AKHIR

3.1K 89 26
                                    

MALIK
PART -AKHIR (part 1)-

Hari yang dinanti sudah tiba. Malik sudah siap mengemas pakaiannya. Mali masih belum memberitahu radhi bahawa dia akan pergi. Malik duduk di atas katil. Segenap pelusuk bilik ditatap malik puas-puas. Hampir setengah tahun malik tinggal di bilik ini. Malik memandang 2 bagasi yang disusunnya di tepi almari.

Malik berjalan keluar dari biliknya. Malik menuju ke dapur. Malik membuka peti ais lalu meneguk air mineral. Malik berjalan ke beranda rumah. Malik langsung tidak menoleh ke arah ruang tamu. Di ruang tamu radhi sedang duduk berseorangan menonton tv.

BEBERAPA JAM SEBELUM ITU...

malik hanya memandang kereta idham berlalu pergi dan menghilang dalam kegelapan malam. Mata malik bkerdip laju manahan air mata dari jatuh. Malik menjilat bibirnya. Masih terkesan rasa kuncupan idham tadi. Kuncupan yang sama namun berbeza rasanya.

Sekali lagi malik lukakan hati lelaki itu. Lelaki yang sebenarnya ikhlas mencintai malik. Sejak dari dalam penjara lagi idham sudah mencintai malik. Namun malik yang masih belum matang dan masih baru dalam dunia songsang ini langsung tidak mengerti isi hati lelaki itu.

Malik antara banduan termuda yang terkacak di dalam penjara. Malik sering jadi rebutan dalam kalangan banduan senior. Malah malik sendiri pernah menjadi mangsa tempat melempiaskan nafsu oleh warden penjara.

Malik bersama idham tidak lama. Sejak kemasukan banduan baru iaitu ewan, malik terpikat pada ewan. Ewan berasal dari sabah tapi sudah lama tinggal disemenanjung. Ewan terlibat dengan aktiviti jenayah sejak dari umur 19 tahun lagi, sering keluar masuk penjara.

Malik berpasangan dengan ewan tanpa memikirkan soal perasaan idham. Idham bagaikan orang gila bila malik nekad berpisah dengannya dan memilih ewan untuk bersama. Namun malang bagi malik, ewan sebenarnya tidak mencintai malik sepertimana idham mencintainya. Ewan hanya berpasangan dengan malik sekadar untuk kepuasan nafsu sahaja.

Malik melangkah masuk kedalam rumah. Rumah sunyi. Malik tahu radhi berkurung didalam biliknya. Malik tidak ingin mengangu radhi. Radhi ingin menjauhkan diri dari malik. Malik melangkah ke dalam biliknya. malik terus baring di atas katil. Malik menoleh le arah meja solek. Malik terpandang beberapa not duit rm50.

Jam 5:30 pagi malik terjaga dari tidur. Malik mandi dan mengambil wudhu. Selesai solat subuh malik keluar dari rumah dan bejogging buat terakhir kali di kampung ini. Selesai berjogging malik terus menuju ke kedai idham.

"Hai malik, kenapa jalan kaki? Motor kau rosak ke?"tanya isteri idham.
"Tak rosak pon kak, saya nak jumpa abang idham kejap"kata malik
"Ada kat belakang"kata isteri idham
Malik berjalan masuk ke bahagian dapur kedai. Idham sedang menguli roti canai.

"Am.. aku nak cakap sikit"kata malik
"Ada apa?"tanya idham
"Boleh kita pergi sana jap. Aku ada hal nak cakap pada kau"kata malik

Idham mengikut malik berjalan ke bawah pokok rambutan yang tidak jaduh di belakang kedai.

"Maksu.. ada apa tu?"tanya anak buah isteri idham
"Ntah.. biar jela dorang.. kau pergi susun kuih tu kat depan"arah isteri idham

Idham memandang wajah kekasihnya yang berpeluh sedikit.

"Kau tak kerja ke hari ni?"tanya idham
Malik mengelengkan kepala.
"Am.. sebenarnya .. hari ni aku akan balik ke KL"kata malik
"Apa?"idham terkejut
"Ye am.. tengahari nanti mak aku sampai amek aku bawak balik KL"kata malik
Idham terdiam memandang malik. Airmatanya mula bergenang.

"Am.. aku minta maaf"malik menahan sebak
"Kau cakap hujung bulan nanti.. tapi kenapa hari ni kau nal pergi?"tanya idham lalu gugurlah airmata di mata kirinya.
"Lagi cepat aku pergi lagi sikit luka kat hati kau"kata malik
"Tak malik.. aku tak boleh.. aku dah tak boleh tahan lagi dah"kata idham lalu menangis teresak-esak
"Jangan macam ni am..tolong.."malik berpaling lalu airmatanya turut tumpah.
"Kenapa kau benci aku malik.. kenapa susah sangat hati kau nak terima aku?"idham mencangkung menekup mukanya
"Aku tak pernah benci kau.. tolonglah am.. jangan buat aku macam ni"
"Habis tu.. kau buat aku macam ni tu apa?"
Malik mencangkung dan memegang bahu idham
"Kita takde jodoh am.. kau dah ada isteri.. kau jagalah isteri kau.. kau tak perlu kan aku.. isteri kau mampu untuk isi tempat aku"kata malik
"Tak sama.."
"Tapl tetap terbaik untuk kau, aku akan datang jumpa kau lagi am.. aku tak akan lupakan kau.."kata malik

Kedua-dua jejaka itu berdiri. Idham memeluk malik. Malik memeluk erat badan idham. Dalam 2 saat idham mencium bibir malik. Sekejap namun bermakna. Itulah ciuman terakhir dari idham. Malik kemudiannya berjumpa isteri idham. Malik mengucapkan selamat tinggal.

Malik masuk ke dalam rumah. Malik terus masuk ke dalam biliknya. Malik mengambil tuala lalu terus ke bilik mandi. Didalam bilik mandi sekali lagi air matanya tumpah. Malik seakan merasakan luka dihati idham. Selesai mandi malik membuka pintu bilik air.

Bau maggie kari dihidu malik. Radhi sedang duduk dimeja makan sambil makan maggie. Malik tidak menegur radhi. Malik terus masuk kedalam biliknya. Malik menghubungi emaknya. Malik telah bersedia untuk kembali.

Malik keluar dari bilik. Radhi masih duduk dimeja makan di dapur. Malik menuju ke arah radhi.

"Nah.. kenapa bagi saya duit?"tanya malik yang berdiri di tepi radhi
"Duit sewa rumah"kata radhi tanpa memandang malik. Radhi hanya memandang skrin telefon bimbitnya.
"Awak belum kerja lagi, awak simpan duit ni.  Awak buat belanja sementara dapat kerja baru"kata malik meletakkan duit tersebut disebelah radhi.
"Takpe bang.. saya ada je duit"kata radhi
"Saya ada hal nak cakap"
"Bila?"potong radhi
"Bila apa?"malik keliru
"Bila abang nak pindah?"tanya radhi
"Macam mana awak tahu?"tanya malik
"Semalam saya letak duit tu dalam bilik abang, saya terbaca apa yang abang tulis"kata radhi yang masih belum memandang malik.
"Jadi awak dah tahu la.. baguslah.. sebelum saya pergi, saya harap awak dapat maafkan saya"
"Ye ye ye ... Saya tahu dah la.. saya dah baca apa yang abang tulis tu.. tak payah nak ulang lagi"sinis radhi
"Ok baguslah.. kejap lagi saya dah nak gerak dah.."kata malik
Radhi terkejut. Namun radhi berlagak biasa.

Malik terus menuju kembali ke dalam biliknya. Malik menutup pintu bilik. Malik benar-benar terkilan dengan layanan radhi. Sikap acuh tak acuh radhi menguris hati malik. Malik mengambil nota yang ditulisnya lalu dikerenyukkannya.

Radhi akhirnya menoleh setelah malik menutup pintu biliknya. Radhi memandang pintu bilik malik. Radhi sedikit sayu. Entah mengapa rasa sedih dihati radhi mula timbul dan membuatkan mata radhi bergenang.

-bersambung

MALIKWhere stories live. Discover now