20

2.7K 85 18
                                    

Malik
Part 20

Pagi itu suasana sememangnya dingin sekali. Hujan lebat pada malam tadi sudah lama berhenti. Radhi terjaga pada jam 7 pagi. Radhi berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur. Radhi tersentak melihat malik sedang berdiri di dapur. Malik memakai tshirt dan kain pelikat. Malik juga memakai kopiah, nampak gaya macam malik baru sahaja selesai solat subuh.

Selesai mencuci muka dan memberus gigi, radhi berjalan penuh hati-hati keluar dari bilik air. Radhi terkejut melihat boos malik sedang berbual dengan malik di meja makan di dapur. Bayangan ingatan kejadian pada malam tadi terus muncul di kepala radhi.

"Dhi, jom kita pergi sarapan kat luar"ajak malik
"Ermm tak pela bang. Abang pergi jela"kata radhi
"Ala jom lah. Bukannya ada makanan pon pagi ni kat rumah ni."kata malik
"Yela"radhi mengangukkan kepala

Radhi hanya berdiam diri di dalam kereta. Di depannya 2 lelaki sedang berbual seperti biasa. Berbual seperti rakan karib. Berbual umpama tiada apa yang mencurigai. Namun hakikatnya radhi kini kenal tentang diri sebenar 2 lelaki itu.

"Saya nak roti telur 2 banjir, air teh O kurang manis"kata malik
"Bagi saya lontong sambal paru, air kopi O"pesan idham
"Nasi lemak telur mata dengan teh ais"kata radhi

Pelayan kedai itu masuk kembali ke dapur. Suasana warung pada pagi itu tidak begitu ramai. Terdapat sekumpulan warga tua sedang berborak sambil merokok di satu meja di hujung kiri. Terdapat satu keluarga dengan 3 orang anak sedang makan makanan mereka. Radhi memandang idham dan malik yang sedang berbual.

Radhi mengelengkan kepala sedikit sambil menundukkan wajah memandang skrin telefon bimbitnya. Jika dilihat, gaya idham dan malik tampak seperti biasa. Seperti rakan-rakan radhi. Jauh benar orang akan berfikir negatif tentang kedua lelaki itu. Tidak nampak langsung ciri-ciri songsang pada mereka.

Mungkin malik, ye malik. Malik berbadan sasa dan berbudi bahasa. Walaupun malik berbadan tegap persis ahli gusti, namun tutur katanya penuh sopan. Pada awalnya radhi dapat menjangka bahawa malik mungkin gay. Namun dulu setelah menyaksikan malik berjimak dengan adila, tanggapannya terus hilang. Cuma kebelankangan ini bila malik mula bersikap intim dengan membelai tubuhnya malah pernah melancapkannya membuatkan radhi mula merasakan kembali yang malik mungkin gay.

Peristiwa malam tadi sudah membuktikan tanggapan radhi itu tepat. Malik sememangnya gay. Malik seorang lelaki yang taat pada agama dengan rajin melakukan solat, mengambil berat pada dirinya. Tapi malik sebenarnya bernafsu songsang.

Selesai sarapan, idham menghantar malik dan radhi pulang sebelum idham pulang ke rumahnya. Radhi melangkah penuh hati-hati tanpa menggunakan tongkat. Malik cuba membantu dengan memegang bahu radhi. Tiba-tiba radhi menepis bahu malik. Malik terkejut.

"Takpe bang, saya boleh jalan sendiri. Tak nak orang bantu"kata radhi lalu masuk ke dalam rumahnya.

Keesokkan paginya malik berkerja seperti biasa. Malik terkejut melihat seorang gadis dikedai idham. Gadis tersebut adalah anak buah isteri idham. Malik melakukan tugas seperti biasa. Malik juga mengajar beberapa cara kerja kepada gadis itu.

"Nampaknya lepas ni aku dah boleh berhenti kerja la"kata malik
"Kenapa pula?"tanya idham yang duduk makan disebelah malik.
"Anak buah bini kau tu cekap buat kerja, kau dah tak perlu kan aku"kata malik
"Apa kau merepek ni.. budak tu datang sini bukan rampas kerja kau. Kau buat je kerja macam biasa. dia setakat tolong mana yang patut"kata idham.
"Baguslah.. nanti dia boleh ganti aku"kata malik
"Kenapa nak ganti kau pulak?"soal idham
Malik hanya tersenyum lalu menyambung makan.

Seperti biasa malik pulang akan membawa lebihan lauk yang tidak habis dijual. Malik melangkah terus ke dapur. Malik terkejut melihat periuk nasi sedikit berasap. Malik membuka periuk nasi. Nasi sedang ditanak. Malik menoleh ke belakang. Radhi berjalan perlahan masuk ke dapur.

MALIKWhere stories live. Discover now