4: VIDEO CALL

304 15 1
                                    

SESUAI seperti yang Tan Sri beritahu semalam, hari ini Maleeq dan juga Aryan telah tiba di pejabat untuk memenuhi undangan. Sebagai satu-satunya pengarah syarikat, beliau amat berbesar hati mengundang kedua jejaka tersebut datang ke syarikatnya. Langsung sahaja mereka dibawa menuju bilik pejabat Tan Sri layaknya tetamu terhormat.

"Selamat datang! Alhamdulillah. Tiba pun kamu berdua."  Senang hati Tan Sri menyambut ketibaan mereka. "Mari, ikut saya."

Maleeq sebenarnya masih kurang faham apa tujuan Tan Sri memanggil dia dan Aryan datang. Setahu dirinya masalah di syarikat sudahpun selesai. Lagipun Zahaedy sudah mengambil bahgian di syarikat tersebut. Sudah boleh dipastikan 95 peratus segala kepincangan seperti sebelum ini tak akan terjadi lagi.

Tapi memandangkan dia hormat akan ajakan si ayah mertua, sikitpun dia tak keberatan untuk sekadar hadir hari ini sesuai kemahuan beliau.

Tan Sri lalu membawanya dan juga Aryan keluar dari bilik pejabat. Maleeq tak tahu hendak ke mana. Dia dan Aryan ikut saja persis dua orang bodyguard.

Tan Sri lalu menunjukkan kepada mereka struktur organisasi syarikat beserta carta kedudukan pemegang jawatan. Nama beliau berada di atas sekali selaku director utama. Nama Zahaedy berada di carta nombor tiga sebagai salah satu pemegang saham. Carta nombor dua iaitu timbalan ketua pengarah masih tidak diisi. Katanya Tan Sri sendirilah yang selama ini mengendalikan sendiri.

Selanjutnya mereka dibawa juga ke bilik mesyuarat. Tan Sri turut mendedahkan dengan terinci tentang latar belakang serta perjalanan syarikat ini sehingga kini telah mempunyai cabang di beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Maleeq dan Aryan termangut-mangut kagum.

Tak lupa, mereka juga diperkenalkan kepada para staf serta meninjau-ninjau ke ruangan kerja. Tan Sri meminta para staf untuk memberi perhatian barang sejenak.

"Terima kasih atas perhatian kamu semua. Hari ini saya nak perkenalkan kepada kamu semua, ini dia menantu saya. Maleeq Al-Habsi namanya. Mulai dari hari ini, dia akan mengendalikan jawatan timbalan ketua pengarah dalam syarikat kita. Jadi, saya harap kamu semua dapat membantu dan bekerjasama dengan dia," jelas Tan Sri.

Riuh tepukan tangan daripada para staf yang turut senang dengan masuknya menantu Tan Sri tersebut bergabung di syarikat ini.

Maleeq selaku yang bersangkutan tentu saja terperanjat. Apa semua ni?

Selesai sesi perkenalan tersebut, Maleeq lalu dibawa untuk melihat ruangan pejabat timbalan ketua pengarah. Ruangan yang besar, cantik dan mewah, tak kalah dengan pejabat Tan Sri sendiri.

Paling memeranjatkan, di atas meja sudah sedia tertera namanya terukir kemas di papan perspek lutsinar. Maleeq benar-benar tak faham dengan semua ini. "Maaf daddy. Kalau boleh saya tahu, apa semua ni?" tanyanya.

Tan Sri tersenyum lantas berkata, "Kenapa? Kamu tak suka?"

"Bukan begitu, daddy. Tapi..." Dia kehilangan kata.

Tan Sri lepaskan keluhan lantas bergerak agak ke depan. "Daddy ni tak ada anak lelaki. Ada anak perempuan pun seorang saja, itupun tak mahu tahu pasal urusan syarikat. Jadi, daddy sangat meletak harapan kepada menantu, supaya dapat membantu daddy menguruskan syarikat ini. Kamu keberatan ke?"

Aduh, serba salah pulak jadinya. Maleeq hanya tergaru-garu kepala. "Tak! Bukan begitu, daddy. Saya cuma..."

"Kalau kamu tak keberatan, bolehlah kamu bantu daddy, kan? Sudah lama daddy siapkan ruangan pejabat ini untuk jawatan timbalan ketua pengarah. Setelah kamu rasmi menjadi menantu daddy, barulah boleh pasang nama kamu di situ," terang Tan Sri.

Maleeq betul-betul speechless. Dia jadi bingung hendak menunjukkan reaksi. Yang jelas semua ini betul-betul membuatnya serba salah. Mampukah dia pegang jawatan sebesar ini?

NIKAH GANTUNGWhere stories live. Discover now