9

3.8K 90 15
                                    

Malik
Part 9

Malik memulas paip air. Air mencurah deras memenuhi kolah air didalam bilik mandi. Malik membawa masuk sebuah kerusi plastik. Radhi hanya diam memandang malik. Malik memapah radhi masuk kedalam bilik air penuh berhati-hati.

Radhi hanya memakai kain pelikat. Radhi duduk dikerusi. Malik mengambil tongkat dari radhi lalu meletakkannya di dinding bilik air. Malik berjalan keluar dari bilik air.

"Betul awak tak nak saya tolong mandikan awak?"tanya malik
*Tak pe bang.. boleh je ni"kata radhi sedikit malu.
"Ok, saya tunggu luar. Kalau nak saya tolong, cakap je"
"Ok.. jangan skodeng lak"kata radhi
"Hahaha tak stim pon haha"malik menutup pintu bilik air.

"Bang dah mandi"kata radhi
"Dah gosok ke celah-celah kelangkang"tanya malik
"Dah la.. ingat saya ni budak-budak ke"kata radhi
"Ok saya masuk"malik menolak daun pintu
Badan Radhi mengigil sedikit. Malik kemudian memapah badan radhi. Radhi mencapai tongkat. Dengan penuh hati-hati radhi keluar dari bilik air.

"Nak saya tolong ke?"tanya malik
*Takpe bang, saya boleh pakai baju sendiri"kata radhi ketika duduk di atas katil.
*Sakit ke?"
"Rasa kebas dan ngilu. Ada berdenyut sikit kat betis ni"kata radhi
"Saya pergi beli makanan, lepas awak makan nanti terus makan ubat ye"kata malik
"Terima kasih bang"
"Jangan bergerak. Duduk je atas katil tu sampai saya balik k"kata malik
Radhi mengangukkan kepala.

Malik memandu kereta idham ke rumah idham. Idham tiada dirumah. Malik memulangkan semula kereta idham. Malik kemudiannya menaiki motor menuju ke kedai makan idham. Suasana kedai makan idham seperti biasa dipenuhi ramai pelangan.

"Kawan kau dah keluar hospital?"tanya idham kepada kekasihnya
"Dah. Aku dah parking kereta kau kat rumah. Ni kuncinya"kata malik memulangkan kunci kereta idham.
"Aku nak minta cuti dalam 2 ke 3 hari boleh? Nak jaga budak rumah aku. Nanti dia dah pandai bertongkat, aku masuk kerja balik"kata malik
"Boleh"kata idham menganguk paham
"Terima kasih bos"kata malik tersenyum
"Aku nak bungkus makanan. Nak dua nasi berlauk"tambah malik
"Boleh.. layan diri.. macam tak biasa lak"kata idham tersenyum

Malik menceduk beberapa lauk kedalam bekas makanan. Malik memberikan wang kepada idham, namun idham menolaknya. Idham katakan yang dia nak sedekah kepada kawan serumah malik. Piggy

Selepas makan nasi berlauk yang dibeli malik, radhi makan ubat yang diberikan oleh pihak hospital. Rasa sakit dan kebas dikaki radhi berkurangan.

Malik membentangkan tilam nipis di ruang tamu untuk keselesaan radhi. Radhi tidak akan bosan jika menonton tv diruang tamu. Rashi hanya memakai kain pelikat berbaring di ruang tamu menonton tv. Malik masuk kedalam biliknya menunaikan solat asar.

Ketika di tahiyat terakhir, malik dapat dengar suara orang ramai didepan rumahnya. Selesai bersolat, malik yang memakai tshir dan berkain pelikat keluar dari biliknya. Malik melihat beberapa rakan radhi datang melawat.

"Eh abang"adila terkejut melihat malik. Begitu juga malik.
"Kau kenal ke abang malik dila?"tanya radhi
"Kenal, aku selalu beli makanan kat kedai abang malik"jawab adila
"Ooo"

Selain adila, ada seorang lagi perempuan yang datang melawat radhi. Manakala 6 lagi yang hadir adalah lelaki, kawan rapat radhi. Radhi kelihatan ceria dengan kehadiran rakan sekerjanya. Malik masuk ke dapur untuk membuat air. Adila mengikuti malik untuk membantunya.

Pada mulanya radhi tidak meragui hubungan malik dan adila. Kerana adila sudah mempunyai teman lelaki yang sama-sama kerja di kilang mereka. Teman lelaki adalah seorang yang berlagak sombong kerana mempunyai jawatan sebagai supervisor di kilang itu.

Setelah lebih 2jam berlalu. Akhirnya rakan-rakan radhi yang datang melawat radhi pulang. Tapi adila masih lagi duduk berbual bersama malik. Sebentar lagi akan masuk waktu maghrib, malik mengemas cawan-cawan yang diguna oleh rakan-rakan radhi.

MALIKWhere stories live. Discover now