SUATU ketika dahulu...
Sebuah kereta mewah telah berlabuh di hadapan universiti antarabangsa terkemuka di Malaysia. Seorang pelajar lelaki telah keluar dari kenderaan tersebut. Langkah diatur dengan penuh bergaya. Sesiapa sahaja yang berpapasan pasti tak mungkin dapat mengalihkan pandangan berkat auranya yang bersinar bak kilauan suria.
Dialah, Tengku Mukhriz. Anak tunggal kepada Tengku Jaafar pemilik utama Legacy Hotel. Merupakan pelajar paling popular di Universiti tersebut, terutama sekali di kalangan pelajar-pelajar wanita.
Dengan rupa paras yang elok serta darjat yang dia miliki, sudah tentu dia amat digeruni serta disegani. Dan dia cukup bangga dengan apa yang dia miliki itu.
Namun, itu cerita dulu. Segalanya berubah seiring beredarnya waktu. Zaman kegemilangan Tengku Mukhriz perlahan malap. Lama kelamaan namanya tak lagi menjadi bualan para gadis-gadis di universiti tersebut. Dia sungguh tercabar, kerana ianya bukan berlaku tanpa sebab.
Kemunculan seorang pelajar baru telah merampas segalanya, sehingga nama Tengku Mukhriz kian tenggelam hari demi hari.
Khabarnya, pelajar baru tersebut datang dari keturunan terhormat serta warak beragama. Dialah Maleeq Al-Habsi. Semenjak pelajar itu masuk ke kampus ini enam bulan yang lepas, namanya mula naik sehingga berjaya menduduki carta nombor satu sebagai pelajar paling dikenali di kolej itu.
Wajah kacukan Melayu + Timur Tengah miliknya telah menjadi igauan para pelajar wanita. Bahkan dia juga menjadi plajar favorite dan kerap mendapat pujian atas prestasinya.
Maleeq Al-Habsi, merupakan putera kepada tokoh ternama dari dataran Arab bernama Syeikh Omar Al-Habsi. Seorang tokoh agamawan yang telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita tempatan yang kala itu sedang menjunjung tugas sebagai duta di negeri Qatar.
Maleeq Al-Habsi amat disanjungi dan dipuji atas perilakunya yang baik. Menjadi idola kepada para pelajar lain, bahkan dia sempat menjadi ikon universiti apabila wajahnya kerap muncul pada setiap iklan di kaca tv mahupun papan billboard.
Sebagai pelajar yang telah lebih dahulu menyandang gelaran popular tersebut, tentu saja Tengku Mukhriz tidak dapat menerima kenyataan itu. Bagus sangatkah mamat ni? Sampaikan mukanya saja yang keluar di iklan. Dirinya saja tak ada pun sampai terpilih menjadi ikon seperti itu. Tiba-tiba budak baru yang konon-konon terpaling bagus ni datang cross the line. Ini langsung tak boleh diterima.
Tengku Mukhriz bertambah panas hati apabila Nadine kekasihnya turut serta mengagumi pelajar baru tersebut, tentu saja dia tercabar egonya.
Bagi Mukhriz, darjatnya jauh lebih tinggi berbanding si Maleeq Al-Habsi entah apa-apa tu. Mana boleh sampai dia kalah saing dengan dia tu.
Maka, muslihatnya bermula untuk menjatuhkan reputasi saingannya serta merampas semula takhta sebagai pelajar TOP di kolej tersebut. Mukhriz lalu datang berjumpa Nadine kekasihnya.
"Baby! I nak tanya you something. Dan I nak you jawap jujur pada I," kata Mukhriz.
"Yes, honey. What happen?" Nadine perlihatkan senyuman manisnya.
"I tahu You sedang minat dekat mamat perasan bagus tu. Betul kan?" Dia main serkap jarang.
"Mukhriz, apa you cakap ni?"
"Ala, tak payahlah nak berdolak-dalik dengan I. I tahu setiap kali you pandang dia, reaksi you teruja lain macam. You ingat I buta ke?" Mukhriz mula berkata kasar.
"Mukhriz! You tak ada hak tuduh I macam tu. I sudah ada you. Kalau pun I pandang dia, I cuma kagum sahaja, tak lebih daripada itu."
"Dari kagum tulah lama-lama jadi suka. You pun sama ke nak jadi macam perempuan-perempuan sundal tu semua?"
YOU ARE READING
NIKAH GANTUNG
RomanceRumahtangga yang baru dibina oleh Maleeq dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas menjalani akad nikah mereka berdua masih belum dibenarkan untuk tinggal sebumbung oleh ayahnya. Tapi kenapa? Ada syarat yang Tan...