38: GERAK HATI

173 10 0
                                    

KALAU tidak salah, rasanya sudah beberapa hari Aryan berangkat ke Sabah. Khabarnya hanya sehari saja di sana buat mengesahkan orang yang dijumpai itu adakah Maleeq atau bukan. Puteri masih setia menunggu perkhabaran baik tersebut disampaikan kepadanya. Namun hingga kini tak ada siapa datang ke rumah. Baik Zahaedy mahupun Aryan, mereka tak ada datang buat melaporkan hasil penyiasatan mereka kepada Tan Sri macam selalu.

Kenapa? Apa yang telah berlaku? Adakah Aryan gagal menemui orang itu? Ataukah, orang tersebut memang bukan Maleeq?

Kalau pun benar ia bukan Maleeq, sepatutnya Aryan perlu memberi khabar supaya Puteri tidak ternanti-nanti.

Tapi jika benar ia bukan Maleeq, adakah Puteri sudah sedia menerima kenyataan pahit tersebut?

"Abang! Di mana abang sekarang? Puteri rindu. Anak abang dalam perut ini sudah semakin membesar. Tidakkan abang teringin menyentuh dia?"

Begitulah rintihnya setiap kali dia mengusap perut yang semakin membesar. Siapa dapat meneka keadaan akan menjadi seperti ini, sedangkan dia dan Maleeq adalah pasangan paling sempurna. Baru sahaja mereka berdua dapat mengecapi nikmat bahagia, tetapi segalanya telah musnah dalam sekelip mata.

"Tidak!" Puteri buru-buru mengesat air matanya. Bangkit dari duduk lantas berdiri tegak.

"Aku kena jumpa Aryan. Aku perlu tanya pada dia adakah dia berjaya menemui orang itu atau sebaliknya? Walaupun kenyataan pahit aku perlu telan, tapi setidaknya aku tak tertanya-tanya lagi."

Memangdangkan Aryan mahupun siapa sahaja tak ada datang melaporkan apa-apa, Puteri nekad mahu menemui Aryan di pejabat hari ini. Dia mahukan jawapan. Dia mahukan kepastian. Walaupun perit untuk menerima kenyataan, namun setidaknya dia harus tahu titik noktahnya.

SEMENTARA itu di pejabat...

"Wei, bodoh! Main kotor kau eh? Tak guna kau," maki Aryan.

"Ala, tak tahu main cakap jelah tak tahu." Bad memberi reaksi santai.

"Wei, janganlah kepung aku. Aku baru nak capai target ni."

"Mana ada aku kepung kau. Orang lain tu."

"Kepala hotak kau, orang lain. Aku kenal username kau ni, bodoh! Bad, blahlah."

"Hahaha! Padan muka kau."

"Aryan!"

"Hah?"

"Oh, mak kau meletup!" Sampai tercampak telifon bimbit dari tangan Bad.

Aryan pula sudah tak menghiraukan perjalanan gamenya dan dibiarkan melanggar dinding sehingga game tamat. Padahal sikit lagi dia nak mencapai target. Terpaksa dia perlu ulang dari awal semula di permainan akan datang.

Tidak! Mereka mungkin tak dapat meneruskan game buat masa ini. Tumpuan mereka kini terarah pada kemunculan seseorang yang menerobos masuk begitu sahaja ke bilik pejabat tersebut. Aryan dan juga Bad saling berpandangan tak tahu nak berkata apa. Air liur diteguk perit ketika menoleh semula ke arah tetamu tak diundang tersebut.

"Er, Yan. Aku gerak dulu eh. Abang ZD panggil aku tadi. Aku lupa." Bad sudah mencipta helah.

Aryan buru-buru menarik tangan Bad. "Kau nak gi mana? Tunggulah sini," bisik Aryan. Ditekan suaranya.

"Ala, kau ni. Aku nak jumpa Abang ZDlah." Bad terus berdesup keluar tak hiraukan panggilan Aryan. Selamat! Pandai-pandailah Aryan hadap sendiri. Ini idea dia, kan!

***

Beberapa hari yang lalu di markas ZMA. "Aku rasa dekat sini jelah kita patut bincangkan strategi ni. Dekat office kita jangan buka cerita langsung tentang hal ini. Kita buat relax, seolah-olah kita tak terpengaruh apa-apa," kata Aryan. Berhadapan Zahaedy dan juga Bad, mereka berbincang mengenai strategi berikutya.

NIKAH GANTUNGWhere stories live. Discover now