BAB 17

11K 583 33
                                    

Pintu rumah dibuka. Tengku Darwish memandang sekeliling. Suis lampu dibuka. Habuk sudah menebal di kawasan rumah itu. Maklumlah sudah 3 tahun tidak menjejakkan kakinya di rumah itu.

Tengku Darwish merebahkan badan di atas sofa. Matanya tertumpu ke arah satu bingkai gambar perkahwinan. Lantas dia mencapai gambar tersebut. Satu tulisan kecil dibacanya.

Tengku Darwish Iskandar X Tengku Darina Adni

Itu gambar perkahwinannya bersama seorang gadis yang dicintainya semasa zaman universiti lagi. Dia membuat keputusan untuk melamar gadis itu selepas sahaja tamat pengajian.

Memori yang sudah lama dilupakan kini bermain difikirannya semula. Fikirannya mula melayang saat merenung gambar itu.

Tengku Darina mengucup pipi Tengku Darwish. "Terima kasih sebab sudi menjadi suami sweetie" ucap Tengku Darina sebelum memeluk erat tubuh suaminya itu.

"Patutnya abang yang kena ucap terima kasih sebab sweetie sudi jadi isteri kepada Tengku Darwish yang tak berapa handsome ni"

Lantas Tengku Darina mencubit perut suaminya. "Mana ada. Tengku Darwish always handsome and seksi. Sebab tu Tengku Darina terpikat dengan Tengku Darwish. Ye tak??" kedua dua belah matanya dikerdip berkali kali.

Tengku Darwish tersengih apabila melihat kecomelan dibalik wajah isterinya itu. Kepala isterinya diusap lembut. "Abang harap sangat rumah tangga kita berkekalan hingga akhir hayat"

Wajah isterinya itu bertukar menjadi muram. "Sweetie pun. Sweetie nak minta maaf kalau sweetie ada menguriskan hati abang. Sweetie sayangkan abang tau" ucap Tengku Darina.

"Ehh baru 2 hari kahwin dah mintak maaf??"

Tengku Darina ketawa kecil. "Kena la minta maaf. Buatnya ajal sweetie kejap lagi macam mana??"

Laju Tengku Darwish mengucup bibir isterinya itu. "Jangan cakap macam tu. Abang tak sanggup hilang sayang" Tengku Darina tersengih. Bibir suaminya dikucup lembut.

"Abang , boleh tak sweetie nak minta izin. Sweetie nak kerja?? Bosan la duduk rumah" keluh Tengku Darina.

"Kerja?? Sweetie, abang still boleh tanggung kita berdua tau. Kalau sweetie bosan , apa kata sweetie pergi shopping??"

Laju Tengku Darina menggeleng. "Abang penat penat kerja lepastu sweetie habiskan duit abang?? Taknak la. Lagipun sweetie takde kawan. Bosan tau tak"

"Please abang. Sweetie janji sweetie takkan abaikan tanggungjawab sweetie sebagai seorang isteri" rayu Tengku Darina. Kedua dua belah matanya dikerdip.

"Ini bukan soal tanggungjawab sweetie. Tapi abang taknak sweetie penat. Now tugas sweetie bagi abang anak. Jom cepat"

Pap!!! Laju tangan Tengku Darina memukul kepala suaminya dengan majalah. "Gatal ehh abang. Hmm dah la sweetie nak merajuk. Jangan cakap apa apa dengan sweetie"

Tengku Darwish mengaru kepalanya yang tidak gatal. Melihat bibir muncung isterinya itu menerbitkan rasa bersalah dihati. "Sweetie, jangan la merajuk. Okay abang bagi sweetie kerja dekat tempat kerja abang"

Laju Tengku Darina menggeleng. "Ala bosannya. Dekat rumah jumpa dekat office jumpa. Taknak la. Sweetie nak kerja dekat tempat lain"

"Ehh bosan?? Ohh sweetie dah bosan dengan abang ke sekarang ni??"

Tengku Darina tersengih lalu menggeleng kepalanya. "Bukan itu maksud sweetie. Ermm sweetie kalau boleh taknak kerja dengan abang. Nanti apa kata staff abang"

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant