BAB 7

15K 785 87
                                    

Laju tangan Adleena menarik lengan kakak sulungnya itu lalu menuju ke ruang tamu. "Aduhh kau kenapa ni tarik tarik tangan ayong??"

Adleena tersengih. "Ayong , macam mana first day kerja?? Best tak?? Bos ayong handsome tak?? Cerita la" soal Adleena bertubi tubi.

Ayreen mengeluh. "Kau ni kan. Kipoci betul. Kenapa nak sibuk sangat hal ayong ni??"

"Ala adik nak tau je. Mana la tau nanti intern dekat tempat ayong ke kan"

Ayreen menjeling. "Kau baru je 2 hari masuk kolej , dah berangan nak intern?? Kau masih ada masa 3 tahun tau tak , Adleena Lufeeya"

Adleena mencebik. "Ala. Tak salah pun kan. Cerita la ayong"

Ayreen menggeleng perlahan. "Nak cakap best tu boleh la. Not bad. Kalau pasal bos ayong tu....dia tak handsome pun adik. Tua keropot. Pastu kan gatal nak mampus tak padan dengan tua. Ayong dengar cerita dia ada 2 bini tau. Sekarang tengah mencari bini no 3 pulak. Boleh la tu dengan kau" kelentong Ayreen.

Terus berkerut wajah Adleena. "Eyy taknak la. Gelinya. Tapi dia kaya kan. Kalau kaya , boleh je. Nanti dia mati , dapat juga adik merasa harta dia" kata Adleena sambil ketawa sinis.

Pap!! Ayreen mengentuk kepala adiknya dengan majalah. "Dasar mata duitan. Kau nak ke dapat gelaran janda waktu muda macam ni"

Adleena mencebik sambil menggosok kepalanya yang sakit itu. "Okay apa dapat gelaran janda daripada dapat gelaran andartu macam ayong"

"Apa kau cakap??!!!"

Laju kaki Adleena berlari masuk je dalam biliknya. "Tak guna punya adik. Nak kena kau ni. Aku humban kau dalam tong sampah nanti baru kau tau. Dasar adik pungut"

Adleena di dalam bilik sudah ketawa terbahak bahak kerana dapat kenakan kakaknya itu. Puan Athirah yang sibuk memasak di dapur, lantas berlari menghampiri Ayreen selepas dia terdengar kekecohan dari ruang ramu.

"Kenapa ni ayong??"

"Adik ni mama. Dia cakap ayong anak dara tua" adu Ayreen. Mulutnya juga dimuncungkan.

Puan Athirah ketawa. "Lahh memang betulkan apa adik kamu cakap. Umur dah masuk 30 tahun pun masih nak membujang" usik Puan Athirah sambil mencubit pipi anak sulungnya itu.

"Mama" rengek Ayreen.

Puan Athirah ketawa. "Dah dah. Pergi bersiap. Harini ayong kerja kan?? Nanti lewat pulak pergi kerja. Breakfast pun dah siap tu. Tunggu nak hidang je" arah Puan Athirah.

"Baik mama. Sayang mama" Sempat dia mengucup pipi ibunya itu lalu berlari masuk ke dalam bilik tidurnya.

Puan Athirah hanya menggeleng. Dia termenung seketika. Sedar tidak sedar anak anaknya itu sudah besar. Masing masing akan berkeluarga. Harap harap ada lelaki yang boleh hargai anak anaknya itu. Cukup la derita yang mereka alami dahulu.

Siap Ayreen mengenakan tudungnya , lantas dia menuju je ruang makan. Kelihatan kelibat Adleena dan Puan Athirah sudah berada di ruang makan. Masing masing enak menjamu selera.

"Ayong , pergi kerja dengan apa?? Pergi dengan Tengku Darwish ke??"

Dahi Adleena berkerut. "Kenapa dengan Tengku Darwish?? Ayong couple dengan dia ke?? Kenapa adik tak tau??" sampuk Adleena.

Ayreen menjeling. "Mama , please. Ayong tak suka dia. Buat apa ayong nak naik dengan dia. Lagipun pejabat kitaorang bukannya satu jalan"

"Ala tak salah pun. Mama berkenan dengan Tengku Darwish tu. Baik , sopan santun. Lagipun mama tau , Tengku Darwish tu suka ayong"

Bola mata Ayreen diputarkan. 'Patut la jadi janda. Tak pandai pilih lelaki. Aku dengan Tengku Darwish?? Memang tak la. Cara dia pandang aku pun aku tau dia tu bukan lelaki yang baik. Lagipun aku bukannya suka mamat tu pun' kutuk Ayreen.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now