BAB 57

403 8 0
                                    

Tengku Alyssa keluar dari mansion.Dia dia melihat Tengku Al-Hyden berada di depan mansionnya dengan kereta sport.

"Kau buat apa di sini?"Tanya Tengku Alyssa dengan dingin.

"Saya nak ajak awak keluar kan saya dah cakap dengan awak semalam."Jawab Tengku Al-Hyden dengan tersenyum manis.

"Aku tak nak."Balas Tengku Alyssa dengan selamba.

"Saya dah minta izin dengan mommy dan daddy dan mereka setuju saya ajak awak keluar."Kata Tengku Al-Hyden yang masih tersenyum manis.

"Siapa bagi kau izin jumpa mommy dan daddy aku?"Tanya Tengku Alyssa dengan geram.

"Saya tidak perlukan izin,kita dah lama kenal dari kecil.awak kan dah dapat semula memori awak yang hilang."Jawab Tengku Al-Hyden dengan tenang.

"Tapi,itu tidak bermakna aku nak keluar dengan kau."Balas Tengku Alyssa dengan geram.

"Awak tolong,kita keluar sekejap je.saya janji."Kata Tengku Al-Hyden dengan muka simpati.

"Sekejap je."Balas Tengku Alyssa.Dia masuk ke dalam mansion.

Tengku Alyssa masuk ke dalam bilik.Dia menukar pakaiannya.

Tengku Alyssa turun ke bawah.Dia keluar dari mansion.

Tengku Alyssa menuju ke arah Tengku Al-Hyden dan terus masuk ke dalam kereta Tengku Al-Hyden.



Tengku Al-Hdyen memandu hingga ke tempat tujuannya.

Semasa Tengku Al-Hyden memandu,Tengku Alyssa hanya melihat ke tingkap kereta sahaja.


Tengku Al-Hyden bersuara.

"Saya bersimpati atas kematian Firqan dan Firqen.seteruk mereka pun mereka tetap kawan dan sahabat saya dulu."Kata Tengku Al-Hyden yang sedang memandu.

Tengku Alyssa hanya diam.

Tengku Alyssa mula bersuara.

"Kenapa kau cuba bunuh Qasr dulu?"Tanya Tengku Alyssa dengan sangat dingin.

"Saya cemburu sebab awak pilih dia sedangkan saya belajar di university bersama awak juga.Tapi,awak langsung tak nampak saya dan tak ingat saya."Jawab Tengku Al-Hyden dengan tenang.

"Tapi,kau yang buat aku tak ingat kau dan kau yang buat hilang memori aku."Balas Tengku Alyssa dengan dingin.

"Maaf,saya tiada niat untuk buat semua itu."Tengku Al-Hyden meminta maaf apabila dia sedar Tengku Alyssa mula dingin dengannya.



Tengku Al-Hyden berhentikan kereta apabila sampai di tempat tujuan.

Tengku Al-Hyden dan Tengku Alyssa keluar dari kereta.Tengku Al-Hyden dan Tengku Alyssa menuju ke sebuah tempat yang sangat cantik.

"Cantiknya."Puji Tengku Alyssa apabila melihat tempat itu.

"Saya sengaja ke sini,saya tahu awak suka tempat seperti ini."Kata Tengku Al-Firqan sambil memandang Tengku Alyssa dengan tersenyum.

Mereka berdua menuju ke kerusi di situ dan duduk di kerusi di situ.

"Ada apa kau ajak aku ke sini?"Tanya Tengku Alyssa sambil memandang ke depan.

"Saya minta maaf sebab kemalangan di Italy dan saya ke sini sememangnya ingin cari awak.Selama ini,saya selalu perhatikan awak dan saya ingin tunaikan janji saya kepada awak."Jawab Tengku Al-Hyden dan jujur tujuan dia datang ke Malaysia.

"Janji apa?"Tanya Tengku Alyssa yang berpura-pura tidak tahu.

"Janji yang kita akan kahwin bila kita dah besar dan saya dah janji yang saya hanya akan berkahwin dengan awak dan saya juga janji yang saya tiada perempuan lain selain awak dan hanya awak di dalam hati saya,my black rose."Jelas Tengku Al-Hyden sambil menatap mata Tengku Alyssa.

Tengku Alyssa hanya diam.Dia tidak dapat menjawab apa-apa.Mulutnya seolah-olah terkunci,jujur dia terharu dengan Tengku Al-Hyden yang setia menunggunya.Tapi,dia juga ragu untuk menerima Tengku Al-Hyden sebagai suaminya.

"Tengku Alyssa,my black rose.Mungkin ini bukan lamaran romatik.Tapi,saya nak kahwin dengan awak dah lama saya tunggu awak dan saya cintakan awak,black rose.saya takut kehilangan awak,Will you marry me?"Lamar Tengku Al-Hyden.Dia ingin miliki Tengku Alyssa .

"Saya perlukan masa dan ini bukan mudah untuk saya."Kata Tengku Alyssa.

"Saya akan beri awak masa."Balas Tengku Al-Hyden dengan tersenyum.

"Awak tak cintakan saya.Tapi,awak obses dengan saya."Kata Tengku Alyssa.

"Saya obses dan saya cintakan awak dan sehingga hari ini saya masih tunggu awak."Balas Tengku Al-Hyden.

"Kenapa awak tak tegur saya semasa awak di Italy?"Tanya Tengku Alyssa.

"Saya takut awak buat-buat tak kenal saya dan saya takut saya akan patah hati."Jawab Tengku Al-Hyden dengan tersenyum kelat apabila mengingat hubungan Tengku Alyssa dan Qasr.

Tengku Alyssa hanya mengganguk faham.

"Jom kita pergi sana,makan di sana."Ajak Tengku Al-Hyden dan menarik tangan Tengku Alyssa ke depan.

Mereka berdua makan dan berbual bersama dan juga ketawa bersama.









Tengku Alyssa menceritakan tentang Tengku Al-Hyden kepada mommy dan daddynya.

"Mommy dan daddy rasa Lyssa terima je lamaran Hyden lagipun kamu berdua dah lama kenal."Kata Tengku Alysia.Dia setuju Tengku Al-Hyden menjadi menantunya.Dari dulu lagi dia dengan Tengku Ayyan ingin jodohkan Tengku Alyssa dengan Tengku Al-Hyden.

"Tapi,apa pun keputusan princess.dadyy dan mommy ikut je sebab ini kehidupan princess dan princess ada hak untuk kehidupan princess."Kata Tengku Ayyan dengan tersenyum manis.

Tengku Alyssa hanya mengganguk dan tersenyum kepada mommy dan daddynya yang sedang makan.







Tengku Alyssa masuk ke dalam bilik.Dia memejamkan matanya dia ingin tidur.Dia dah buat keputusan dan esok dia akan memberitahu keputusannya kepada Tengku Al-Hyden.





Tengku Alyssa berjumpa dengan Tengku Al-Hyden di depan mansion.

"Saya setuju dengan lamaran awak."Kata Tengku Alyssa.

"Terima kasih,black rose."Balas Tengku Al-Hyden dengan tersenyum gembira.

Tengku Al-Hyden menelefon mommy dan daddynya.

"Mommy dah boleh siapakan barang-barang untuk Hyden dan Lyssa kahwin."Kata Tengku Al-Hyden dengan gembira.



Tengku Alyssa hanya melihat gelagat Tengku Al-Hyden dengan tersenyum.





2 Bulan Kemudian

Tengku Alyssa dan Tengku Al-Hyden selamat bergelar pengantin baru.

Zach menuju ke arah Tengku Alyssa.

"Akhirnya,bos kahwin."Kata Zach dengan gembira.

"Markas macam mana?"Tanya Tengku Alyssa dengan dingin dan perlahan.

"Markas tak ada masalah dan anak-anak buah bos pun tiada masalah."Jawab Zach dengan tersenyum.

"Kahwin pun dingin lagi bos ni dah macam ais kutub utara."Kata Zach dengan tersenyum suka.

"Diam la."Balas Tengku Alyssa dengan dingin.Dia hanya menjeling Zach.Dia berjalan menuju ke arah suaminya.

Zach hanya membuat muka apabila melihat Tengku Alyssa bermesraan dengan Tengku Al-Hyden.

"Tahu la ada suami.Tapi,jangan la mesra sangat tak fikir ke orang yang single ni,contoh,aku ni yang single."Kata Zach perlahan dengan membuat muka annoying kepada pasangan pengantin baru itu.



Keluarga Tengku Alyssa dan Tengku Al-Hyden mengambil gambar bersama Tengku Alyssa dan Tengku Al-Hyden.Semua ahli keluarga Tengku Alyssa dan Tengku Al-Hyden mengucapkan pengantin baru kepada Tengku Al-Hyden dan Tengku Alyssa.

Dari kejauhan ada 2 orang lelaki misteri sedang melihat ke arah Tengku Alyssa dan Tengku Al-Hyden dengan pandangan tajam.

Ex Wife TrillionnareWhere stories live. Discover now