjalan menghampiri Deska yang sedang duduk di ruang tamu bersama beberapa saudara mara yang lain. Pipi Deska ditampar kuat sehingga membuatkan orang-orang di sekitar ruang tamu memandang kearah mereka.

"Dania, what's wrong?" Soal Desya tatkala Dania menampar adiknya tanpa ada angin ribut. Dania menoleh tajam kearah Desya.

"Kau memang sampah!!"

Desya tercengang mendengar ayat yang dilontarkan Dania. Matanya menoleh ke kiri ke kanan melihat sekeliling orang yang sedang merenung kearah mereka. Terutamanya Darniel.

"A— apa yang you merepek ni Nia?" Dania ketap bibirnya menahan amarah. Pandangan tajam dilempar bersilih ganti kearah Deska serta Desya.

"Baby." Darniel datang dari arah belakang menghampiri Dania. Belum sempat Darniel menyentuh Dania. Dania berlalu pergi meninggalkan ruang tamu.

"Baby!" Laung Darniel memanggil Dania yang sedang menaiki tangga. Dania hanya menghiraukan panggilan abangnya.

Meluru dia menaiki tangga menuju ke biliknya. Pintu dikuak. Belum sempat pintunya ditutup ada tangan yang menahan.

"Abang Day!" Dania membuka pintu memberi ruang kepada Dayyen memasuki biliknya. Langkah sahaja Dayyen memasuki bilik Dania, Dayyen menarik Dania kedalam dakapannya.

"Maafkan Day berkasar dengan baby." Dania yang didalam dakapan Dayyen hanya diam tidak berkata.

"Maafkan Day." Sekali lagi Dayyen berkata.

"Abang Day berdarah." Tegur Dania tatkala dada Dayyen deras mengalir darah.

"Biar Nia balut dulu luka abang Day." Kata Dania lembut pada tepi telinga Dayyen

Dayyen geleng kecil. "Luka Day berbanding baby, Baby lagi penting."

Dania ketap bibirnya. Mengalir lebat air mata Dania membasahi bahu tegap Dayyen. "Abang Day jahat. Abang Day marah Nia!" Teresak-esak Dania berkata didalam dakapan Dayyen

Dayyen usap lembut belakang badan Dania. "Day tak sengaja, i'm sorry baby. "

Darien yang dibalik luar bilik Dania senyum sebaris. Kaki membuka langkah meninggalkan Dayyen beserta Dania memberi ruang kepada mereka. 

Too be continued..

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now