BAB 29

11K 544 47
                                    

Aktiviti mereka hari ini adalah mendaki bukit di kawasan Tanah Rata. Ayreen mengenakan baju sejuk yang agak tebal. Walaupun semasa mereka mendaki itu matahari sudah terpacak di atas kepala, namun suhu disitu masih lagi sejuk. Mulut Ayreen pun mula berasap asap sewaktu dia berbual dengan Iman.

Iman apa lagi. Ini la masanya untuk dia mengenakan Ayreen. Boleh pula dia cakap Ayreen merokok. Memang minta kena pukul la.

Sepanjang di bukit itu, mereka berjalan dengan penuh berhati hati. Kawasan itu agak lincin. Iman pun hampir tergelincir. Nasib Ayreen sempat menyambut. Dah satu hal heroin sambut hero. Patutnya hero yang sambut heroin.

Tiba sahaja mereka dipuncak bukit itu, pandangan mereka tertumpu ke arah permandangan ladang teh yang menghijau itu.

"Cantikkan??" Laju Ayreen mengangguk. Iman mengerling ke arah jam tangannya. "Dah masuk waktu Zohor la. Ehh jom solat dulu. Lepastu baru kita balik"

Ayreen tergamam. "Tapi saya tak bawa telekung"

"Tak bawa telekung tak semestinya tak boleh solat. Cukup kau dah tutup aurat dengan sempurna pun kau boleh solat. Jangan jadikan itu satu alasan ye dear. Tak bagus" tegur Iman.

Ayreen mula tersentuh dengan teguran Iman itu. "Nahh ambik air ni. Air ni aku ambik dari penthouse tadi. Kau nak ambik wudhuk tu belakang sana. Takut aku ternampak aurat kau pula. Nanti dah siap , tunggu aku dekat sini" Botol bersaiz besar diserahkan pada Ayreen.

Lambat lambat Ayreen mencapai botol itu lalu melangkah ke belakang pokok yang agak terlindung. "Jangan usha ehh" sempat Ayreen memberi amaran.

"Yes dear. Aku tau lagi dosa pahala"

Ayreen tersenyum. Lantas dia membuka tudungnya lalu mengambil wudhuk. Selesai sahaja Ayreen mengambil wudhuk, dia menghampiri Iman semula.

Kelihatan Iman pun seperti sudah siap mengambil wudhuk. Tidak berkelip mata Ayreen melihat rambut Iman yang basah itu. Seksi.

'Astaghfirullah hal azim. Ayreen, kau nak solat pun kau masih nak buat dosa. Nyah kau syaitan. Jangan nak hasut aku yang bukan bukan' bisik hati Ayreen.

Iman memandang Ayreen lalu dahinya berkerut. "Kenapa kau pandang aku macam tu??"

Laju Ayreen menggeleng. Lantas Ayreen mengambil safnya di belakang Iman. Iman turut mengambil tempat safnya. "Allahuakbar"

Sepanjang mereka menunaikan solat, hati Ayreen mula sebak. Entah apa yang mengusik hatinya pun tidak tahu. Yang dia dapat rasa adalah tenang. Tambahan lagi baca dalam solat yang dibaca oleh Iman. Sangat merdu sehinggakan dia hampir hilang khusyuk.

"Assalamualaikum warahmatullah , Assalamualaikum warahmatullah"

Mulut mereka tidak lekang dengan zikir sebelum membaca doa. Iman mula menadah tangannya.

"Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil 'alamin, wassolatu wassalaamu 'alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.

Ya Allah. Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.

Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat...."

Sepanjang Iman berdoa , tekun Ayreen mendengar. Hatinya mula tersentuh. Air matanya juga perlahan lahan mengalir. Laju jarinya mengesat air matanya itu.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now