Bab 17

1.6K 93 3
                                    

"Ien, Aku ni."

Daryle menguak pintu bilik Darien sebelum menjengah kepalanya keluar. "Boleh aku masuk?"

Tindakan Darien yang hanya mendiamkan diri membuatkan Daryle menguak besar pintu bilik Darien sebelum melangkah memasuki bilik Darien.

Daryle meletakkan laptop miliknya diatas katil empuk milik Darien sebelum tubuhnya meniarap disebelah Darien. Laptop dibuka sebelum paparan screen dilaptop ditunjukkan kepada Darien. Darien melihat teliti paparan screen tersebut.

"Kau yakin dia tak berdendam dengan Baby?" Anak mata Darien merenung tajam kedalam anak mata Daryle.

"I'm not sure, But... Aku dah check dia dekat dengan Baby bukan sebab den—" Belum sempat Daryle menghabiskan ayatnya Darien terlebih dahulu ketawa sinis.

"Kau yakin je maklumat yang kau dapat tu betul. Entah-Entah palsu. Saja nak kaburkan pandangan mata kau nak tunjuk sebenarnya jantan tu baik." Sinis Darien berkata. Kepala digeleng sebelum rambut Messi miliknya diraup ke belakang.

"Faeeq takkan pernah tikam belakang kita." hanya itu yang meluncur dari bibir Daryle. Faeeq adalah orang kepercayaan keluarga Celcevion, maklumat yang diberikan Faeeq kesemuanya betul dan tidak palsu. Dia sudah pastikan maklumat yang dia tunjukkan pada Darien adalah betul. Dan sama sekali bulan di reka.

"Hantar Faleeq untuk awasi Dia."

Dania celik perlahan kelopak mata dia tatkala pancaran cahaya menusuk kedalam kelopak matanya. Samar samar penglihatan dia melihat kearah susuk tubuh yang sedang menjenguk kearah luar balkoni biliknya.

"Abang Day." Suara rengekan halus yang terhasil dari Dania membuatkan Dayyen yang tadi ralit merenung luar balkoni menoleh memandang kearah empunya suara tersebut.

Dayyen senyum sebaris.

"Yes baby, What do you need?" Dayyen membuka langkahnya menghampiri sisi katil Dania.

Dania gonyoh lembut kelopak matanya menghilangkan kabur pada penglihatan dia sebelum melihat kembali kearah susuk tubuh Dayyen. Bantal peluk yang membelakangi dirinya diambil sebelum dipeluk kemas. "Kenapa Abang Day ada dalam bilik Nia."

"I'm sorry baby terjah privasi baby. Day ketuk banyak kali pintu baby dari semalam, but you baby tak menyahut. Day risau. Itu pagi ni I terjah je" Balas Dayyen.

"I'm sorry, okey?"

Dania geleng kecil. "It's okey."

"Nia ngantuk. Nia nak tidur balik. Good night." Dania tarik duvet menyelimuti seluruh tubuhnya.

"Husband baby ada dekat bawah. Dia nak bawa baby ke rumah parents dia. Baby okey?" Dayyen menyandarkan tubuh tegapnya pada dinding sambil berpelukan tubuh. Dania yang dibaluti seluruh tubuhnya dengan duvet direnung.

Dania yang baru sahaja ingin meneroka alam mimpi mendengar sahaja apa yang dikatakan Dayyen, laju membuka kembali duvet melihat tepat kearah Dayyen.

"Are you serious?" Soal Dania tidak percaya. Dayyen mengangguk kecil.

"Semalam... Dia tak balik rumah dia ke?"

"Tak."

Dania pantas menekup mulutnya tidak percaya. Tubuh bingkas bangun dari pembaringan menuruni katil.

"Ikut Nia kejap." Dayyen yang sedang bersandar pada dinding ditarik mengikuti langkah dia.

Dayyen hanya mengikuti langkah Dania.

Mereka berada di tangga. Dania sorok tubuh dia pada belakang badan Dayyen tatkala jelas melihat susuk tubuh Leo Hendry di ruang tamu bersama Ayahndanya . Tidak pasti apa yang di bincangkan mereka. Namun kelihatan riak wajah Ayahndanya tampak sedang ceria sahaja.

"Baby, Ayahndanya ada kat depan. Nanti dia nampak you macam ni lagi. Berpakaian tidur. Menyinga dia." Dania tolak wajah Dayyen yang mencuit bahunya supaya menjauhi dia.

"Nanti Nia mandi." Kata Dania sambil kepalanya menjengah melihat kearah Tuan Karlos serta Leo Hendery.

"Pergi mandi baby, Ayahnda marah nanti." Kata Dayyen lembut. Dania geleng kecil kepalanya. Lengan kekar Dayyen ditarik tatkala Dayyen seperti mahu meninggalkan dia berseorangan di tangga.

"Abang Day! Jangan lah tinggalkan Nia." Dania tarik lengan kekar Dayyen sebelum dipeluk kemas tatkala Dayyen ingin menjauhi dirinya.

"Baby, you pergi mandi lah. Karang nanti kena marah."

"Nanti Nia mandi lah. Shuuu... Diam! Nia nak mengintai orang ni!" Badan Dayyen dijadikan tembok untuk Dania mengintai Perbualan Ayahndanya serta Leo Hendry.

Raja Karlos yang mendengar sipi sipi suara anak gadisnya dari arah tangga menoleh memandang kearah empunya suara tersebut. Kepala digeleng kecil tatkala melihat anak gadisnya masih lengkap berpakaian tidur.

"Baru bangun Dania Celcevion?"

Membulat besar mata Dania tatkala Raja Karlos menyeru nama penuhnya. Dania berdehem kecil sebelum bibir menguntumkan senyuman manis.

"One the way mandi ayahnda." Dania senyum lebar.

"Pergi mandi cepat." Bergegas Dania berlari menaiki tangga. Manakala Dayyen sudah mengekek kecil.

"I suruh mandi you degil, kan dah kena marah." Dayyen menekup mulutnya supaya ketawanya tidak di dengari Raja Karlos.

"Diam lah!" Dania menampar lengan kekar Dayyen.

Dania menjengkil matanya melihat rumah agam secantik istana terbentang luas dihadapan matanya. Bagaikan tidak percaya apa yang dia lihat sekarang ini. Kemudian, Beralih pula kearah Leo Hendry yang masih lagi di dalam kereta yang masih ralit membuat panggilan. Diperhatikan setiap design yang terbentuk cantik di rumah itu tidak berkedip sebelum matanya memerhati pula kearah rombongan kereta yang berjenama terparking elok tidak jauh dari penglihatannya.

"Bukan dia miskin ke?" Dania menyelitkan rambut Wolf Cut yang terjuntai jatuh di hadapan matanya ke belakang telinga. Fikirannya mula terimbas kembali saat pertama kali bertemu bersama jejaka tersebut.

"Selamat kembali Tuan." Dania menoleh kearah empunya suara tersebut tatkala sistem pendengaran dia di hentam dengan suara wanita lingkungan 40-an. Wanita tersebut senyum manis kearah Dania tatkala mata mereka bertembung sebelum  wanita tersebut membungkukkan sedikit tubuh kepada Dania.

"Puan Leo Henny sedang tunggu Tuan Hendry," Kata wanita itu lagi. Leo Hendry menyisir lengan baju sehingga ke pergelangan tangannya. Mata mengerling sejenak kearah jam tangan di pergelangan tangannya. Langkah dibuka berjalan menuju kearah rumah agam tersebut.

Langkah dihentikan tatkala tidak merasakan keberadaan seseorang mengikuti jejaknya. Terpinga-pinga Dania tatkala Leo Hendry merenung lama ke arahnya.

Leo Hendry membuka langkah menghampiri Dania. Wajah Dania ditatap kosong sebelum Leo Hendry bertindak mencengkam kolar baju Dania dari belakang dibawa mengikuti langkahnya. Sampai sahaja di muka pintu utama. Leo Hendry melepaskan kembali. Kemudian meluru berjalan meninggalkan Dania yang masih terpinga-pinga seorang diri di muka pintu utama itu. Dania yang masih terpinga-pinga dengan perbuatan Leo Hendry hanya memandang Leo Hendry dengan tatapan kosong.

Leo Hendry memberhentikan langkahnya sebelum menoleh ke tepi memandang kearah Dania. Cepat-cepat Dania berlari terkedek-kedek menuju kearah Leo Hendry.

"Kita nak pergi mana?"  Soal Dania tatkala sampai sahaja di hadapan Leo Hendry. Leo Hendry hanya diam tidak menjawab. Tangan halus Dania di ambil sebelum di rangkul pada lengan kekarnya sebelum langkah dibuka.

Too be continued..

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now