BAB 1

3 0 0
                                    


Qarlish Yealna hanya merenung rakannya yang menjamah nasi ayam dengan rakus itu. Dia kekadang menarik wajah jijik apabila melihat rakannya meratah ayam goreng itu macam gorilla.

"Woi, makan tu elok-elok lah!" Gertak Qarlish sedikit kuat. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya melihat Amirah yang tersengih seperti kerang busuk.

"Sorry lah awek..Laparrr." Dengan selamba Amirah menyuap nasi ke dalam mulutnya. Qarlish terbuntang mata apabila Amirah hanya menelan nasi itu tanpa mengunyah.

"Jangan telan nasi!" Qarlish mengetuk kepala Amirah dengan buku tulis Fiziknya. Amirah mengadu kecil.

"Habit kau tu kena kasi fix! Kang berak keras jangan salahkan aku!" Goreng Qarlish. Entah betul entah tidak. Maklumlah, dia dan Amirah ialah pelajar sains tulen yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan. Mana dia tahu bab Biologi.

Tanyalah ngan budak kelas 5 Anggerik. Pandai-pandai wo..

"Aku tau. Tapi nak wat camne. Nasi boleh jadi bubur kalau dia tercelup kat asid dalam perut ni." Spontan Amirah berkata. Cam biasa, entah betul entah tidak.

"Haish, apa nak jadi ngan kau ni-" belum sempat Qarlish menghabiskan ayatnya, mata sempat menangkap sesusuk tubuh.

Macam kenal..

"Wei! Tu Hafiz en?" Qarlish menjuihkan bibirnya kearah sorang pengawas lelaki yang tidak jauh dari pondok merdeka.

"MANA?"

Qarlish dengan pantas menarik hujung tudung Amirah kerana dia dengan mendadak memalingkan kepalanya kearah Hafiz. Buat malu lah dia ni!

"Janganlah obvious sangat! Tengok kekadang sekeliling dulu!" Qarlish berbisik perlahan. Matanya dililaukan ke sekelilingnya. Fuh, line clear!

"Buah hati aku weh..BAPAK HENSEMMM!!" Jerit Amirah kecil. Gembira melihat crushnya yang segak bergaya yang semakin tampan dijamah usia.

Dah lama Amirah crush terokss dengan Hafiz Tu. Sejak form 2 lagi.

"Dia hensem en,Qarlish?"

Qarlish mengecilkan matanya merenung Hafiz. Ketua pengawas itu kelihatan segak apabila dia melipat lengan bajunya hingga ke paras siku. Sekali lelaki tersenyum melayan gelagat rakannya itu.

"Not bad ah. At least time ni kau punya taste dah improve." Bilang Qarlish jujur. Budak kelas 5 Anggerik kot si Hafiz tu.

Amirah mencebik. Tahulah sebelum ni taste dia cam jalang.

"Ha kau? Kau bila nak ade crush ni? Tak pernah couple, tak pernah ade crush..macam mana nak kawin?" Soalan dituju kepada Qarlish. Asyik sembang pasal dia je.

Qarlish meneguk air mineralnya. Hmm..entahlah.

"Dah nak SPM, takde maknanya." Qarlish menjawab selamba. Padahal hatinya meronta-ronta untuk berkata jujur.

Entahlah. Dia berasa tidak layak.

"Aduu, kau ni! Janganlah down sangat! Kau janganlah jual mahal."

Qarlish menghela nafas perlahan. Air mineral dipulas tutup sebaik sahaja loceng masa rehat tamat berbunyi nyaring. Perfect timing! Malas dia ingin melayan Amirah.

Amirah mengelabah teruk melihat Qarlish yang sudah berdiri untuk bergerak. Dia dengan segera bangun untuk membuang bungkusan nasi ayam ke dalam tong sampah.

"Woi! Tunggulah!"

Rinnngggg!!!!

Loceng habis sekolah telah berbunyi. Semua blok SMK Putrajaya itu bergema apabila bunyi kerusi dan meja bergeser dengan lantai menandakan semua pelajar bersemangat untuk pulang ke rumah masing-masing.

SURVIVE Where stories live. Discover now