BAB 4

1 1 0
                                    


Amirah merenung Qarlish yang memakai face mask itu. Sekali dia cuba mengintai wajah Qarlish namun Qarlish bertindak memalingkan wajahnya ke tempat lain.

"Weh, kau selesema ke?"

Bisu.

Amirah mengeluh perlahan. Dia tahu rakannya menghadapi masalah sekarang ni. Tapi, sedikit pun Qarlish tidak pernah bercerita. Gadis itu suka merahsiakan tentang dirinya.

"Wehh..." Bahu Qarlish ditepuk perlahan.

"Oka-tsk. Okay jea.." Qarlish menjawab dengan suara serak basah. Kelihatan sedang menahan sakit di pertengahan ayatnya.

Amirah mendengus. "Kau ni! Aku dah tolong kau an? Baju tu aku punya and in return, aku nak kau jujur ngan aku!" Kata Amirah dengan nada Yang sedikit kuat.

Benar. Akibat Qarlish tiba-tiba sahaja mahu meminjam baju kurung sekolah nya, Amirah berasa ingin tahu. Qarlish juga tidak bercakap banyak tapi gadis itu meminta izinnya untuk mandi di rumah sewanya. Nasib Amirah tak tinggal dengan family, jadi dia membenarkan sahaja Qarlish menumpang di rumahnya.

Gadis itu kelihatan selekeh, kotor dan berbau busuk apabila Qarlish tiba dirumahnya. Wajahnya ketika itu pun dililit dengan tuala hitam. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menanggalkannya.

Qarlish bingkas bangun mengendahkan kata-kata Amirah. Amirah terkejut.

"Weh, nak ke mana?"

"Tandas."Balas Qarlish acuh tak acuh.

"Adaam~"

Adam hanya tersengih kecil apabila teman wanitanya, Jenny merangkul lehernya. Gadis beragama Kristian itu duduk di ribanya sambil mengusap leher Adam.

"Yes dear?? Perlahan sikit, nanti orang dengar." Adam merangkul pinggang Jenny pula. Jenny kegelian.

Mereka berdua berada di tempat tersorok di SMK Putrajaya itu. Apa lagi kalau bukan belakang dewan? Tempat itu tersorok dengan kebun kecil milik pelajar pendidikan khas dan terlindung dengan stor terbiar. Terdapat juga semak samun kerana pihak sekolah gagal menjaga persekitaran di situ.

Di situlah dia selalu ponteng kelas untuk melepak. Kekadang dijoin oleh rakannya, Ermaan dan Khalish. Takpun budak-budak junior untuk dibuli. Tak melepak, merokok lah jawabnya. Ataupun berasmara dengan Jenny, girlfriendnya.

"Alaa, you dah tak suka ngan I ke, Adam?" Dengan suara meleret Jenny bertanya. Wajahnya didekatkan ke pipi Adam menaikkan nafau seorang lelaki.

"No Jenny. I tak nak you terlibat masalah ngan I lagi.." cukuplah mereka berdua digantung sekolah selepas kantoi oleh seorang cleaner. Mereka berdua yang asyik bermadu asmara itu dipergok oleh Mak cik cleaner yang lalu lalang.

Jenny mendengus kecil. "You jangan tinggalkan I ek! I tahu Qarlish Tu suka you but you're mine, Adam."

Adam terdiam. Teringat dengan luahkan hati Qarlish, rakan sekelasnya 2 tahun yang lepas. Sengaja dia tidak menjawab confession Qarlish namun tidak disangka gadis itu masih menanti.

Adam tersenyum sinis. Amusing. Sengaja dia membiarkan gadis itu menunggu jawapannya. Seronok melihat Qarlish yang  mengelabah  apabila ditegur. Seperti alat mainan Adam melayan Qarlish.

Namun,gadis itu berubah membuatkan Adam tidak sedap hati. Dia agak terkejut melihat perubahan Qarlish yang suka merenungnya itu menjadi jelingan rasa benci. Adam tak suka. Dia berasa tercabar.

Jenny dengan beraninya menolak Adam yang mengelamun itu sehingga lelaki itu terbaring. Adam terkejut namun apabila tubuh Jenny bersentuhan dengan tubuh sasanya menyebabkan Adam akur. Jenny menindih Adam. Semakin merapat mereka berdua. Jenny tersenyum mengoda.

SURVIVE Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt