BAB 20

12.1K 595 18
                                    

Pergaduhan antara Iman dan Ayreen itu dipandang dengan penuh rasa puas. Akhirnya misinya itu berjaya. Dahlia tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.

Telefon pintarnya yang berada di dalam beg tangannya itu dicapai. Nombor seseorang didailnya.

"Hello. Seperti yang dirancang. Sekarang Iman dan Ayreen dah bergaduh. Tunggu masa sahaja aku dapat Iman dan kau , dapat Ayreen"

"Jangan terlalu yakin sangat. Kau tau kan apa akibat dia kalau kau gagal dalam plan ni"

Dahlia mendengus. "Aku tau la. Tak payah nak ingatkan aku" panggilan itu dimatikan. Telefon pintar yang berada ditangannya itu digenggam kuat. Peristiwa semalam masih segar di ingatannya.

Tangan Dahlia dicengkam kuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya lalu dibawa masuk ke sebuah bilik asing. Sempat lagi Dahlia meronta ronta untuk dilepaskan.

"Lepaskan la. Sakit"

Rontaan Dahlia itu tidak dihiraukan. Tubuh Dahlia ditolak ke sofa. Dahlia memandang sekeliling. Bilik itu dipenuhi dengan beberapa orang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Masing masing menunjukkan wajah yang bengis.

Dahlia menenguk air liurnya. Terasa sedikit gerun pula apabila melihat wajah mereka semua. Tangannya juga sudah mengigil ketakutan.

"Ariani Dahlia" sapa seseorang dari belakang membuatkan Dahlia menoleh. Terbutang matanya saat melihat Tengku Darwish berada dihadapannya.

"Kau!!! Kau nak apa lagi haa??"

Tengku Darwish tersenyum nakal. "Aku cuma rindukan kau je. Tak salahkan??" Dengan selamba dia mendekatkan wajahnya dengan leher Dahlia.

Laju tangan Dahlia menolak tubuh Tengku Darwish. "Kau ingat aku ni pelacur ke haa?? Tak puas lagi ke kau dah hancurkan hidup aku!!" amuk Dahlia.

"Aku hancurkan hidup kau?? Bukan kau ke yang hancurkan hidup kau sendiri?? Kau yang serah diri dekat aku. And then sekarang kau nak salahkan aku??" sinis Tengku Darwish.

Dia mengambil tempat di hadapan Dahlia. "Sekarang ni kita lupakan je peristiwa malam tu. Aku ada tugas untuk kau"

"Tugas apa pula ni?? Aku taknak kerja dengan kau la"

Tengku Darwish tersenyum sinis. "Yakin kau taknak kerja dengan aku??"

Dahlia tidak menjawab. Pandangannya juga dilarikan agar tidak bertentang mata dengan lelaki itu.

"Kau kenal Iman Rizq??" Dahlia tersentak. Wajah Tengku Darwish dipandang. "Kenalkan?? Aku tau kau ada perasaan dekat dia"

"Tugas kau senang je. Goda dia habis habisan. Buat dia lupa siapa Ayreen Ladeena. Senangkan??"

Dahlia masih terpinga pinga. Wajah Tengku Darwish ditenung lama. 'Siapa mamat ni?? Apa hubungan dia dengan Iman?? Ataupun dia cintakan Ayreen?? Mungkin kekasih Ayreen??' Dahlia mula tertanya tanya.

"Tak payah tenung muka aku macam tu la. Sekarang ni aku nak tau. Kau nak tak buat kerja ni?? Kalau kau taknak , aku boleh minta perempuan lain yang buat. Melepaslah kau nak dapat lelaki pujaan kau tu"

Dahlia mula cuak. "Okay okay. Aku buat. Aku terima. Aku akan buat Iman sayangkan aku"

"Ingat. Pastikan hubungan Iman dan Ayreen terpisah. Kalau tak , kau aku bunuh. Kau ingatkan apa aku cakap dulu??" Dahlia meneguk air liurnya.

Lamunan Dahlia terhenti saat Elisa menepuk bahunya. "Ehh Lia. Kau dah balik?? Macam mana percutian kau dekat Sabah tu??"

Dahlia menjeling. "Tak payah sibuk. Yang penting sekarang ni Encik Iman sudah berada di dalam genggaman aku. Kau jangan frust pula. Okay la aku balik dulu. Daaa" perlahan lahan kakinya melangkah meninggalkan Elisa seorang.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now