C66

2.1K 266 102
                                    

KELELAHAN, Nufa rebahkan badan ke atas katil. Tak peduli dengan persalinan sanding yang masih tersarung di tubuh. Majlis ditinggalkan seketika. Alasannya nak buat persiapan Asar, tapi Asar lagi 20 minit. Bagi dia lepaskan lelah seketika.

Tetamu? Biar lah Nadhif yang melayan. Lagipun yang ada sekarang ini pun kawan-kawan Nadhif. Lelaki, dan Nufa tak mahu ambil tahu siapa. Lagi mahu lari ada lah!

Boleh pula di depan kawan-kawan, Nadhif makin eratkan genggaman tangan. Dan makin mengada! Macam memang nak tayang dirinya sebagai isteri pun ada! Melampau benar! Merah pipi bila ingat semula.

"Gedik betul." Pipi yang dah hangat disentuh beberapa kali.

"Dah, dah! Lelap kejap jom, Nufa." Ajak diri sendiri, Nufa mula tarik bantal merapat.

Baru sahaja nak rebahkan kepala, pintu bilik kedengaran dibuka. Terus mata tertumpu di situ dan... chak! Ada Nadhif yang sedikit mengintai ke dalam.

Senyum tawar Nufa jadinya. Makin tawar bila Nadhif masuk ke dalam bilik dan tutup pintu.

"Kawan-kawan kau dah balik?" Soal Nufa seraya rebahkan kepala di atas bantal. Menoleh kemudiannya pandang Nadhif yang berdiri di hujung katil.

Macam biasa. Wajah tanpa riak itu kekal ada walau mata tepat memandangnya lembut.

'Suami... cuba senyum. Kat depan bukan main sengih.' Omel Nufa tidak puas hati.

"Hmm?" Nufa gumam bila Nadhif tidak memberk jawapan.

Menggeleng kecil, Nadhif beri jawapan. "Belum."

Nufa mengangguk mengerti. Kemudian diam sambil pandang Nadhif yang dah mula tanggalkan tanjak di kepala.

"Kata nak solat. Apasal terbaring kat sini pulak?" Tanya Nadhif. Tanjak diletakkan di atas meja sebelum dia kembali berdiri di hujung katil. Mata pandang Nufa.

Menjemput betul yang seorang ini. Selamba yang amat! Tahan diri Nadhif dibuatnya.

Nufa menggeliat kecil tanpa perasan Nadhif yang dah alih pandang daripadanya. Bila mengiring pandang arah Nadhif, lelaki itu cekak pinggang sambil usap wajah.

Hairan namun Nufa buat tidak endah. Biasa lah Nadhif. Memang hobi suka buat perkara yang Nufa malas nak fikir dalam-dalam.

"Kejap lah. Azan tak lagi. Nak lelap sepuluh minit. Penat lah kahwin." Adu Nufa, natural manja.

Terhenti terus tangan Nadhif yang ingin membuka butang baju melayu. Nufa yang dah mula lelapkan mata dipandang dengan senyuman kecil.

"Comel sungguh lah gedik-gedik macam ni." Sedikit sinis Nadhif lontarkan bicara. Buat mata Nufa yang terpejam tadi kembali terbuka.

Tajam mata memandang Nadhif yang dah senyum senget.

"Nak abang urutkan?" Soal Nadhif, antara serius dan bergurau. Rasanya lebih kepada bergurau kerana elok tawa halus mengiringi kata-katanya tadi.

"Euwwww!!!" Laju Nufa bangun dari pembaringan. Tangan dah naik menutup telinga dan muka dah pasang riak jelek. Serong pandangannya kepada Nadhif.

Lihat riak jelek Nufa, Nadhif hamburkan lagi tawa. Tawa besar sambil kepala menggeleng kecil. Suka bila dapat mengusik Nufa.

Seketika Nufa terkaku sejenak. Riak jelek tadi beransur hilang diganti dengan riak kedu. Sambil tu mata tak lepas pandang wajah tawa Nadhif.

Aduh. Apasal mamat ni tiba-tiba kacak pula?

Habis tawa, Nufa dipandang. Ssnyum senget bila mata bulat itu terkelip-kelip memandangnya.

"Kata nak tidur, Huwainaa sayang. Yang tengok aku lagi kenapa? Nak abang dodoikan pula ke?" Nadhif mengusik lagi.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now