3

106 16 3
                                    

HUBUNGAN jarak jauh. Ya, disebabkan alasan itu, Nelly diduakan dan apabila terkantoi terus sahaja bekas teman lelakinya yang dikenali sejak zaman kolej itu memutuskan hubungan mereka dan lebih memilih yang di depan matanya berbanding Nelly yang jauh.

Kalau bagi Nelly, masa dan tempat menjadi punca perpisahan mereka tetapi untuk Anas pula wang ringgit yang menjadi kayu pengukur kesetiaan temannya. Bekas teman wanitanya ternyata memilih jalan mudah dengan memilih lelaki yang berusia dan lebih stabil dari Anas.

"Aku ingat dah jadi datin ke, datin seri paduka ke atau Che Puan bila kahwin dengan orang tua kaya tu. Alih-alih dekat kedai emas sama tu juga dia tersangkut."

Nelly ketawa mendengar celoteh Anas. Berkerut-kerut dahi lelaki itu apabila bercerita mengenai kisah percintaannya. Mungkin sakit itu sudah lama hilang tetapi masih berbekas lukanya di hati.

"Mana kau tau? Entah-entah, kedai emas tu dia punya!" Nelly mengusik.

Anas mencebik. "Kalau betul pun, biarlah. Dah memang itu yang dia nak. Tak ada kena-mengena dah dengan aku."

Nelly mengangguk setuju. Betul. Kisah yang lama Allah hadirkan sebagai satu tanda kayu pengukur untuk kita. Buat apa lagi difikir-fikirkan salah betul di mana? Buat lelah jiwa sahaja.

Setahun, 365 hari sudah berlalu bagi mereka berdua. Masing-masing sudah ada kehidupan yang harus dilalui.

"So, kau? Tak ada nak cari yang baru?" Anas tiba-tiba menyoal seraya tekanan pedal minyak keretanya mula diperlahankan kerana mereka sudah pun masuk ke kawasan perumahan Nelly.

Laju sahaja Nelly menggeleng. "Aku nak cari duit banyak-banyak. Aku nak bukak kafe!"

Terjungkit kening Anas. Ada riak menarik di tampang wajahnya. "Wow... Tak sangka kau minat berniaga? Kafe apa?"

"Aesthetic cafe. Buku, bunga, lukisan, kek, dan kopi." Nelly menjawab teruja. Tersenyum ceria bibirnya sambil matanya nampak bersinar-sinar. Cukup membayangkan impiannya buat masa ini sudah mampu membahagiakan dia.

"Nice..." bisik Anas seraya merenung sejenak wajah Nelly dari sisi.

"Nelly..."

"Hmmm..." Nelly menoleh mencari wajah Anas dengan bibirnya yang masih belum pudar dek senyuman.

"Kau percaya cinta pandang pertama?"

Nelly tersentak. Tak sangka Anas mahu berbicara mengenai cinta dengannya. Terasa kekok pula keadaan mereka jadinya.

"Cinta pandang pertama..." Nelly berbisik halus seraya pandangan matanya lurus ke hadapan. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"So?" Anas masih menanti.

"Contoh?"

Berkerut kening Anas. "Contoh apa?"

"Contoh cinta pandang pertama maksud kau tu macam mana? Aku tak pernah alami."

Anas tergelak kecil. Nelly dikerling sesaat. Dia bagi soalan, soalan pula yang dipulangkan Nelly kepadanya.

"Contoh..." Anas terjeda sekejap. Seolah-olah mencari jawapan. "Contoh macam kali pertama aku nampak kau dekat bus stop tu. Aku rasa aku suka kau dan kita terus click."

Degup jantung Nelly terhenti! Tubuhnya kaku, matanya tidak berkerdip dan bibirnya terbuka kecil.

Apa?

Berani, muka diangkat cuba memandang wajah Anas di sebelahnya. Bergemirap debar dada Nelly apabila saat ini Anas sedang memandang ke arahnya dan kereta pun sudah berhenti dari bergerak.

Kisah Putus CintaWhere stories live. Discover now