BAB 22

193 5 0
                                    

Tengku Alyssa masuk ke pejabat seperti biasa.Di dalam biliknya,Dia melihat ada bunga rose yang berwarna putih.

"Hafryl!"Panggil Tengku Alyssa.

"Ya,bos."Balas Hafryl yang masuk ke bilik Tengku Alysa.

"Bunga ini,siapa yang bagi?"Tanya Tengku Alyssa.

"Saya tidak tahu bos.tapi,ada seorang lelaki datang ke pejabat dan dia ingin berjumpa.tapi,bos tidak ada.Dia suruh saya letakkan bunga itu,di atas meja bos."Jawab Hafryl dengan jujur.

"Siapa nama lelaki itu?Bila lelaki itu datang ke pejabat?"Tanya Tengku Alyssa.

"Saya tidak tahu bos,saya lupa ingin tanya nama lelaki itu dan lelaki itu datang awal pagi,saya tidak tahu dia siapa."Jawab Hafryl.

"You should know this.you my PA,Hafryl."Balas Tengku Alyssa.

"Saya minta maaf,bos.saya tahu ini salah saya.tapi,lain kali saya tidak akan cuai lagi."Balas Hafryl pula.

"Awak boleh pergi dan bawa bunga ini sekali dengan awak."Balas Tengku Alyssa dan menyerahkan bunga itu kepada Hafryl.

"Saya mahu buat apa dengan bunga ini?"Tanya Hafryl yang sedang blur di situ.

"Buang.kalau,awak suka.awak ambil bunga itu,saya tidak mahu."Jawab Tengku Alyssa dan dia duduk di kerusinya.

"Baik,bos."Balas Hafryl dan keluar dari bilik Tengku Alyssa.



Tengku Alyssa membuat kerjanya yang tertangguh sejak dia ke Italy dia sign beberapa kertas kerja dan dia menyelesaikan beberapa masalah di pejabat.

"Akhirnya."Kata Tengku Alyssa dan dia mengemas barang di atas mejanya.

Akhirnya,Tengku Alyssa selesai siapkan semua kerja dan dia berjaya selesaikan beberapa masalah di pejabat itu.

Tiba-tiba,Tengku Alyssa teringat bunga yang ada di mejanya pagi tadi *siapa yang hantar?Hyden ke yang hantar?bunga itu tiada apa-apa kad pula,tidak mungkin Qan dan Qen.Tidak mungkin juga.kalau,Qasr yang hantar.tapi,hanya mereka berempat yang tahu bunga itu,bunga kegemaran aku.*



Tok!Tok!Tok!

"Bos!"Panggil Hafryl di depan pintu bilik Tengku Alyssa.

"Masuk."Balas Tengku Alyssa.

"Ada apa?"Tanya Tengku Alyssa apabila Hafryl masuk ke dalam biliknya.

"Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen mahu berjumpa dengan bos."Jawab Hafryl.

"Saya tidak mahu berjumpa mereka,beritahu mereka yang saya sedang sibuk dan saya tidak mahu diganggu."Balas Tengku Alyssa.

"Baik,bos."Balas Hafryl pula dan keluar dari bilik Tengku Alyssa.

Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqan duduk sofa.Di lobi pejabat sambil menunggu Tengku Alyssa.

"Maaf,Tengku Alyssa sibuk dan Tengku Alyssa tidak mahu diganggu."Hafryl sampaikan apa yang Tengku Alyssa beritahu kepadanya.

"Tidak apa.tapi,tolong sampaikan kepada Alyssa yang kami berdua menunggu dia,di tepi pantai seperti biasa,kami ada nak berbincang sesuatu yang penting."Balas Tengku Al-Firqan dan tarik tangan Tengku Al-Firqen keluar dari pejabat.



Hafryl naik ke atas menuju ke bilik Tengku Alyssa.

Tok!Tok!Tok!

"Masuk."Balas Tengku Alyssa apabila mendengar ketukan pintu di biliknya.

"Ada apa?"Tanya Tengku Alyssa yang sedang memeriksa kertas kerjanya.

"Tengku Al-Firqan cakap yang dia dan Tengku Al-Firqen akan menunggu bos,di tepi pantai seperti biasa dan Tengku Al-Firqan cakap ada perkara penting yang ingin mereka bincangkan dengan bos."Jawab Hafryl.

Ex Wife Trillionnareजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें