BAB 7

1 1 0
                                    


Qarlish menjinjing beg plastik yang berisi barangan dapur dengan payahnya. Segera dia melangkah ke perhentian bas di hadapan pusat membeli belah itu.

Amirah tidak dapat menemaninya membeli belah. Gadis itu terpaksa pergi ke Wangsa Maju selepas tamat waktu persekolahan. Sepupu Amirah mengadakan kenduri kahwin jadi hanya Qarlish sahajalah yang tinggal di rumah sewa itu.

"Fuh, nasib sempat ambik stok bawang tadi.." bisik Qarlish kecil. Dia perasan akan peti sejuk dan dapur rumah yang kosong itu. Amirah memang jarang memasak. Asyik order GrabFood je sebab malas.

"Aku nak stop oder GrabFood lahh. Weh, belikan barang dapur jap. Aku balik nak masak. Nanti tahan lama lauk!" Itulah yang dikatakan Amirah. Qarlish bersetuju.

"Harap bas sampai cepatlah." Gumam Qarlish sendirian. Hanya dia sahaja yang berada di situ. Jam tangan dikerling menunjukkan pukul 6 petang. Baik cepat balik sebelum maghrib.

Handphone dikeluarkan dari poket seluar jeans hitamnya. Qarlish leka melayan handphonenya menunggu ketibaan bas.

"Qarlish!"

Qarlish menoleh ke arah suara yang tidak asing lagi di telinganya. Matanya tertancap kepada lelaki yang berlari-lari anak ke arah perhentian bas.

"Lutfan?"

Lutfan tersenyum manis apabila dia tiba di situ. "Lama tak jumpa. Apa khabar,Qarlish?" Sapa Lutfan.

"Sihat ja." Jawab Qarlish ringkas.

"Macam mana muka? Sakit lagi Ka?" Tanya Lutfan prihatin. Dia merenung wajah Qarlish yang dilekapkan dengan plaster dan bandages.

Qarlish perasan akan renungan Lutfan terus menjawab. "Okay je." Lutfan tersenyum kelat.

"Ni banyak barang ni nak tunggu bas ke? Abang rasa takde bas datang waktu-waktu cam ni." Beritahu Lutfan. Dia berpaling ke jalan raya di hadapan mereka. Penuh dengan kereta lalu-lalang tapi tiada sebarang tanda bas akan muncul.

Qarlish hanya menggangguk kecil. "Nak buat macam mana, saya tunggu je."

"Biar abang hantarkan. Lagipun tak elok biar anak dara sorang sorang."pelawa Lutfan sambil menunding jari kearah parking kereta yang tidak jauh dari sana.

"Eh, takpe takpe. Saya tunggu jugak." Qarlish menolak. Dia tidak mahu terlibat dengan Lutfan. Bukan apa, Kak Ani suka Lutfan. Mana-mana Lutfan pergi, di situlah Kak Ani berada. Tidak kurang seperti seorang stalker!

"Nanti saya kena serang pulak." Tambah Qarlish dengan selamba. Lutfan senyum palsu. Dia bukan tidak tahu perangai Ani macam mana. Mata jejaka itu diliarkan ke sekeliling. Tiada tanda-tanda si Senah tu muncul.

Dia tahu bahawa Ani sudah lama menyimpan perasaan kepadanya. Tapi, Lutfan langsung tidak berminat dengan wanita itu. Agak kekanak-kanakkan dan panas baran.

"Takpe abang ikhlas. Meh sini abang angkatkan plastik tu." Kata Lutfan berura-ura untuk menjinjing beg plastik di sebelah Qarlish.

"Tapi..."

"Ani takde kat Malaysia. Dia ikut Mak Su ke Singapore." Jawab Lutfan melegakan hati Qarlish. Qarlish mengeluh sebelum menggangguk kecil.

"Thank you." Ucap Qarlish. Dia bingkas bangun dari bangku sehingga dia dengan tidak sengaja meninggalkan handphonenya di bangku. Nasib baik Lutfan perasan. Dia mengambil handphone gadis itu untuk dipulangkan namun gadis itu sudah berada jauh di hadapannya. Lutfan mengeleng kecil.

Satu kad nama yang dilekatkan di clear phone case menarik perhatian Lutfan. Dia membaca butiran kad nama tersebut dengan teliti. Matanya membulat besar.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Apr 09, 2023 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

SURVIVE Onde histórias criam vida. Descubra agora