BAB 6

1 1 0
                                    


"Qarlish!!!"

Hampir jatuh terjelepok Qarlish dibuatnya apabila Amirah tiba-tiba sahaja menerpa ke arahnya. Amirah memeluk rakannya tanpa menghiraukan rakan sekelasnya yang memandang pelik.Dekat depan pintu kelas pulak tu.

"Weh dah sembuh awek aku ni!" Ucap Amirah teruja. Qarlish membuat muka toya.

Wajahnya masih lagi diplaster dengan handplast dan juga dibandage. Doktor memberitahunya bahawa luka dan lebam itu akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

"Kepala hotak kau awek. Sesiapa plis ambik minah ni jadi girlfriend, desperate sangat dia ni." Serentak seisi kelas tertawa. Amirah mencebik lalu pelukkan dilepas.

"Ish! Tak nak ngan classmate! Abang abang hensem kat luar ah aku main." Kata Amirah tanpa rasa bersalah. Semua pelajar lelaki di kelas 5 Cempaka itu mencebik.

"Booo!! Aku un tak nak ngan kau ah." Sampuk Aiman dari belakang.

"Aku prefer Qarlish wo!" Tokok Jun yang duduk bersila di lantai kelas. Aiman tertawa. Chinese boy nak Malay girl ke?

"Boleh je weh!" Tiba-tiba Aliff dari kelas sebelah muncul entah dari mana. Hafiz si pujaan hati Amirah kebetulan melepak dengan Aliff di kelas mereka.

"Eeeee! Aku dah ada pujaan hati tau!" Amirah membentak. Dia menghentak-hentakkan kakinya.

"Siapa tu wooooo.." kedengaran sorakkan dari pelajar perempuan pula. Wardiah si ketua kelas sempat memandang ke arah Hafiz dan Amirah. Amirah mengenyitkan mata kepada Wardiah. Wardiah tersenyum simpul.

"Dah dah, Qarlish long time no see. Risau aku bila dengar kau masuk hospital. Semua dah sembuh en?" Wardiah berkata. Rakan Wardiah, Tasha dan Joana serentak mengerumuni Qarlish yang terpacak di pintu.

"Okay ke muka kau? Dah sembuh?" Tasha bertanya sambil membelek tubuh dan wajah Qarlish. Joana pun sama.

"Okay dah, accident kecik ja. Sembuh lah nanti" Bohong Qarlish. Accident ke tu? Mereka menarik nafas lega.

Amirah tersenyum melihat keakraban Qarlish dengan rakan sekelas. Namun senyumannya mati apabila dia ternampak kelibat Adam, Khalish Dan Ermaan dari hujung matanya. Cepat cepat dia menolak Qarlish untuk duduk di tempatnya.

"Weh weh, cepat cepat! Samseng dah datang!" Beritahu Amirah sambil berjalan beriringan dengan Qarlish. Rakan sekelasnya hanya tertawa kecil. Memang tak ngam Amirah dengan geng Adam tu.

Adam melangkah masuk ke kelas menuju tempat duduknya. Alangkah terkejutnya dia melihat kehadiran Qarlish. Dia juga terkejut melihat Alif dan Hafiz yang duduk di lantai belakang mejanya.

"Wassup bro." Aliff menyapanya. Bukan dia tidak tahu, Adam dan Hafiz memang tak ngam. Seorang ketua pengawas, seorang lagi samseng sekolah.

Satu kelas hanya mampu diam. Rasanya, akan ada satu pergaduhan akan tercetus.

Hafiz tersenyum nipis. Adam membalas senyuman tersebut.

...

Wait, Adam membalas sapaan dengan senyuman?

Khalish dengan pantas menepuk-nepuk pipi Adam. Ermaan pula merenung Adam dalam. Mata Hafiz terbuntang manakala Aliff menekup mulut tidak percaya.

"Weh, kau dah insaf ke?" Khalish bertanya. Tepukkan di pipi Adam semakin kuat.

"Ish, lepaslah." Rimas Adam sambil menepis tangan Khalish.

"Weh, bro? Ni memang Adam ke?" Ermaan bertanya kepada Aliff. Aliff menjungkit bahu.

"Kau makan apa pagi tadi, Dam? Demam ke?" Tangan Aliff pula ditekup ke dahi Adam. Eh, tak panas.

"Kau sapa hah? Bestfriend aku? Lepaslah." Adam menepis tangan Aliff pula. Bukankah mereka bermusuhan? Asal akrab sangat. Dia takde mood nak melayan orang pagi-pagi ni.

Serentak Ermaan, Khalish dan Aliff menyentuh wajah Adam sampai tertutup. Mereka bertiga meramas-ramas wajah tampan Adam secara tiba-tiba.

"Woi! Asal ngan korang ni sial? Gay ke?" Adam berang apabila rambutnya juga diramas sehingga kusut. Tangannya cuba mencengkam 6 tangan yang bermain-main di wajah dan rambutnya.

"Kalau aku gay un, kau bukan taste Aku." Aliff selamba menjawab sambil menjentik dahi Adam kasar. Terjerit kecil Adam dibuatnya.

"Humph! Aku nak tengok kot-kot ni Adam palsu ke." Khalish menjawab sambil kukunya mengikis pipi Adam. Kot-kot topeng kulit ke apa.

"Aduh! Sakitlah!" Adam menjerit kecil.

"Sabarlah wahai Adam. Aku just nak make sure kau ni betul ke tak." Serentak itu tangan Ermaan menarik-narik rambut Adam. Mungkin rambut palsu. Adam menjerit kuat.

"Stop!!"

"Ermaan..Khalish! Aliff! Dah dah lah tu!" Hafiz pula menyampuk. Ingatkan nak selamatkan Adam namun sebaliknya.

Rambut panjang Adam itu sempat diikat toncang oleh Hafiz. Aliff,Ermaan dan Khalish menahan tawa melihat Hafiz yang tekun mengikat rambut Adam tanpa disedarinya.

"Woi! Ermaan rambut aku asal rasa cam kena tarik?!" Tanya Adam dengan kasar. Matanya dihalang oleh tangan Aliff dan Khalish.

Sebenarnya, mereka berempat mahu membalas dendam. Dendam kekanak-kanakkan.

Seisi kelas galak dengan tawa melihat  5 jejaka yang kekanak-kanakkan itu. Amirah mengelengkan kepalanya melihat karenah Hafiz itu. Agak kebudak-budakkan but still hot!

Qarlish tersenyum sumbing. Dia sudah lupa tentang Adam dan dia. Biarlah perkara itu menjadi sejarah hitam bagi mereka berdua.

SURVIVE Where stories live. Discover now