2

5.7K 88 8
                                    

MALIK

PART 2

Hujan akhirnya berhenti. Malik duduk di beranda rumah bersama pak samad. Pak samad merupakan kawan arwah ayah malik. Malik mencapai cawan yang berisi air nescafe panas.

"Lambat pula budak ni sampai"kata pak samad sambil mengulung rokok daun.
"Hujan pak samad. Saya pun takde nak kemana"kata malik
"Macam aku kata tadi, rumah tu dah lama dijadikan rumah sewa. Dah ramai penyewa yang pernah menyewa disitu. Jadi lepas ni, kau sendiri la yang jaga rumah tu. Pasal sewa rumah tu, kau sendiri la yang uruskan. Sebelum ni memang aku amek separuh dari duit sewa rumah tu dan separuh lagi aku kasi kat arwah, sejak arwah meninggal, aku bank in je duit sewa tu dalam akaun arwah."
"Saya paham. Nanti separuh dari sewa rumah tu saya kasi pak samad"
"Eh tak payah! Apa kasi aku pulak, kau kan dah masuk rumah itu, kau yang jaga jadi duit sewa tu kau punya sorang. Aku dah takde kene mengena lagi dah"
"Tapi kan duit sewa tu antara pendapatan pak samad juga"
"Bukan banyak mana pun aku amek.. kalau aku amek pun, aku guna untuk rumah tu juga.. repair apa yang patut"

Sebuah motrosikal yang ditunggang seorang lelaki berjalan masuk ke halaman rumah pak samad. Lelaki itu membunyikan hon motorsikal berkali-kali.

"Assalammulaikum pak samad, minta maaf le datang lambat.. hujan lebat tadi"kata lelaki itu ketika bersalaman dengan pak samad
"Hah tu malik.. tuan rumah tu"kata pak samad.
"Assalammualaikum bang, saya radhi"kata radhi berjabat tangan dengan malik.

Malik membonceng motorsikal yang di tunggang radhi menuju ke rumah sewanya. Rumah sewa itu terletak didalam kawasan kebun arwah ayah malik.

Malik turun dari motorsikal. Rasa kagum melihat rumah yang jauh lebih kecil dari banglo yang didiaminya dulu tapi cukup kemas dan bersih.

"Jemputlah masuk bang"perlawa radhi.
"Ye baik"kata malik
"Rumah kecik je bang, ada 2 bilik je"kata radhi lalu masuk kedalam beranda rumah itu.
"2 bilik je?"tanya malik
"Ye bang. Kecik je rumah ni, tapi dah cukup selesa buat saya"kata radhi tersenyum manis
"Saya dah pernah duduk 'rumah' lagi kecik dari ni hehehe"kata malik tersenyum kembali
"Jemput la masuk bang, ni kan rumah abang juga hehe"
"Awak duduk sorang?"tanya malik
"Ye bang, dulu sepupu saya sewa dengan saya.. lepas dia kahwin dia duduk rumah lain dengan isteri dia"
"Ok"
"Ni bilik abang, saya sempat kemas sikit je. Tak sempat nak lap tingkap tu"
"Takpe, saya boleh buat nanti"
"Ok bang, saya ada kat depan tengok tv. Kalau abang nak tengok tv, datang la kat depan ye"kata radhi.
"Ye ok"

Malik menutup pintu bilik, malik menanggalkan bajunya. Malik baring di atas katil. Malik menutup mata mengingati peristiwa beberapa hari lalu.

-FLASHBACK-

Suasana di stesen bas agak bising dengan bunyi enjin bas dan jeritan beberapa orang yang menjadi penjual tiket bas. Malik memandang wajah emaknya. Sayu. Emak malik mengesat air matanya.

"Kau baru bebas, dah nak pergi tinggalkan mak"kata emak malik
"Malik minta maaf mak, tapi malik rasa ini yang terbaik untuk keluarga kita."kata malik
"Kau jaga diri baik-baik. Apa-apa hal telefon mak"kata emak malik

-FLASHBACK TAMAT-

Malik membelek-belek telefon bimbit baru yang diberi emaknya. Malik mendongak ke arah tingkap. Hujan kembali turun dengan lebatnya. Malik memejamkan mata.

Malik terjaga dari lena. Malik melihat jam di telefon bimbitnya. 5:20PM. Malik segera bangkit dan menuju ke luar bilik. Suasana rumah sunyi. Hujan sudah lama berhenti.

Malik berjalan ke dapur. Bilik air dirumah itu agak usang sedikit. Pintu bilik air tidak boleh ditutup rapat kerana berkarat. Malik mengambil wudhu.

Selesai solat Asar, malik menuju ke ruang tamu. Tiada kelibat radhi. Malik berjalan ke bilik radhi. Pintu bilik radhi yang renggang itu ditolak malik. Radhi tiada. Bilik radhi nampak kemas. Malik berjalan ke beranda rumah. Motorsikal radhi tiada.

MALIKWhere stories live. Discover now