KEDIAMAN Tan Sri Baharudin sudah meriah seawal jam 9:00 pagi lagi. Saudara mara sudah berdatangan, dapur pula meriah dari semalam oleh krew merewang. Majlis tidaklah terlalu besar. Tapi memandangkan Tan Sri adalah orang berkenamaan, sikit katanya tu tetap juga ramai.
Pengantin lelaki juga telahpun tiba. Selanjutnya, para hadirin dipersilakan duduk dengan tertib di hall utama dengan beralaskan permaidani mewah.
Maleeq sebagai pengantin juga telah dipersilakan duduk di tengah-tengah didampingi kedua sepupunya yang bertindak selaku saksi untuk hari bersejarahnya ini. Sesekali dia menjengah ke arah tangga mengintai mempelai wanitanya yang masih tak kunjung tiba. Tak sabarnya nak tengok si dia. Mesti cantik gila.
Tak lama selepas itu, Puspa muncul di tangga sambil memimpin Puteri turun dengan berhati-hati.Maleeq mula mengukir senyuman meski debar masih tak hilang. Seperti yang telah dia jangka, wanita yang bakal dipersuntingnya itu sungguh menawan umpama bidadari. Maleeq sampai lupa nak kedipkan mata.
Pakaian Puteri hari ini tidaklah terlalu sarat sebagai seorang pengantin. Sederhana saja. Hanya mengenakan baju kurung putih dari kain songket yang ditenun dengan benang sutera. Ia terlihat sungguh elegan membalut kemas di badannya yang ramping.
Ditambah dengan sentuhan make-up natural look oleh MUA yang berpengalaman, membuatkan wajah Puteri yang terselindung di balik hijab putih semakin menyerlah serinya.
Puteri diapit oleh Puspa dan Naurah untuk dibawa duduk di atas pelamin sederhana yang sempat mereka siapkan ala kadar sahaja. Namapun majlis tiba-tiba, kan. Guna saja apa yang ada dulu. DIY sendiri jadilah pelamin.
Puan Sri datang lalu membantu Puteri memperkemaskan kedudukan serta pakaian supaya nampak cukup anggun sebagai pengantin. Menanti detik-detik ijab qabul, hati berdebar membuat dahinya mula berkeringat.Kalau Puteri saja sudah berkeringat, apatah lagi Maleeq yang bakal mengucapkan kalimat ikrar di hadapan orang ramai. Mesti dia lagi tak senang duduk.
Tan Sri Baharudin telah bersila duduk berhadapan dengan Maleeq, sedia untuk melakukan ikrar Ijab dan Qabul yang akan dilakukan oleh dirinya sendiri.
Tan Sri lantas dipersilakan oleh tuan qadi untuk memulakan acara. Beliau lalu mula mentautkan salamnya dengan sang bakal menantu."Bismillahirrahmanirrahim!"
Sebenarnya Tan Sri pun gemuruh juga. Iyalah, first time jadi juru nikah, kan. Nak kahwinkan anak sendiri pulak tu. Tapi beliau perlu mengusir gundah itu agar bakal menantunya tak terikut-ikut gemuruh sama.
"Wahai Maleeq Bin Omar Al-Habsi." Tan Sri telah yakin untuk memulakannya.
"Saya!" Peluh sudah mula menitik di kepala. Tetapi dia perlu tegas melantangkan suaranya.
"Aku nikahkan dan aku kahwinkan kamu dengan anak kandungku yang bernama Puteri Zaharah Binti Baharudin, dengan maskahwin berupa wang sebanyak RM1000 ringgit dibayar tunai."Tan Sri menggerakkan tanganya selepas menyelesaikan kalimat tersebut. Ianya sebagai isyarat kepada Maleeq untuk segera menjawap ikrar.
Aduh, time-time nilah nervous ni menjadi-jadi. Gigil tak boleh bawa bincang, tuan hamba!Tapi, Maleeq tak boleh kalah oleh gemuruh yang mengganggu. Ikrar perlu segera diselesaikan. "Aku terima nikahnya Puteri Zaharah Binti Baharudin dengan maskahwin... Errr. Aah!"
Maleeq merapatkan kelopak mata erat-erat. Gigi geraham mengigit kuat. Muka yang sudah memerah ditunduk cepat. Ikrar ijab dan qabul gagal dilafazkan. Kecewa hati bercampur malu. Segan nak pandang bakal isteri. Adui!
Nasib baik para hadirin tetap tenang dan sabar menanti. Malah turut memberi sokongan pada Maleeq supaya tidak perlu gemuruh lagi. Iyalah, semua orang pun faham. Biasalah tu, first time nak jadi suami orang.
"Bertenang, Maleeq. Kawal gemuruh kamu. Tarik nafas dulu, jangan terburu-buru." Tan Sri turut tak lupa memberi kata semangat. Kekal mentautkan salam, Tan Sri telah sedia untuk memulakannya kembali.
Perlahan Maleeq menghela nafas dan menghembusnya sedikit demi sedikit. Hati yang gemuruh cuba dikawal supaya bertenang. Wajah diangkat untuk membertemukan pandangan dengan ayah mertua. Dia perlu berani bertentang muka dengan lelaki itu. Buang segala rasa segan, anggap saja macam biasa. Okey, ready!
"Wahai Maleeq Bin Omar Al-Habsi." Suara Tan Sri kali ini lebih lantang berbanding tadi.
"Saya!"
"Aku nikahkan kamu dengan anak kandungku yang bernama Puteri Zaharah Binti Baharudin, dengan maskahwin sebanyak RM1000 Ringgit, tunai."
Nafas yang ditarik kemudian ditahan. Ianya lalu dilepaskan bersamaan dengan kalimat yang telah sedia dirankai. "Aku terima nikahnya Puteri Zaharah Binti Baharudin dengan maskahwin RM1000 ringgit tunai."
Suasana menjadi hening sejenak. Nampaknya lafaz ikrar telah berjaya disempurnakan. Tapi para hadirin kekal senyap, sabar menunggu dengan wajah tegang.
YOU ARE READING
NIKAH GANTUNG
RomanceRumahtangga yang baru dibina oleh Maleeq dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas menjalani akad nikah mereka berdua masih belum dibenarkan untuk tinggal sebumbung oleh ayahnya. Tapi kenapa? Ada syarat yang Tan...