MALIK

3.8K 108 66
                                    

Malik
Akhir

Sebuah MPV berjalan masuk ke halaman rumah. Malik melihat vellfire putih itu berhenti tidak jauh dari beranda rumah. Malik berdiri lalu membawa beg pakaiannya masuk ke dalam vellfire itu.

"Mana datin?"tanya malik
"Datin suruh amek tuan, datin ada meeting tak dapat ikut."kata pemandu vellfire itu.
"Ok, awak tunggu kejap"kata malik lalu menutup pintu penumpang vellfire tersebut.

Malik berjalan masuk kedalam rumah. Malik menoleh ke arah radhi yang sedang duduk menonton tv diruang tamu.

"Radhi.. saya gerak dulu.."kata malik
"Ok"jawab radhi lalu memandang muka malik
"Ni kunci motor saya.. awak gunalah motor tu sementara motor awak tengah repair"kata malik
"Ok terima kasih"kata radhi.
"Jaga diri"kata malik lalu menghulurkan tangan kanan.
Radhi berdiri. Radhi berjabat tangan dengan malik.
"Terima kasih bang sebab jaga saya selama ni"kata radhi
"Awak dah macam adik saya.. ok la.. saya pergi dulu"kata malik lalu berundur
Radhi mengangukkan kepala.

Radhi berdiri di pintu rumah sambil melihat malik masuk kedalam perut vellfire itu. Tidak lama kemudian vellfire itu berjalan keluar dari halaman rumah. Radhi masih berdiri kaku. Halaman rumahnya kembali sunyi. Rumahnya juga kembali sunyi. Radhi menoleh ke dalam rumah.

Malik akhirnya tiba dirumah agam keluarganya. Malik berjalan masuk sambil diikuti oleh pemandu tadi yang membawa beg pakaian malik. Rumah itu sunyi. Emak malik masih belum balik.

"Tuan, kalau perlukan apa-apa, bilang saja pada saya ya"kata pembantu rumah warga indonesia itu.
Malik menganggukkan kepala.

Malam itu setelah malik selesai makan malam bersama emaknya dan solat isyak, malik terus berbaring di dalam biliknya. Malik berasa agak janggal walaupun biliknya jauh lebih selesa dari biliknya di kampung. Bayu dingin dari penghawa dingin membuatkan malik mengantuk.

Malik melihat skrin telefon bimbitnya. Tiada sebarang mesej dari applikasi whatsapp. Radhi tidak ada menghantar sebarang mesej kepada malik. Malik akhirnya tertidur.

Pagi itu radhi terjaga awal. Mungkin kerana radhi tidur awal semalam, jadi seawal jam 6 pagi radhi sudah bangun dari tidur. Radhi mempunyai beberapa temuduga kerja pada hari ini. Radhi bersiap-siap untuk keluar.

Radhi menggunakan motor malik. Radhi tidak lagi memerlukan pertolongan kawannya untuk kemana-mana. Dengan motor pemberian dari malik ini dapat membantu radhi untuk pergi ke temuduga kerja. Radhi menunggang motor ke kedai idham untuk bersarapan.

Idham terhenti dari menebar roti canai. Telinga idham menangkap sesuatu bunyi yang cukup dikenalinya. Idham berjalan ke depan kedai. Idham terkejut melihat radhi turun dari motorsikal milik kekasihnya.

"Abang tengok apa?"tanya isteri idham
"Abang ingat malik datang tadi"jawab idham
"Dah seminggu malik berhenti kerja bang, dia dah balik KL dah. Dia tak kan balik sini lagi"kata isteri idham
Idham hanya diam mendengar kata-kata isterinya.
"Bang.. teh ais 1 dengan nasi lemak"kata radhi lalu duduk di meja di bawah payung yang ada di luar kedai idham.

"Malik apa cerita? Ada mesej kau?"tanya idham ketika menghantar teh ais.
"Takde"jawab radhi
"Sejak dia balik KL dia langsung tak whatsapp kau?"tanya idham
Radhi mengelengkan kepala. Entah kenapa radhi sedikit meluat memandang idham. Radhi tahu rahsia idham, siapa sebenarnya idham.

Malik berjalan turun ke ruang makan. Malik betul-betul segak dengan memakai suit berwarna hitam dengan padanan tali leher bewarna coklat gelap. Malik memeluk emaknya lalu mencium pipi emaknya. Malik duduk bersarapan bersama emaknya.

"Macam mana? Ada rasa berdebar tak?"tanya dahlia
"Sikitlah.. hari pertama masuk office kan.. malik pun bukannya tahu banyak benda pasal kerja kat office tu"jawab malik
"Tak pe, nanti ada pembantu akan ajar malik"kata dahlia
"Mak tak masuk office ke?"tanya malik
"Tak.. mak ada brunch dengan kawan mak.. malik dah start keje kan, so boleh la mak relaks-elaks sikit hehe"dahlia tersenyum memandang anak sulungnya.
"Yeah sure.."kata malik tersenyum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MALIKWhere stories live. Discover now