6.0

43 6 2
                                    

Ali kerja ke?" Tubuh Ali yang sedang mendengar rakannya bercerita didekati.

"Princess!" Ada nada teruja terselit dalam suara kanak-kanak lelaki itu.

"Princess buat apa kat sini? Datang dengan siapa?"

"Tuuu," Amirah tunjuk Rania yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Wanita itu sedang berbual dengan seorang wanita lain yang berada di dalam ruang B ini.

"Uit, awek kau ke?" Rakan Ali bertanya.

Ali pandang Amirah dan rakannya sebelum dia menggeleng kepala laju. Wajahnya sudah memerah malu. "Bukanlah!"

Rakannya mencebik. Walaupun usia rakannya itu tua hampir sepuluh tahun dari Ali, jelas tak membuatkan Ali kekok. Malah, mereka jadi mudah rapat sejak mereka mula-mula masuk ke agensi ini. Lebih kepada direkrut, sebenarnya.

"Tapi kau panggil dia princess kut." Rakan Ali memberi alasan kukuh atas tuduhan dia yang tadi itu.

"Itu sebab nama dia memang princess. Puteri, Amirah, Princess. Semua sama maksud."

"Lah kau pergi bagitahu nama penuh dia dah kenapa?" Tindakan Ali ditegur oleh rakannya. Laju Ali menekup mulutnya apabila dia tersedar yang dia dah terlepas kata. Rakannya itu pula sekadar menggeleng kepalanya.

"Tak apalah. Kalau macam tu, aku Lucas. Masih training kat bahagian ni, tapi orang atasan kata aku sesuai dekat D01 sebab otak aku cerdik. Cuma kena try out semua divisyen dulu sebelum diorang decide aku dekat mana."

Amirah angguk kepalanya walaupun dia sedikit tidak faham dengan ayat Lucas tadi.

"Cina ke?" Itu yang ditanya oleh Amirah kerana wajah Lucas ada iras-iras Cina sedikit. Dia nampak kerana Lucas tak sembunyikan wajahnya di sebalik pelitup muka seperti kebanyakan orang di dalam bilik ini.

"Half."

"Kau kecik? Melayu ke Saleh?"

"Melayu kut."

"Dia mix. Mak dia Irish, bapak dia Melayu." Ali yang tolong jawabkan bagi pihak Amirah.

Kepala Lucas terangguk-angguk perlahan.

"So, aku panggil kau princess jugak?"

"Tak!" Laju Ali membantah.

Amirah angguk kepala mengeyakan pembantahan Ali. "Haah. Ali je boleh panggil princess. Lucas panggil Mirah."

Lucas sembunyikan senyumannya. Dari mata dia yang berusia 12 tahun ini, jelas menunjukkan yang Ali ada hati dengan Amirah. Sama juga di sebaliknya.

"Gerak dulu weh." Lucas pamit bersama beg sandangnya. Tangannya dilambai ke arah mereka berdua.

Ali dan Amirah sama-sama melambai ke arah Lucas.

"Ali, kita pun balik jom." Lengan Ali ditarik ke arah Rania yang sedang berborak sambil menunggu mereka berdua.

"Mama Nia, jom balik," ajak Amirah.

"Kerja Ali dah setel ke?" Rania menyoal Ali.

"Dah," jawab Ali. Dia mengerling sekilas pada tangan yang memegang lengannya itu sebelum dia menghadap ke hadapan semula. Pipinya mula hangat.

"Mirah tak nak jalan-jalan dulu? Tak nak tengok tempat kerja Mama Nia?"

Amirah geleng kepala tanda tidak mahu. "Mirah lapar," adu si kecil itu dengan wajahnya yang comel dan penuh kasihan sehingga mampu membuat Rania tertawa kecil lagi.

Ada-ada sahajalah, Amirah ni!

.

.

.

Semenjak dari hari itu, Amirah sering dibawa ke agensi oleh Rania. Pelbagai cerita dan sistem agensi telah Rania beritahu kepada anak kecil itu tak kira masa dan di mana, contohnya,

Agensi merekrut ejen dari yang berumur 7 tahun sehingga 40 tahun.

Setiap ejen akan diberikan latihan seni mempertahankan diri terdiri daripada silat, taekwondo dan judo.

Latihan yang menggunakan senjata bermula dari umur 16 tahun.

Setiap ejen akan melalui dan merasai pengalaman di setiap divisyen; D01, D02, D03, D04 sebelum mereka memilih atau agensi yang menetapkan divisyen yang sesuai untuk mereka.

Ejen dihantar ke misi-misi ringan pada usia kanak-kanak dan misi yang sedikit mencabar setelah mereka mampu dan handal menguruskan dan menyelesaikan misi.

Ejen wajib menyelesaikan 50 misi sebelum mereka berhenti menjadi ejen dan perkara ini mempunyai sebab yang tertentu dan hanya dikenakan pada ejen yang tertentu sahaja.

Kebiasaannya ejen-ejen lain hanya wajib menyelesaikan 20 misi sahaja sebelum mereka berpeluang untuk berhenti menjadi ejen dengan sebab yang munasabah.

Gajet ataupun alat kemudahan akan disediakan oleh agensi.

Tempat tinggal dan pendidikan juga ditawarkan dan ditaja oleh agensi kepada ejen yang tidak berkemampuan ataupun yang merupakan sebatang kara.

"Amacam? Amirah nak join tak nanti?"

Amirah sekadar senyum kecil. Cawan Milo yang sudah kosong itu dia pegang dengan berhati-hati. "Mall Rambo tu ada ke kat bandar Sri Kenchana?" Soalan berbalas soalan.

Rania berfikir sejenak. "Ada kalau tak silap Mama Nia. Kenapa?" Rania ambil cawan kosong itu dari tangan Amirah dan diletakkan ke dalam sinki dapur.

Amirah sengih. "Tak de pape. Kalau ada rezeki nanti Mirah join. Mirah nak tangkap orang jahat." Orang jahat yang dah bunuh mama, Amirah menyambung dalam hati.

"Oh ye Mama Nia. Kak Liya dah balik sekolah ke?"

"Dah. Tadi dah masuk bilik rasanya. Pergilah tengok."

Amirah akur lalu memanjat tangga ke bilik yang didiaminya bersama Aliya sejak kali pertama dia menetap di sini.

Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum dia memasuki ruang bilik. Aliya yang sedang melepaskan penatnya di sofa bilik dipandang lama. Takut-takut dia masuk ke dalam bilik.

"Kak Liya.." panggil Amirah.

"Ya sayang?" Aliya alihkan pandangan ke arah Amirah yang berada di muka pintu.

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah Amirah. Jarinya diramas-ramas.

"Kenapa ni?" Prihatin Aliya menyoal. Amirah yang sudah menunduk itu diberi perhatian seratus peratus.

"Mirah nak minta maaf sebab menangis haritu masa Kak Liya belikan aiskrim." Kepalanya diangkat dan matanya bertentangan dengan milik Aliya.

"Ya ampun sayang, tak apalah. It's okay. Mirah tak buat salah apa pun." Tubuh Amirah ditarik dan dipeluk sekejap.

"Sekarang ni Kak Liya nak tanya Amirah pula. Amirah dah okay ke?"

Amirah angguk kepalanya. Dia okay, buat masa sekarang.

"Betul okay? Kak Liya rasa hampir setiap malam Kak Liya dengar Mirah mengigau dan kadang tu sampai meracau. Amirah mimpi apa? Siapa yang takutkan adik akak ni?" Aliya tekup pipi Amirah. Ekspresi wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang risau. Hampir setiap malam dia dapat mendengar sayup-sayup suara Amirah yang dalam ketakutan. Kadang tu sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi dia.

"Hah?"

Ruthless [C]Where stories live. Discover now