C95

1.6K 217 72
                                    

PENAT berdiri, Nufa ambil duduk di bangku berhampiran. Jam tangan dikerling sekilas sebelum butik mewah di hadapannya ini dipandang kosong.

Hari ini, hari nekad Nufa. Dia tak mahu jadi bayang-bayang lagi. Sudah beberapa hari mengintip Mifzal dan si gadis yang dikenali dengan nama Qaseh bersama Sayf, hari ini hari penamatnya. Ayesha pun tak sudah-sudah menganggunya.

Nufa penat. Dan Nufa nak cepat tamatkan semua ini. Dan kerana itu, dia menunggu Qaseh di hadapan butik ini, tempat gadis itu berkerja.

Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Dah rancang, kalau nampak kelibat Qaseh keluar untuk makan siang, Nufa akan terus jumpa. Tinggalkan aje Sayf yang tak pulang-pulang dari tandas sedari tadi.

Sedang Nufa menunggu, terasa ada getaran pada poket baju kurungnya. Tak tunggu lama, tangan seluk masuk untuk bawa keluar telefon yang bergetar minta perhatian.

Wajah yang sedari tadi suram dah ada seri bila lihat nama si pemanggil. Semestinya yang boleh buat dia senyum begini, Nadhif Hamza. Suami kita awak-awak semua.

Tanpa lengah, ikon hijau digesek lalu telefon dilekapkan rapat ke telinga.

"Assalamualaikum." Ucap Nufa terlebih dahulu. Tanpa sedar, kaki dah berayun ke depan dan ke belakang sendiri.

"Waalaikumussalam, Nufa Huwainaa." Suara garau Nadhif buat Nufa pejam mata rapat-rapat.

Alah. Kenapa rindu sangat-sangat pulak ni dengan Nadhif? Padahal tak sampai separuh hari pun berpisah.

"B."

"Ya. Huwainaa kat mana? Abang rindu pula tiba-tiba." Kata-kata Nadhif buat Nufa tekup mulut sendiri.

"Hmmm."

"Jangan gitu, yang. Kita berdua tengah jauh ni. Abang rasa, abang menyesal pulak lah lepaskan Huwainaa dengan Sayf tadi. Sepatutnya abang ikut aje. Abang jadi rindu lain macam pula sekarang ni. Macam mana ni?" Panjang lebar kata-kata Nadhif.

Macam orang angau, Nufa hanya senyum sahaja. Hujung baju kurungnya dikuis perlahan.

Alah! Perangai macam budak baru bercinta pula dah!

"Mengada." Malu-malu Nufa ucap kata itu. Lepas tu tutup muka sendiri.

"Eee." Nada geli dari sisi kanannya buat tangan Nufa jatuh. Berkerut dahi pandang Sayf yang memang dah tunjuk riak geli di situ.

Alamak! Malu pula terkantoi tengah bercinta dengan suami.

Jeling Sayf, Nufa palingkan tubuh. Lepas itu duduk di hujung bangku. Jari pula lurus tunjuk butik tempat kerja Qaseh.

Sayf hanya julingkan mata dan labuhkan duduk. Air mineral yang dibeli untuk Nufa diletakkan elok di sisi gadis itu.

"Sayf ada ni b. Nanti Waina call semula boleh?" Pinta Nufa. Rasa segan dan tak selesa pula kalau Sayf dengar dia bermanja lewat telefon dengan Nadhif. Lebih kepada malu sebenarnya.

Sayf yang terdengar hanya mampu mencebik. Mujur juga reti hormat dia yang single tapi tak available ni. Tunggu nanti bila dia dah dapat seseorang, tak berlapik dia tayangkan kemesraan di hadapan Nufa dan Nadhif.

Nufa kerling Sayf sekilas selepas panggilan bersama Nadhif dimatikan. Berdeham kecil, telefon disimpan di dalam poket dan Sayf dipandang.

"Lamanya pergi tandas." Kata Nufa.

Sayf mencebik.

"Nasib baik lama. Kalau sekejap, boleh muntah berdarah aku dengar kau manja-manja dengan Adep." Perli Sayf. Tak bagi peluang untuk Nufa menyerang.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Donde viven las historias. Descúbrelo ahora