BAB 31

11K 554 42
                                    

Tengku Falisha menghampiri suaminya yang tekun membaca surat khabar. Secawan kopi dihulurkan ke arah Tengku Farhat dengan menayangkan wajah kelat.

Tengku Farhat mengangkat wajahnya melihat wajah isterinya itu. "Awak ni dah kenapa muka macam tu?? Monyok je"

Tengku Falisha mengambil tempat di sebelah suaminya itu. "Abang , saya risau la. Macam mana kalau Awish buat perangai lama balik??"

Tengku Farhat masih menayangkan wajah tenang. "Ada saya suruh awak pinang budak perempuan tu?? Takde kan?? Saya siap halang lagi. Tapi awak tu yang degil. Masih nak memandai mandai"

"Muka saya ni naik malu bila media tanya pasal majlis tak jadi tu. Sekarang ni awak tanggung la sendiri. Saya malas nak ambil kisah. Awak pun macam dah takde suami. Semua keputusan nak buat sendirikan" sinis Tengku Farhat.

"Abang , saya buat ni demi Awish tau. Macam mana kalau dia hilangkan diri lagi?? Saya tak sanggup berjauhan dengan dia lagi , bang"

"Awak tak sanggup berjauhan dengan dia tapi awak sanggup tengok anak orang lain terseksa hidup dengan anak awak. Selfish awak ni kan" sinis Tengku Farhat lagi.

"Abang , saya minta maaf. Ye saya salah. Tapi jangan buat saya macam ni. Kita sama sama bantu Awish ehh. Saya yakin Awish boleh berubah" rayu Tengku Falisha.

Tengku Farhat meletakkan surat khabar di atas meja dihadapannya. "Berubah?? Saya tak yakin kita boleh ubah dia. Dan saya tak terkejut kalau peristiwa lama berulang lagi" kata Tengku Farhat sebelum melangkah meninggalkan ruang tamu itu.

"Abang , saya tak habis cakap lagi. Abang!!" Tengku Falisha mendengus kasar. Fikirannya kini sudah kusut memikirkan hal anak tunggalnya itu. Harap harap anaknya itu tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

•••

Ayreen menongkat dagunya sambil menunggu ketibaan Iman ke pejabat. Sambil sambil itu matanya mengerling ke arah jam tangannya.

Dia mengeluh perlahan. Matanya tertumpu ke arah bekas makanan yang berada di atas meja kerjanya.

Ayreen memuncungkan bibirnya. "Dia ni tak masuk office ke harini??" Ayreen mula memetik jarinya. "Betul la. Dia kan nak pergi Sabah petang ni. Mesti waktu pagi dia nak speed time dengan family dia. Betul tak??"

Ayreen mengeluh. Kepalanya disembamkan ke atas meja kerjanya itu. Bunyi notifikasi telefon pintarnya berbunyi. Lantas dia mengangkat wajahnya lalu mencapai telefon pintarnya itu.

Harap harap yang mesej itu adalah Iman. Bibirnya terus mengukir senyuman.

Jumpa dekat lobi - Iman Rizq

Ayreen bingkas bangun daripada tempat duduknya. Bekas makanan itu dicapai sebelum dia melangkah menuju ke lobi syarikat itu.

Sampai sahaja di lobi syarikat itu, matanya tertumpu ke arah Iman yang sibuk bermain dengan telefon pintarnya itu. Bibir Ayreen mengukir senyuman. Lantas dia menghampiri Iman.

"Encik Iman" sapa Ayreen.

Iman mengangkat wajahnya. "Yes dear. Duduk la"

Ayreen mengambil tempat duduk dihadapan Iman. "Encik Iman jadi ke nak pergi Sabah petang ni??"

"Ikutkan hati aku taknak pergi. Aku tak sanggup berjauhan dengan kau. Tapi disebabkan this project aku yang handle, terpaksa la aku pergi"

Ayreen mencebik. "Sebelum ni Encik boleh je pergi Sabah tanpa saya. Dah kenapa pula tiba tiba tak boleh berjauhan ni??" hairan Ayreen. 'Jangan cakap yang dia suka aku' bisik hati Ayreen pula.

Pertanyaan Ayreen tidak dijawab. Wajah Ayreen ditenung lama. Mimpi ngeri itu masih menghantui dirinya. Semalam adalah kali kedua dia mendapat mimpi yang sama. Makin takut dia mahu berjauhan dengan gadis itu.

PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED]Where stories live. Discover now