47: SENTIASA DI SISI

224 12 2
                                    

SESI kaunseling dan pemeriksaan rutin sudahpun selesai. Puteri cukup berpuas hati dengan layanan Dr. Raudah yang tak lokek memberi tips bermanfaat untuk dirinya dan kandungan.

Syukur semuanya baik-baik saja. Tiada sebarang komplikasi yang menjejaskan kesihatan Puteri sepanjang kehamilan.

Cuma, tulah! Dr. Raudah belum pernah sekalipun melihat suami Puteri. Apabila Puteri datang bersama Aryan, maka dia itulah yang disangka suaminya. Ketika Puteri menerangkan bahawa Aryan bukanlah suaminya, Dr. Raudah berasa sangat bersalah dan malu sekali. Maka buru-buru beliau meminta maaf.

Puteri faham. Biasalah, misunderstanding kan. Cuma, malu tu tetap malu. Lagi-lagi dengan Aryan. Sampai lari budak itu keluar. Aduh, kesihan! Apalah dia fikir kan?

"Ehem! Dah siap ke?"

Terkejut Puteri. Menoleh ke belakang, Aryan sudah ada di situ. Muka yang terasa bahang automatik termerunduk. "Dah," ringkasnya.

"Puteri, ada nak ke mana-mana lagi?"

Puteri languikan pandangan, tapi hanya sekilas. Dia menggeleng perlahan yang membawa maksud dia tak ada tujuan ke mana-mana lagi.

"Kalau macam tu nak terus balik saja ke?" soal Aryan lagi.

Puteri mengangguk.

Aryan faham bahasa tubuh yang Puteri tunjukkan. Dia sendiri pun masih tak habis kekok lagi pasal tadi. Maka langkah Puteri segera diekori. Dia kini tak ubah umpama seorang bodyguard yang mengawal Puteri ke mana-mana.

Kalau dulu, tugas itu Maleeq yang menggalas, yang akhirnya disudahi dengan bersatunya mereka bedua sebagai suami isteri. Untung betul si Maleeq tu kan.

Tapi sekarang, Aryan pula yang kena take over tugasan tersebut. Tetapi ianya demi Maleeq juga. Tak lebih dari itu.

Risau tu memang risau. Adalah, sikit! Risau pada dirinya sendiri sebenarnya, takut tak dapat mengawal perasaan. Sebab, siapa yang berani menafi bahawa Puteri Zaharah ini adalah seorang yang sangat cantik? Kalau tidak, masakan lelaki berhati kering macam Maleeq itu boleh kecundang?

Cantik! Memang sangat cantik. Lagi-lagi sedang berbadan dua begini, kesihan sekali melihat raut wajahnya. Tak sepatutnya wanita secantik Puteri ditinggalkan tanpa perlindungan dari seorang lelaki.

Tapi tak apa, buat masa ini Aryan boleh tolong jaga. Cuma, puas juga Aryan berpesan pada diri sendiri, jadi bodyguard semata-mata ya. Jangan sedikitpun ada hati nak melirik Puteri pula. Tercabut kepala dari badannya nanti bila Maleeq sudah kembali. Ugh, jangan cari pasal.

"Naurah?" Meletus nama itu dari bibir Puteri.

Langkah mereka terhenti di tengah-tengah hall lobby. Puteri melihat Naurah bersama papanya sedang masuk dengan tergesa-gesa.

"Eh, nak ke mana mereka tu?" Aryan turut tertanya-tanya melihat sikap Zahaedy yang sedang cemas.

Tanpa berfikir panjang, Aryan dan juga Puteri mengurungkan niat untuk keluar. Mereka berpatah balik yakni mengejar Zahaedy dan anaknya.

"ZD, kenapa ni?" tegur Aryan.

Barulah Zahaedy memberi respond. "Aryan. Puteri. Kau orang dekat sini?"

Puteri sudah mendapatkan Naurah yang kelihatan panik dan hampir menangis. "Naurah sayang. Kenapa ni? Naurah okey ke?"

Sebentar Naurah menggosok matanya yang sudah mula basah. "Kak Puteri, mama..."

"Mama kenapa? Mana mama?"

"Kau orang buat apa kat sini?" soal Zahaedy.

"Aku hantar Puteri check-up. Kenapa ni, ZD?"

NIKAH GANTUNGWhere stories live. Discover now