2

146 20 3
                                    

ENTAH angin apa, Anas mengajak Nelly untuk makan tengah hari bersama-sama hari ini. Kebiasaannya, Nelly memang tak makan di luar. Lebih memilih untuk bancuh air dan cicah dengan biskut sahaja. Lebihan masa rehat, Nelly akan tidur sekejap di meja kerjanya. Makan sewaktu pagi dan di rumah sahaja.

"Kau ajak aku, tapi kau yang lambat."

Anas tersengih. Nelly yang membebel perlahan itu dipandang seketika sebelum seluruh kawasan ruang kedai makan berlauk itu dipandang.

"Kau tak makan?" soal Anas seraya meletakkan beg laptopnya di atas kerusi di sebelah Nelly.

"Aku tak biasa makan berat tengah hari. Nanti mengantuk."

Terjungkit kening Anas. Selalu orang skip sarapan, kan? Pelik si Nelly ni.

"Betul ni? Nak aku tolong ambik ke?" Anas masih tak percaya yang Nelly tak mahu makan sedangkan perut dia dah berbunyi-bunyi ganas.

"Betul. Aku tunggu sini. Cepat! Cepat!"  Nelly buat gaya menghalau Anas sebelum dia tergelak melihat muka bengang Anas.

Nelly perhatikan sahaja Anas yang sedang ralit mengambil lauk. Lelaki itu dengan gaya santai berkemeja dan berseluar kerja itu semakin hari semakin rapat dengannya. Kalau dulu mereka hanya bertemu di pondok bas, tetapi sejak satu minggu ini kerap juga mereka berjumpa dan keluar bersama-sama selepas waktu pejabat.

Sejujurnya, ya. Nelly selesa bila bersama dengan Anas. Anas nampak polos dan jujur berkawan dengannya. Nelly tak perlu berusaha untuk menjadi orang lain ketika bersama-sama Anas. Nelly hanya menjadi diri seorang Nelydia Ayesha.

Anas tiba dengan sepinggan nasi berlaukkan kari ayam dan sayur campur. Duduk di depan Nelly, Anas mula menadah tangan sebelum menikmati hidangan makanan tengah harinya.

"Nelly..."

"Hmmm..."

Anas menghabiskan kunyahannya sebelum fokusnya diberikan kepada Nelly. "Uqasya, adik kau tu. Tak nampak macam adik pun? Nampak sebaya. Korang kembar ke?"

Nelly tersenyum nipis. Straw minumannya digigit-gigit. "Muka kita orang sama ke?"

Anas menggeleng polos.

"Hah, bukan kembarlah? Dah tu? Sama tahun, beza bulan?"

"Pun bukan..."

Semakin berkerut kening Anas, semakin tercuit hati Nelly. Nafas digali dalam-dalam dan Nelly mula serius melayan soalan Anas.

"Adik tiri. Lain bapa dan lain mak."

Anas nampak tersentak buat beberapa saat sebelum dia mengangguk-angguk perlahan sambil menyuap semula nasi ke dalam mulut.

"Abah aku kahwin dengan ibu Uqasya masa umur aku dengan Uqasya tiga tahun. Arwah mama aku meninggal dunia masa lahirkan aku. Kami sebaya tapi berbeza bulan. Aku bulan 3, Qasya bulan 8."

"Ooo... No wonder nampak sebaya aje. Bapa kandung Qasya?"

"Tak tahu. Bercerai hidup. Lepas bercerai, hilang."

"Patutlah korang nampak rapat sangat. Membesar sama-sama." Habis sahaja ayatnya, Anas bangun menuju ke sinki.

Nelly termenung. Mengimbau semula semua yang telah berlaku di dalam hidupnya bersama-sama dengan Uqasya. Sudah terbiasa menjawab soalan-soalan yang sama dari orang lain seperti yang Anas persoalkan. Belum lagi dibanding-bandingkan antara Nelly dan Uqasya.

Uqasya ceria, ayu, manis, sopan berhijab.
Nelly simple, pendiam dan tidak mengenakan hijab.

Sudah biasa dan Nelly tak ambil hati pun.

Kisah Putus CintaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt