5

98 15 3
                                    

"NELLY! Sayang... Bangun. Ini abah ni..."

Nelly bangun secara mendadak. Matanya kemudian meliar ke sana dan ke sini. Sebaik sahaja matanya menangkap seraut wajah seorang lelaki yang betul-betul di depan mukanya, Nelly segera mengundur menjauhi sehingga tulang punggungnya bertemu dengan kepala katil.

"Hei, hei... Ini, abah. Nelly... Kenapa Nelly tidur dekat bilik bawah ni?" soal Encik Amran. Jelas terpamer riak risau di raut wajahnya. Nak gugur jantungnya apabila melihat bilik Nelly yang ternganga luas pintunya dan Nelly pula tiada di situ seawal subuh begini. Kalau pun Nelly mahu ke mana-mana, pasti dia akan diberitahu terlebih dahulu.

"Abah?" soal Nelly dengan suara yang tersekat-sekat. Matanya merenung Encik Amran.

"Ya, ini abah. Nelly mimpi. Menjerit-jerit. Kenapa Nelly tidur dekat bilik bawah?"

"Takut. Dia ketuk bilik Nelly. Dia cuba nak bukak pintu. Dia panggil-panggil Nelly. Nelly tak nak tidur bilik Nelly tu lagi," ujar Nelly. Wajahnya walaupun nampak polos namun terpeta jelas riak trauma dan ketakutan.

Encik Amran mengeluh. Nelly didekati dan bahu Nelly dipegang lembut. "No more, sayang. No more 'dia'. Nelly dekat rumah abah. Dah lama Nelly tinggal dengan abah in Kuala Lumpur."

Nelly jadi terpinga-pinga. Kata-kata Encik Amran cuba dicerna dan apabila dia sedar sepenuhnya, Nelly mengeluh lemah. Tangan Encik Amran di bahunya digenggam erat. Air mata mula bergenang.

"Macam real..." bisik Nelly perlahan seraya menunduk dan melepaskan nafasnya yang tersekat tadi.

"It's just a dream, Nelydia," pujuk Encik Amran. Berhati-hati dia memeluk tubuh anaknya yang jelas masih lagi trauma. Diusap-usap belakang kepala Nelly. "Nelly dengan abah dan ibu."

Nelly genggam kuat sisi baju Encik Amran. "Kenapa Nelly masih rasa takut, abah? Nelly benci bila perasaan ni datang. Apa yang Nelly dah buat sampai Nelly kena rasa macam ini seumur hidup Nelly?"

"Hei, Nelydia..." Encik Amran memujuk apabila Nelly mula meracau.

"Apa dosa Nelly? Apa salah Nelly?" Nelly mula kembali cemas. Matanya meliar ke sana sini, ke segenap ruang bilik. Ketakutan.

"Bertenang, Nelly..."

"Nelly tak nak hidup macam ni. Let me go, abah. Let me end all of this..." Nelly menolak tubuh Encik Amran menjauhinya. Kedua-dua tangannya menekap telinga. Mata dipejam erat dan muka dijatuhkan di atas lutut.

Dada Encik Amran bergemirap debar yang menggila apabila mendengar Nelly mula bercakap yang bukan-bukan. Hati seorang bapa menjadi sangat luluh sehingga tubir matanya terasa hangat.

"Nelly..."

"Abang, biar Irda yang pujuk."

Encik Amran mendongak. Kemudian, dia memberi ruang buat Puan Irda duduk berhadapan dengan Nelly. Isterinya itu hanya tersenyum.

"Nelydia, sayang..." Lembut suara Puan Irda seraya tangan mencapai jari-jemari runcing Nelly dan digenggam erat.

Nelly mengangkat mukanya. Rupa-rupanya dia sudah tersedu-sedan menangis. Mukanya merah dan basah.

"Nelly takut?"

Nelly mengangguk laju. Air mata tidak ada tanda-tanda mahu berhenti.

"Nelly ada nampak 'dia' sekarang?"

Nelly meliarkan matanya yang basah. Puas mencari, Nelly akhirnya menggeleng.

Puan Irda tersenyum. "Siapa yang Nelly nampak sekarang?"

Bibir Nelly tersebik dan bergetar. Wajah redup Encik Amran dipandang dan kemudiannya wajah lembut Puan Irda di depannya direnung dengan pandangan yang berbalam-balam.

Kisah Putus CintaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant