15

2.9K 77 15
                                    

Malik
Part 15

Suasana di ward lelaki itu tidaklah begitu sunyi. Namun radhi sudah mula kebosanan sejak telefon bimbitnya kehabisan bateri  2 jam yang lalu. Di dalam ruangan ward radhi terdapat 3 lagi katil. Kesemua katil tersebut kosong. Hanya radhi bersendirian di dalam ruangan tersebut.

Waktu melawat bakal tiba. Radhi tidak sabar menunggu ketibaan malik. Walaupun radhi sedikit sedih mengenai nasib malang yang menimpannya dan layanan dingin malik kepadanya pada sebelum ini, namun radhi berharap yang malik akan melawatnya nanti.

Radhi terkejut bila seorang lelaki berkerusi roda masuk ke ruangan wardnya. Seorang jururawat menolak kerusi roda lelaki itu ke katil sebelah radhi. Seorang perempuan awal 30an berjalan masuk sambil membawa sebuah beg pakaian.

Lelaki itu kemudiannya berbaring di atas katil. Radhi dapat melihat tangan kanan lelaki itu bersimen. Jururawat kemudiannya berlalu pergi. Wanita itu menghampiri lelaki itu, kemungkinan besar wanita itu adalah ibu lelaki itu.

"Mama turun bawah kejap belikan makanan ye"kata perempuan itu
"Baik ma"jawab lelaki itu melihat ibunya berjalan keluar.

"Hey bro, sakit apa?"tegur lelaki itu.
"Huh? Oh kaki.. kaki patah"jawab radhi
"Accident ke?"
"Kene langgar lari"
"Laaa habis dapat tangkap tak orang yang langgar tu?"
Radhi mengelengkan kepala
"Bila accident?"
"2minggu lepas"jawab radhi
"Uishh lama dok kat hospital"
"Eh tak, ni baru masuk balik sebab nak kene operate balik"
"Kenapa kene operate balik?"
"Haritu jatuh, tulang lari.. tu yang doktor nak operate semula"
"Oo macam tu"
"Tangan tu kenapa?"
"Ni? Jatuh time bawak motor"
"Merempit ke?"
"Mana ade rempit, jalan berminyak..licin.. tu yang tergelincir"
"Bila accident?"tanya radhi
"Bulan lepas"
"Uishh lagi lama"
"Tulang tak nak cantum. Doktor kata kene masuk besi"
"Ooo macam teruk je"
"Entahlah bro.. tulang ni degil tak nak tumbuh-tumbuh,.. eh aku ciko, nama kau apa?"
"Radhi.. umur berapa?"
"25..kau?"
"Muda setahun.. kene panggil abang ciko la ni"radhi tersenyum
"Hahaha tak payah nak abang-abang dengan aku.geli aku...beza setahun je haha"

Perbualan mereka terhenti apabila jururawat lelaki menolak masuk troli besar berisi makanan dan minuman ke dalam ruangan ward mereka. Jururawat lelaki itu menghulurkan sebungkus roti dan segelas air teh panas kepada radhi. Ciko tidak diberi kerana masih baru dan namanya tiada dalam senarai pesakit pada jururawat lelaki itu.

Tidak lama kemudian ibu ciko kembali membawa bungkusan berisi makanan dan minuman ringan. Radhi berkenalan dengan ibu ciko. Ibu ciko merupakan seorang janda yang sudah bercerai dengan suaminya sejak 2 tahun lalu. Ibu ciko terpaksa pulang awal kerana nak masuk kerja.

Tidak lama kemudian malik berjalan masuk ke ward radhi. Hati radhi sedikit berbungga namun air wajah radhi masih masam mencuka.

"Maaf saya lambat, motor pancit tadi"kata malik
"Ada bawa charger handphone saya?"tanya radhi
"Alamak.. saya lupa.. kenapa tak mesej saya suruh bawa tadi?"
"Macam mana nak meseg, handphone dah habis bateri"
"Saya cuba cari kat hospital, mana tau ada jual"
"Takpe-takpe, pakai charger aku dulu.. kau guna handphone apa?"sampuk ciko yang mendengar perbualan malik dan radhi sejak dari tadi.
"Android"
"Jap, ok nah"ciko menghulurkan charger ke arah radhi
"Biar saya tolong pasangkan"kata malik
"Tak payah, saya boleh buat sendiri"kata radhi.
"Saya ada bekalkan awak makanan. Ada nasi dengan lauk ayam rendang"kata malik
"Takpe, saya dah makan rati dah"kata radhi memandang skrin telefon bimbitnya.
"Oh.. ok.. saya letak sini jela, nanti kalau lapar boleh makan"kata malik

"Abang ni abang radhi ke?"tanya ciko
"Eh tak, kawan serumah je"kata malik
"Oo patutlah muka x sama.. hehehe cuma pelik dia panggil abang"
"Hahaha saya tua dari dia kot"
"Umur abang berapa?"
"30 lebih dah.. dah nak masuk 40 pun hahaha"kata malik
"Yeke? Nampak muda la.. kalau macam tu saya pun kene panggil abang"
"Hahaha ikut awak la"kata malik

Malik kemudiannya duduk dikerusi disebelah katil ciko dan berbual dengan ciko. Radhi hanya berbaring dan menonton netflix dari telefon bimbitnya. Radhi tidak memperdulikan malik yang rancak berbual dengan ciko.

"Wei ok lah, abang kene gerak ni, nak pergi gym"kata malik lalu berdiri.
"Dah agak dah, mesti abang main gym.sebab tu badan sado"puji ciko
"Haha mana ada sado, ok la.. radhi, saya balik dulu.. nanti esok saya datang bawak charger handphone awak k"kata malik
"Hmm"balas radhi.

Malik berlalu pergi. Malik dapat rasakan yang radhi masih belum lagi memaafkannya atas sikap dingin yang malik telah buat pada radhi sebelum ini. Malik harap dengan kehadiran ciko, radhi tidak lagi kesunyian apabila malik tiada untuk menjaganya.

"Wei, radhi"panggil ciko
"Apa?"jawab radhi tanpa memandang ciko
"Kau tak nak makan ke makanan yang abang malik bawa tu?"tanya ciko
"Tak"
"Tak elok doh membazir"kata ciko
"Kalau kau nak, makanlah"
"Betul ke?"
"Ye, ameklah"
"Terima kasih la wei.. aku memang tengah lapar ni hehe"ciko turun dari katil lalu duduk di katil radhi.

Ciko membuka bekas makanan yang berisi nasi, sayur kubis dan ayam rendang. Radhi sempat menjeling beberapa kali ke arah ciko yang sedang makan dengan penuh berselera. Radhi menelan air liurnya.

Setelah selesai makan ubat, radhi berbaring di katil semula. Radhi menoleh ke arah ciko. Ciko memejamkan mata dengan telinganya disumbat earpieces. Ciko mendengar lagu sambil tidur. Tidak lama kemudian lampu ward mula dipadam. Hanya lampu dari stesen jururawat sahaja yang menyala. Radhi akhirnya tertidur.

Jam sudah melepasi 6pagi, azan subuh sudah selesai berkumandang. Seorang jururawat berjalan masuk ke ruangan ward yang menempatkan radhi dan ciko.

"Dik bangun dik.. akak nak amek blood pressure"dalam keadaan mamai radhi mendengar suara perempuan mengejutkannya dari tidur.

Lengan kanan radhi dibalut dengan kain, dan kain tersebut semakin menjerut lengan tangan radhi. Setelah selesai jururawat mengemaskini carta radhi, radhi diberi set pakaian baru. Jururawat menyuruh radhi untuk mandi sebelum doktor datang untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Radhi memandang ciko, ciko berdiri sambil membawa tuala dan baldi kecil berisi berus gigi dan ubat gigi. Radhi tiada tuala. Malik tidak membawa tuala ketika melawatnya pada petang semalam. Ciko menghulurkan tuala lebih kepada radhi.

"Kau yak boleh berjalan, baik kau guna kerusi roda.. bilik air waktu pagi biasanya licin. Bahaya kalau bertongkat. Kau tunggu jap aku panggil nurse suruh bawak kerusi roda untuk kau"kata ciko berlalu pergi.

Tidak lama kemudian jururawat datang membawa kerusi roda. Radhi menolak sendiri kerusi roda ke arah tandas. Tandas waktu pagi itu tidak sesak kerana masih ramai pesakit lain yang sedang tidur dan tidak boleh bergerak langsung.

Radhi masuk kedalam sebuah cubicle luas yang boleh memasukkan kerusi roda. Radhi tidak nampak kelibat ciko semasa di dalam tandas. Radhi mandi dengan penuh hati-hati. Selesai mandi, radhi yang siap berpakaian baru kembali ke katilnya. Radhi terkejut melihat malik berada disitu sedang berbual dengan ciko.

"Awal abang sampai"kata radhi
"Saya ada beli breakfast untuk awak. Kalau ciko nak, boleh makan sekali, saya ada beli lebih nasi lemak ni"kata malik
"Yeke? Terima kasih bang, buat susah-susah je"kata ciko ceria
"Takde susah mana pon.. ni, jemput makan" malik menghulurkan sebungkus nasi lemak kepada ciko.

Radhi hanya memandang malik dengan perasaan benci. Radhi bangkit dari kerusi roda dan duduk di atas katil. Tuala mandi dari ciko disidai radhi di atas besi kepala katilnya.

"Mana dapat tuala ni?"tanya malik
"Oh saya bagi dia pinjam"sampuk ciko
"Susahkan ciko jela.. takpe nanti petang saya bawak siap-siap tuala dengan sabun mandi untuk radhi"kata malik tersenyum memandang radhi
Radhi menjeling ke arah lain. Malik terkilan.

"Ermm radhi, saya ada beli nasi lemak rendang ayam...makanlah"jemput malik
"Biarlah dulu.. kejap lagi baru saya makan"jawab radhi lalu mengambil telefon bimbitnya.
"Perghh rendang ayam"sampuk ciko
"Awak pun nak rendang ayam ke? Tapi saya beli ayam goreng je untuk awak, kalau nak esok saya beli gak rendang ayam"kata malik
"Eh takpe bang.. abang dah belanja ni pon dah cukup dah"kata ciko
"Makan guna tangan kiri ke?"
"Dah sebulan lebih bang guna tangan kiri"
"Takpe, biar saya tolong potong daging ayam tu.. nak saya suap ke?"
"Hahaha boleh juga, dah lama takde orang suapkan saya makan haha"kata ciko

Sesekali radhi menjeling memandang telatah 2 lelaki disebelah katilnya. Meluat sangat yang dirasakan radhi. Radhi mengetap bibir menahan marah. Dalam hatinya menjerit-jerit untuk menyuruh malik berambus dengan cepat!.





MALIKWhere stories live. Discover now