6

69 10 1
                                    

HARI ini Nelly mengenakan sepasang baju mini kurung berkain kapas berwarna kuning lembut. Coraknya agak minimalist dengan taburan bunga kecil-kecil berwarna putih. Diri sendiri direnung melalui cermin berdiri di depannya. Bibir merekah dengan senyuman manis namun di dada terasa sedikit sebak.

Baju ini, baju arwah mama Nelly. Diberikan oleh Puan Irda kepadanya sebaik sahaja Nelly memulakan kerjayanya. Kata Puan Irda, menurut cerita Encik Amran, ini merupakan baju kesukaan arwah Puan Jelita. Sering dipakai ketika arwah masih sihat dan kuat bekerja sebagai Ketua Kerani di sebuah pejabat guaman di bandar.

Nelly tersenyum nipis. Dia tak ada banyak memori dengan wanita itu. Wanita yang melahirkan seorang Nelydia Ayesha itu hanya sempat bersama-sama dengan Nelly selama tiga tahun sahaja. Setelah itu dia pergi dijemput Sang Pencipta kerana penyakit kanser servik yang dihidapinya sebaik sahaja kelahiran Nelly. 

Bunyi pintu yang diketuk menyentak lamunan Nelly. Segera kepala menoleh ke sisi bahu, memandang pintu bilik yang tertutup rapat.

"Nelly, abah panggil turun. Hari ni abah pergi kedai awal." Suara Uqasya di sebalik pintu.

Segera Nelly mencapai beg laptop dan disandangnya sebelum tombol pintu dipulas.

"Wah, manisnya dia hari ni!" Mulut Uqasya terbuka kecil seraya matanya memandang Nelly dengan pandangan mata yang kagum. Jarang mahu melihat Nelly mengenakan baju kurung!

Nelly memutarkan bebola matanya. Pagi-pagi lagi Uqasya sudah mahu mengusiknya!

"Ada apa-apa special ke hari ni?" Uqasya menyoal sambil berjalan beriringan menuruni tangga bersama-sama Nelly.

"Tak ada. Kenapa?" Balas Nelly, bersahaja.

"Pakai baju kurung hari ni? Ingatkan ada apa-apa majlis." Masih tidak terlepas pandangan mata Uqasya dari tubuh Nelly. Berkenan betul dia dengan baju yang dipakai oleh Nelly.

Nelly menoleh. Mata jatuh pada tubuh sendiri sebelum dia tersenyum kecil. "Nampak pelik ke pakai baju kurung? Nelly tukarlah, eh?"

"Eh, Nelly! Tak payah!"

Baru sahaja Nelly berkira-kira mahu berpaling dan naik semula ke bilik, lengannya ditarik oleh Uqasya. Berkerut kening adik tirinya itu.

"Cantiklah! Kenapa nak tukar pulak?"

Terjuih bibir Nelly. "Dah tu, Qasya soal macam-macam."

Uqasya terus sahaja ketawa. "Memanglah. Selama ni Nelly lagi banyak pakai blouse dan seluar. Jarang pakai baju kurung. Baju ni pun Qasya tak pernah nampak Nelly pakai sebelum ni. Mahunya Qasya tak pelik. Tapi serius, cantik tau!"

Barulah ada riak lega terpamer di wajah Nelly. Sisi baju dipegang lembut. "Betul ni cantik? Jangan tipu!"

Uqasya tersenyum dan mengangguk teruja. "Cantik gila! Manis sangat kakak Qasya ni hari ni!"

Uqasya mengeluarkan telefon bimbitnya dan dihalakan ke arah Nelly. "Nelly!"

Sebaik sahaja Nelly memandangnya, skrin disentuh dan gambar Nelly diambil secara candid.

"Eee... Qasya!" Nelly menderam geram. Cuba merampas telefon Uqasya namun gadis itu cekap melarikannya sambil ketawa-ketawa.

"Cantik betul kakak Qasya ni!" Skrin ditatap dan jarinya bergerak-gerak menatal skrin.

Nelly menjeling manja. Entah apalah akal si Uqasya tu!

"Tudung baru lagi?"

Uqasya sentuh hujung selendang yang dipakainya pagi ini. "Ini shawl yang Anas bagi hadiah hari tu lah. Yang masa Nelly keluar dengan dia tu. Ibu pun dapat sehelai tapi warna lain."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah Putus CintaWhere stories live. Discover now