BAB 21

11K 575 20
                                    

Ketukan pintu bilik tidur Ayreen, membuatkan tidurnya diganggu. Pintu biliknya dibuka. Adleena cuba mengintai kelibat kakaknya itu.

Lantas dia membuka pintu bilik itu dengan luas selepas sahaja dia melihat kelibat kakaknya masih terbaring di atas katil. Pinggangnya juga dicekak.

Lantas dia menghampiri kakaknya itu. "Ayong, bangun la. Dah pukul berapa ni. Nanti lambat pergi kerja tau la" Bantal berhampiran kakaknya itu dicapai lalu dipukul tubuh Ayreen berkali kali.

Ayreen mendengus kasar. "Eyyy bising la kau ni. Ayong nak tidur pun tak senang. Kan ayong dah cakap semalam. Ayong dah berhenti kerja"

Adleena tersentak. "Ayong berhenti kerja sebab mamat seringgit tu?? Eyy ayong ni. Tak profesional langsung"

Ayreen menjeling. "Biar la. Sekarang ni kau keluar. Ayong nak sambung tidur" Tubuh adiknya itu ditolak kasar.

Adleena menggeleng sambil memandang ke arah kakaknya itu. "Patut la jadi anak dara tua. Tak semengah betul perangai" kutuk Adleena.

Ayreen mendengar kutukan Adleena namun sengaja dihiraukan. Lebih baik dia tidur daripada berdebat mulut dengan adiknya itu.

Bunyi pintu bilik tertutup membuatkan Ayreen mengangkat kepalanya. Kelibat Adleena sudah hilang dari pandangan. "Sibuk je" kata Ayreen lalu merebahkan kepalanya semula ke atas bantal.

Sementara itu, kereta Iman memasuki halaman rumah Ayreen. Sempat dia memerhati sekeliling halaman rumah itu. Kelibat Ayreen langsung tidak kelihatan.

Lantas Iman mencapai telefon pintarnya. Nombor Ayreen didailnya. Namun panggilan itu langsung tidak berjawab. Iman mencuba lagi menghubungi Ayreen.

Ayreen yang nyenyak tertidur, terasa tidurnya diganggu kembali. Dia mendengus kasar. Lantas dia mencapai telefon pintarnya itu.

"Hello mamak. Aduhh nanti hujung bulan la saya bayar duit karpet tu. Saya mana ada duit sekarang ni" amuk Ayreen.

Iman terpinga pinga. Telefon pintarnya dipandang lalu diletakkan kembali di telinga. "Ayreen Ladeena"

"Apa dia lagi mamak?? Saya dah cakap kan saya takde duit sekarang. Ala hutang karpet je pun. Tuntut macam ahlong ni kenapa??"

"Suara aku macam mamak jual karpet ke??"

Ayreen tergamam. 'Macam kenal suara ni tapi dekat mana ehh??' Ayreen blur seketika. "KAU??!!! Kau nak apa call aku pagi pagi ni. Aku dah cakap kan aku nak berhenti kerja. Aku dah tak kerja" amuk Ayreen sebelum mematikan panggilan itu.

Terpinga pinga Iman dibuatnya. "Ohh nak berhenti kerja ehh?? Boleh boleh. Kau tunggu" Lantas Iman melangkah keluar daripada keretanya.

Sementara itu, Ayreen mencebik bibirnya. "Tengok la lelaki. Kejap je pujuk. Lepastu diam. Bukannya nak call balik. Menyampah"

Ketukan pintu biliknya mula menarik perhatiannya. "Haa kau nak apa lagi??" tegur Ayreen saat dia melihat kelibat adiknya berada dihadapan pintu biliknya.

"Ayong. Mamat seringgit tu ada dekat bawah sekarang. Tengah borak dengan mama"

"Haa??" Ayreen tercengang. Lantas kakinya berlari menuju ke ruang tamu. Terbutang matanya melihat Iman sedang berbual kosong dengan ibunya itu. Siap bergelak tawa lagi.

Puan Athirah tersedar kehadiran anak sulungnya itu. "Haa ayong. Dah bangun. Kenapa tak siap lagi ni?? Im dah datang nak jemput kamu. Lagi satu mama nak tanya kenapa ayong tak cakap yang ayong kerja dengan Im??"

"Penting ke??"

"Lahh Im ni kan macam anak mama juga. Ada pula nak berahsia" Ayreen mencebik.

Mata Iman tertumpu ke arah Adleena. "Haa Im ini adik Ayreen. Im tak pernah jumpa lagi kan sebelum ni. Adik ni anak angkat mama"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now