BAB 49

112 2 0
                                    

Tengku terkejut apabila membaca buku hairan Qasr Qaliq yang semuanya tentang dia dan Qasr.

18/9/2018

Hari yang aku tunggu telah tiba,aku dan Tengku Alyssa menuju ke pantai.

Semasa perjalanan ke pantai,hujan lebat mula turun bersama guruh dan petir.

Tengku Alyssa mengajak aku balik semula ke rumah aku.Tapi,kami dah separuh jalan dan aku tidak mendengar kata Tengku Alyssa.

Kereta aku yang aku pandu mula hilang kawalan dan kami kemalangan.

Aku dibawa ke hospital.Aku hanya luka-luka biasa yang teruk adalah Tengku Alyssa.

Aku menyesal kerana tidak mendengar kata Tengku Alyssa.Aku sangat menyesal.

Aku dapat tahu Tengku Alyssa hilang ingatan dan hanya beberapa ingatan.Tengku Alyssa akan hilang ingatan secara kekal.

Aku sudah buat keputusan tentang hubungan aku dan Tengku Alyssa.


19/9/2018

Tengku Alyssa datang melawat aku.
Pada masa itu,aku memberitahu Tengku Alyssa yang aku ingin putus daripadanya.

Tengku Alyssa menangis kerana aku meminta putus.
Aku ingin menyeka air mata Tengku Alyssa.Tapi,aku tidak boleh.
Aku hanya membiarkan Tengku Alyssa menangis.
Aku hanya memandang Tengku Alyssa dengan dingin.

Jujur,aku tidak sanggup melihat Tengku Alyssa menangis.

Tengku Alyssa dibawa pergi oleh Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen.

Sebelum Tengku Alyssa pergi,Tengku Alyssa berkata sesuatu kepada aku.

"Kau yang berjanji tidak meninggalkan aku lagi.Tapi,kau yang mungkir janji.Mulai saat ini,kau bukan lagi cinta hati aku.Mulai hari ini,hati aku dah mati untuk kau.Tiada lagi nama Qasr Qaliq di dalam hati aku dan perasaan aku untuk kau dah mati.Kalau,Suatu hari nanti,kau datang untuk bersama aku semula.Jangan harap aku akan terima kau.sebab,pada saat itu,aku dah ada yang lain dan kau tidak akan aku terima sampai aku mati."Kata Tengku Alyssa sebelum pergi dari wad Qasr Qaliq.

Itu adalah kata-kata Tengku Alyssa sebelum keluar dari wad.Kata-kata Tengku Alyssa buat aku menangis dan buat aku menyesal.Tapi,tiada apa-apa yang aku boleh ubah.

Nasi dah jadi bubur.


19/9/2019

Hari ini Tengku Alyssa balik ke Malaysia.

Macam mana aku tahu?

Aku tanya kawan college yang sekelas dengan Tengku Alyssa.

Aku terkejut apabila mendengar Tengku Alyssa balik ke Malaysia.


21/9/2019

Aku murung dan diam je selama Tengku Alyssa tiada di sini.

Aku kembali teringat aku apa yang Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen beritahu kepada aku.

2 Hari Lepas

Hospital

Tengku Al-Firqan dan Tengku Al-Firqen datang melawat aku.

"Kau sihat?"Tanya Tengku Al-Firqan dengan dingin.

"Sihat hanya luka-luka biasa sahaja."Jawab Qasr dengan tersenyum.

"Kau luka biasa.Tapi,Lyssa luka teruk.Dia hilang beberapa ingatan secara kekal."Kata Tengku Al-Firqen dengan geram.Dia benci apabila melihat Qasr.Dia tidak terima Qasr hanya luka biasa sahaja sendangkan Tengku Alyssa bertarung nyawa dan Tengku Alyssa hilang beberapa ingatan secara kekal.

Ex Wife TrillionnareWhere stories live. Discover now