BAB 3

1 1 0
                                    


"Qarlish?"

Qarlish mengangkat wajahnya. Dia memandang ke arah gurunya yang kelihatan sedang mencatat kehadiran. Cikgu Farah.

"Kenapa kamu tak datang dua hari?"

Qarlish tersenyum nipis. Masak!! Tak tahu nak jawab apa.

"Accident cikgu." Bohong Qarlish. Dia kembali menyambung coretannya tadi.

"Hah?!"

Amirah menjerit kuat di sebelahnya. Qarlish tersenyum kelat.

"Bila masa? Terok ke??" Amirah dengan segera membelek tubuh Qarlish. Kot-kot Ada injury ke.

"Kau okay tak?" Tanya Wardiah, si ketua kelas dari meja bahagian tengah.

"Okay je bang." Jawab Qarlish perlahan.

"Takkan injured sebab cuci longkang kot?"

Berderai tawa dari meja belakang. Siapa lagi kalau bukan geng2 lelaki di belakang. Adam, Ermaan dan Khalish suka mengejeknya.

"Adam!!"

Suara Cikgu Farah serentak menghentikan perbuatan mereka bertiga. Mereka memekakkan telinga lalu menyambung 'kerja' mereka.

Makan.

Tidur.

Main handphone.

"Kamu bertiga ikut saya sekarang!" Tempelak Cikgu Farah sambil menuju kearah mereka. Adam tidak berganjak walaupun Ermaan dan Khalish sudah membuka langkah dengan bangganya.

"Bangang betul diorang tu! Kau okay tak Qarlish?" Amirah menyambung. Dia prihatin dengan keadaan rakannya itu.

Qarlish hanya menggangguk. Matanya menghantar pemergian Adam Yang berlalu mengikuti Cikgu Farah.

Sempat Adam tersenyum sinis kepadanya. Bukan dia tidak tahu bahawa lelaki yang disukai oleh Qarlish adalah dirinya sendiri.

Qarlish berlagak tenang. Padahal hatinya yang dulu berbunga melihat pujaan hati sekarang bertukar kepada rasa benci.

'Menyesal aku buang masa suka dia.' gerutu Qarlish dalam hati.

"Hoi! Kau buat ape tu hah?"

Tangannya yang menyental pinggan kotor itu terhenti seketika. Qarlish menoleh kearah Kak Ani yang bercekak pinggang.

"Kau dah tak datang dua hari, suka hati je nak amik kerja orang! Kau waitress! Duduk atas!" Kak Ani menolak bahu Qarlish kasar sebelum span bersabun ditangannya dirampas.

Qarlish tersenyum nipis. Namun dalam hatinya sudah menyumpah seranah Kak Ani.

"Ani, ani! Mak Su yang suruh Qarlish kat sini. Biar cepat sikit pinggannya bersih. Macam orang atas nak kerja kalau kita lambat?" Tegur Abang Lutfan lembut. Dia yang sedang memasak nasi tidak sengaja mendengar perbualan mereka.

Kak Ani terkejut. Terus wajah dinginnya berubah lembut. Awning tudung dirapikan sebelum dia membalas teguran Abang Lutfan.

"Bukan apa bang. Saya takut Qarlish penat nanti." Balas Kak Ani dengan senyuman manis. Qarlish hanya menggangguk dengan muka yang dibuat-buat.

Abang Lutfan mengeleng. Huh, tak tahu lah nak cakap apa. "Hmm..yelah." balasnya seraya bergerak ke tingkat atas.

Senyuman Kak Ani terus pudar serta merta selepas Lutfan berlalu ke tingkat atas. Tiba-tiba dia meluru ke arah plastik sampah yang berhampiran lalu diangkat sehingga paras kepala Qarlish.

Buk!

Sampah2 tersebut dituang kepada Qarlish. Qarlish terkesima melihat juraian air busuk dan sampah jatuh melimpah di badannya.

SURVIVE Where stories live. Discover now