BAB 2

2 1 0
                                    


"Cik...tolong saya cik!!"

Gedebuk!

Qarlish hanya memandang kosong kearah tubuh yang jatuh meniarap seperti nangka busuk. Lututnya bagai nak tercabut melihat darah yang memancut keluar dari kedua-dua bola matanya. Badannya juga kelihatan tidak seperti manusia dengan kesan lebam dan tulang-tulangnya patah dan retak teruk.

Buk! Seorang lelaki yang datang Dari arah yang sama melanggar bajunya kasar. Tertolak kebelakang sikit Qarlish dibuatnya. Qarlish sempat bersekang mata dengannya namun lelaki itu memandangnya tajam sebelum berlari lintang-pukang dari situ. Siapa?

"Wha-"

Qarlish berundur ke belakang namun semua orang yang berpakaian serba hitam itu pantas menoleh ke arahnya. Qarlish menelan air liur. Apa Yang patut dia buat? Dia mengenggam apronnya kuat.

"Who!?" Tempelak sorang lelaki yang berbadan besar. Terhinjut bahu Qarlish.

Lorong itu menjadi senyap seketika. Hanya lampu jalan yang rosak sahaja berbunyi berkelip-kelip. Qarlish tidak dapat mengecam wajah orang-orang itu namun dia pasti segelintir daripada mereka bukan orang melayu.

"Err..I'm just a worker..here?" Qarlish mencuba menjelaskan namun matanya yang melilau tak tentu arah kerana panik tadi mampu menancap sesusuk tubuh yang dikenalinya. Lelaki itu berasa di tengah-tengah bersama dengan orang-orang Yang serba hitam. Qarlish pantas menutup mulut.

'Garcell?!'

Garcell tersenyum sinis selepas mata mereka bertemu.

"Woi! Tangkap perempuan Tu! Entah-entah, dia ahli The Scorpion!"

Qarlish termangu-mangu di tepi tong sampah hijau itu. Aku? Yang berpakaian selekeh ngan apron busuk ni?

"Shit."

Qarlish dengan pantas ingin berlari namun apabila badannya berpusing kearah belakang untuk lari, tubuhnya langsung dirangkul oleh lelaki yang sejak tadi menyorok di belakangnya. Lelaki itu dengan pantas menekup muka Qarlish dengan sehelai kain.

Qarlish meronta-ronta. "Hmmphhh!!" Sebelum matanya menjadi kuyu lalu dia pengsan di dalam rangkulan lelaki itu.

"Finally!! Bolehlah Aku berehat jap!"

Lelaki botak itu hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah rakannya yang mengeliat di gelanggang tinju itu. Baru sahaja pulang dari misi, terus mereka bersenggang selepas dibenarkan oleh ketua mereka, Garcell.

Si botak turut membaringkan tubuhnya di sebelah. "Bila gaji ek. Aku tak Saba nak makan tomahawk and pork belly ni! Yum yum." Terliur dia apabila membayangkan daging tersebut digrilk dengan mentega dan diselaputi lada hitam itu. Fuhhh, mantap!

"Entahlah, lagi pun kita baru tangkap seorang ahli The Scorpion. Takkan terus dapat gaji en. Alaa.." Ali mengeluh. Dia teringat akan misi mereka sebentar tadi.

Garcell telah berjaya memerangkap seorang ahli The Scorpion di sebuah restoran yang dikunjunginya. Baru pasang perangkap, dah tertangkap!

Si botak mengerutkan wajahnya. Macam ada yang tak kena. Dia terus bangkit dari pembaringan lalu menoleh kearah rakannya, Ali itu.

"Tapi kau pasti ke dia The Scorpion? Aku tak rasa musuh nak ambik perempuan jadi ahli?"

Ali menjungkit bahu. "Mana aku tahu." Malas ingin tahu.

Matanya terbuka. Wajahnya berkerut seribu menahan tekanan kuat di kepalanya. Terus kepalanya diangkat melawan cahaya putih yang menyilaukan mata. Namun digagahkan juga untuk melilau melihat keadaan sekeliling dengan penglihatan yang minimal. Awning tudungnya yang terjuntai itu ditiup kasar.

SURVIVE Where stories live. Discover now