BUKAN tanpa sebab Maleeq asyik ulit isterinya hari-hari. Dia tahu bila dah start kerja ni dia akan jarang di rumah. Itu belum kira kena outstation lagi. Jadi bila tengah ada masa tu, dia pun all out kerjakan Puteri. Hahaha!
Macam hari itu, dia kena terbang ke Indonesia. Lama juga di negara jiran tersebut. Tiga hari di Jakarta, terus terbang ke Jogja. Kemudian ke Bali pula. Lima hari di Bali barulah terbang balik KL.
Nak buat macam mana, dia dah terlanjur menggalas tanggungjawap dari bapa mertua. Walaupun berat nak tinggalkan isteri, kenalah tabahkan hati.
Nasib baik Aryan ada dibawa sekali. Tidaklah cik bini tu curiga sepanjang masa. Itupun tak putus dengan video call. Apa sahaja aktiviti di sana kena bagitahu Mrs. Queen dulu. Dah upgrade jadi queen kan sekarang. Maleeq kenalah patuh. Huhuhu!
Baru petang semalam kembali dari Indonesia, pagi-pagi lagi Maleeq perlu tiba di pejabat. Klien dari Tokyo sudah mendarat dan mahu berjumpa. Memang banting tulang betul-betul dia kali ini. Nak rehat pun tak sempat.
Tak apalah, tenaga muda. Cukup sudah bulanmadunya. Sekarang waktunya untuk mengerah tenanga. Sampaikan isteri ajak sarapan pun tak dapat dilayan. Dia perlu tiba di ofis lebih awal. Tak suka membiarkan orang menunggu. Biar dia menunggu tak apa.
Monyok jugalah muka Puteri. Sudahlah baru semalam berjumpa, awal pagi lagi dah kena tinggal pergi office. Hurm!
Aha!!! Puteri mendapat satu idea.
Memandangkan belum puas rindu dengan suami, apa kata kalau dia buat kejutan saja? Hurm... Sounds good!
Akhirnya Puteri datang berjumpa mommy untuk bertanyakan resepi-resepi masakan yang paling Maleeq gemari. Dia mengoyak senyum bila mommy bersedia membantunya memasak.
Asam pedas ikan pari. Salah satu menu yang suaminya paling suka. Puteri tak ragu-ragu memilih menu tersebut untuk dimasak siang ini. Tak sabarnya nak buat surprise untuk cik abang.
Bergodek di dapur dengan mommy, akhirnya siap juga masakannya. Puteri langsung bergegas ke bilik untuk mempersiapkan diri.
Tepat 12 tengahari, Puteri datang berjumpa pemandunya Abang Saad untuk minta dihantar ke pejabat. Excited nak buat surprise untuk suami. Harap-harap suaminya suka.
Satu tengahari, Maleeq baru kembali ke pejabat selepas keluar sebentar bersama Aryan dan Bad. Berasa aneh melihat keududukan kerusi terbalik menghadap ke belakang. Perasan tadi elok je masa dia tinggalkan.
Dia tak punya banyak masa untuk berfikir. Lebih baik dia cepat masuk dan periksa.
"Surprise!"
Lah! Ada orang rupanya. Patutlah. "Princess! Terkejut abang, tau. Bila sayang sampai ni?" Lebar senyumnya menghampiri isteri.
"Tadi lagi. Lama Puteri tunggu abang. Abang dari mana?" Ketibaan suami langsung disambut riang.
"Abang keluar lunch tadi dengan Yan. Tak sangka pula sayang datang," beritahunya. Senyum mekar tanpa rasa bersalah.
Tapi, mendadak senyumnya pudar bila raut wajah isteri sudah berubah. Kening sudah mencondong, muka pun menjadi mendung. Alamak! Kenapa ni? Ada yang tak kena ke? "Princess! Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?"
Sikit lagi nak menangis. Puteri lalu memberitahu. "Tahu tak? Puteri datang sini nak buat surprise untuk abang. Puteri nak ajak abang lunch sama-sama. Penat Puteri masak asam pedas ikan pari kegemaran abang. Iyalah, sekarang kan abang asyik busy je."
Lah! Macam tu pulak? Aduh, macam mana ni? Jenuh Maleeq pusing otak nak pujuk isteri biar tak merajuk. "Iya ke? Kenapa sayang tak bagitahu?"
"Bukan surpriselah namanya kalau bagitahu. Dahlah! Puteri nak baliklah kalau macam ni."
YOU ARE READING
NIKAH GANTUNG
RomanceRumahtangga yang baru dibina oleh Maleeq dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas menjalani akad nikah mereka berdua masih belum dibenarkan untuk tinggal sebumbung oleh ayahnya. Tapi kenapa? Ada syarat yang Tan...