19: HONEYMOON

673 11 0
                                    

PERODUA Kancil lusuh berhenti di hadapan rumah papan di tengah lebatnya hujan. Asap putih berkepul-kepul keluar dari ekzosnya. Bunyinya juga sudah tidak enak didengar. Sementara penghawa dingin pula sudah lama tidak berfungsi.

Gadis itu keluar dari perut kereta tersebut selepas terkial-kial menaikan cermin tingkap manualnya. Cepat dia berlari masuk rumah sambil memayungi kepala menggunakan tapak tangan. Cuba melindungi diri dari curahan hujan yang sebenarnya langsung tidak membantu.

"Assalamualaikum." Buru-buru langkah diatur masuk ke rumah. Pakaiannya pun sudah basah. Beg plastik yang dijinjing terus dibawa ke dapur.

"Hanna! Ya Allah, basah kuyup anak ibu. Mari sini." Najwa keluar dari dapur dan mendapatkan anaknya yang baru pulang.

"Nah ibu! Minyak masak dengan pewarna kuning. Plastik pembungkus kecil tak ada," ujar Hanna.

Bungkusan plastik diterima oleh Najwa lalu diperiksa isinya. "Ala, tak ada ke plastik kecil? Aduh, macam mana nak bungkus kerepek nanti? Hanna tak cuba pergi cari kat kedai runcit ke?"

"Susahlah ibu. Hujan! Sudahlah kereta tu tak ada aircond, lepas tu semput-semput lagi. Tak dapat Hanna nak pergi sana."

Najwa melepaskan keluh seketika. Dia faham benar dengan rungutan anaknya. Kereta peninggalan arwah suaminya itu sememangnya sudah sangat uzur. "Nanti ibu ada duit, Hanna hantar kereta ke bengkel Adam ya. Suruh dia repare apa yang patut."

"Tak payahlah ibu." Hanna menolak cadangan tersebut. Sepertinya dia mempunyai rancangan berbeza.

"Ibu! Apa kata kalau kita balik KL je? Sini susahlah ibu, nak dapat kerja," luah Hanna.

Najwa tidak langsung menjawap melainkan merenung wajah anaknya. Sayu sekali. "Ibu faham, Hanna. Bukan ibu tak mahu. Tapi Hanna pun tahu kan, rumah kita di KL sudah disita sebab ibu tak mampu bayar. Sini sajalah tempat tinggal yang kita ada buat masa ini."

"Kita boleh sewa rumah dulu, ibu. Bila Hanna dah dapat kerja yang elok, nanti kita cuba bayar balik slow-slow rumah tu."

"Ibu tahu. Tapi nak pindah pun kita perlukan kos. Nak bayar deposit rumah di KL sekarang ini bukannya murah. Mahu tak mahu, kita kena tinggal dulu di sini."

Hanna tertunduk muram usai mendengar penjelasan ibunya. Peritnya hidup selepas pemergian ayah. Mujur ayahnya masih meninggalkan rumah pusaka ini untuk mereka huni. Jiran-jiran juga baik, tidaklah mereka merasa sunyi meski tinggal di pendalaman.

Rasanya Hanna perlu melakulan sesuatu. Tak boleh dengan hanya mengharapkan pendapatan ibu.

"Ermm, ibu! Ibu ada cadangan tak mana Hanna nak cari kerja buat sementara ini? Setakat pendapatan ibu, cukup tu memang cukup. Tapi cukup-cukup makan jelah," ujar Hanna.

Najwa faham dengan apa yang anaknya cuba sampaikan. Dia menguntum senyuman lalu mengusap bahu Hanna Mariyam.

"Apa kata Hanna cuba pergi tanya dekat klinik desa tu? Ibu tengok kat sana masih kekurangan tenaga," usul Najwa.

Terbit senyum di bibir Hanna serta merta. Memang benar kata ibunya. Klinik desa itu masih kekurangan tenaga. Apa salahnya jika dia turut menyumbang tenaga menjadi salah satu kaki tangan. Meski hanya klinik desa, tapi daripada tidak ada, itukan jauh lebih baik?!

***

HQ Simphony. Pemuda itu masih kerungsingan di depan kompiuter. Cubaan mencari maklumat menemui jalan buntu. Puas sudah dia jejaki, maklumat yang dia mahu masih gagal dijumpai.

"Alamat, ada dah. Nombor telifon ni, apa yang susah sangat nak dapat? Ada pun nombor telifon lama. Bila didial tak ada pemilik pulak. Haih!" Bercakap sorang-sorang itu biasa, lagi-lagi bila tengah kusut macam ni. Bukan sebab gila atau apa. Saja nak lepaskan perasaan.

NIKAH GANTUNGWhere stories live. Discover now