BAB 1

23.4K 909 44
                                    

2023

Bunyi jam berdering memecah suasana bilik tidur Iman. Namun Iman masih lagi terbaring. Tidur mati la katakan. Kalau bom disebelah pun tak perasan.

Ketukan pintu bilik tidurnya itu juga memecah suasana. Siapa lagi yang ketuk itu kalau bukan ibunya. Memang sudah menjadi rutin harian Datin Saleha mengejutkan anak lelakinya itu. Tambahan lagi anak lelakinya itu memang liat hendak bangun pagi.

Pintu bilik itu dibuka. "Ya Allah , Muhammad Iman Rizq Bin Firman. Cuba bangun. Nanti lewat nak pergi kerja. Mentang mentang la kamu kerja dengan Thaqif. Kamu ingat kamu boleh masuk kerja sesuka hati ke??" bebel Datin Saleha saat melihat anaknya itu nyenyak tertidur.

Langsir bilik itu juga ditarik. Dia menoleh ke arah anaknya itu semula. Masih sama. Tidak berlaku sebarang pergerakan pun. Bila la nak berubah sikap anak lelakinya itu?? Dia mula mencekak pinggangnya.

"Iman!! Bangun. Itu la mummy dah pesan. Jangan tidur lepas subuh. Cepat bangun" bebelnya lagi. Tubuh anaknya itu digoncang goncang.

Iman terasa seperti tidurnya diganggu terus mengeliat kecil. Dia bingkas bangun daripada baringannya. Matanya juga dipisat pisat lalu memandang ke arah ibunya yang sudah mencekak pinggang.

"Hmm mummy nak apa masuk bilik Im ni?? Im mengantuk la" rungut Iman lalu merebahkan badannya kembali ke arah tilam. Batal peluknya juga dipeluk erat.

"Nak apa kamu tanya?? Bangun. Sekarang dah pukul 9 pagi. Nanti lambat pergi kerja macam mana??" kejut Datin Saleha lagi. "Bangun tau. Semua dah tunggu dekat bawah tu. Lagipun mummy ada bende sikit nak cakap"

Iman mengeluh kecil. Dia dapat mengagak apa yang ingin dibincang oleh Datin Saleha. Pasti pasal kahwin. Kahwin , kahwin , kahwin. Cuba cakap pasal benda lain. Benda yang lebih menarik daripada kahwin. Pasal kucing jiran nak beranak ke , pasal kerbau tersangkut dekat atas pokok ke. Menarik la sikit kan.

Iman mengeluh kecil. "Yes mom. Im bangun la ni"

Kelibat Datin Saleha sudahpun hilang dari pandangannya. Bila masa ibunya keluar dari biliknya itu pun dia tidak sedar. Perlahan lahan kakinya melangkah menuju ke bilik air.

Selesai sahaja dia membersihkan dirinya , dia mula bersiap siap. Baju kemejanya disarung. Rambutnya yang agak kusut itu , disikat rapi. Nak pergi kerja mesti la kena kelihatan tampan. Baru ramai gadis yang tergoda. Sempat lagi Iman berangan dihadapan cermin sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya itu.

Sambil melangkah menuju ke ruang makan , sempat dia menyanyi kecil. Mulakan waktu pagi anda dengan ceria. Senyuman dibibir juga tidak lekang.

Intan dari jauh memandang kelibat abangnya itu menuju ke ruang makan. "Baru bangun ke encik abang??" sinis Intan.

Iman sekadar menjeling. Datin Saleha sekadar menggeleng kepalanya perlahan. Memang dah seperti rutin harian mereka berdua bergaduh.

"Morning mummy. Cantik la mummy harini. Tambah lagi bila mummy pakai rantai emas yang baru ni. Meqelip meqelap" puji Iman.

Datin Saleha tersenyum. "Ada ada saja kamu ni Iman. Mari makan" Tangannya mula menuang kopi ke dalam cawan lalu dihulurkan ke arah Iman.

Iman menyisip air kopi itu sambil matanya tertumpu ke arah surat khabar. Dia perasan pandangan Datin Saleha ke arahnya dengan senyuman manis terukir dibibir.

"Kenapa mummy tengok Im macam tu?? Im terlampau handsome sangat ke harini??" hairan Iman. Pakaian juga dipandang. Mana la tau "terlebih kacak" hari ini.

"Bila Im nak bawa bakal menantu mummy jumpa mummy??" Terus tersembur minuman Iman. Laju tangannya menepuk dadanya. "Ishh kamu ni , cuba la jangan gelojoh sangat minum tu"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now